Thursday, April 29, 2010

Suami MITHALI idaman ISTEri

Ramai wanita mengimpikan suami seperti ini?

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, ber syukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

diambil dari BUJANG SUSAH

Tuesday, April 27, 2010

speaking and blanking

exam,
i hate u,
i fuck u,
blank the most damn thing in my life,
i have gone through for many times,
i have targeted and all my targets came out,
but the problem is BLANK,
WTF!!!i was blank,
i just could see and try to think,
but it wont come out,
oh no!ill fail my math,
confirmation 90%,
You are stupid Zul,
shame on you..
your mum is math's teacher,
you havent yet fail your math,
but today you will be...
ZUL2,there's no useful without going nearer to Him..
if the God wanted to take out all the things in your mind,
kunfayakun...and it will be...
congratz zul for your failure

Friday, April 16, 2010

It's all about Her

kisah seorg insan,
tidak terlepas dari teman,
teman yang menemani insan,
teman yang menjaga insan,
teman yang menyayangi insan,
teman dunia akhirat bagi insan,
teman gelak ketawa bagi insan,
teman yang menyakiti insan,
teman yang pergi dan meninggalkan insan,
teman yang menceriakan hidup insan,
teman yang juga mencintai insan,
tapi bukan semua insan mendapat teman yang diingini,
setiap sifat teman pasti berbeza,
pelbagai kerenah,
pelbagai ragam,
pelbagai celoteh yang harus dihadapi oleh seorang insan,
tiada seorang insan pon dapat melepasi,
setiap teman pasti ada serba kekurangan dan serba kelebihan masing,
bagiku,
seorang insan ini sudah melengkapi hidupku,
dialah teman bahgiaku,
dialah teman sedihku,
dialah teman gundah gulanaku,
yang menceriakanku,
yang membahgiakanku,
yang menyakitiku,
yang menjagaku,
yang mengasihi diriku,
yang menenangkanku,
yang juga menyayangiku,
di saat ibuku,bapaku tiada disisi,
dialah teman paling rapat denganku,
dahulunya ibuku menjadi guru peribadiku di zaman persekolahanku,
di saat aku tidak faham akan pelajaran,
ibuku menjadi tempat ku belajar,
pabila jauh,
aku tidak mahu ibu bapaku bimbang akan kehidupanku agar mereka tidak risau dan bersusah payah ke mari,
di saat aku sakit,di saat aku gundah gulana,aku cuba simpan dari pengetahuan mereka,
maka dialah segalanya,
dan kini,
jauh aku hidupku dan hidup ibuku,
dialah pula menjadi pensyarah peribadiku,
mengajar aku yang tidak faham,
tidak berputus asa demi kebaikanku,
ku terharu,
ku terpegun melihat usahanya,
di saat aku begitu tekanan,
di saat aku begitu merasakan akulah insan paling teruk,paling dalm dunia,
dialah yang menyuntik semangatku,
tidak mengenal jemu menaikkan semangatku,
berusaha mengajarku,

sehingga diriku paham,
mungkin aku tidak sepandai dia,
aku hanyalah manusia yang bodoh,
namun dialah insan membina hidupku,
kasihnya dia terhadapku,
tatkala ku sakit,
tatkala ku sedih,
tatkala ku gembira,
mungkin aku baran tak kira masa,
mungkin aku bengis seperti singa,
dia tetap sentiasa menjagaku,
dialah segalanya selepas ibu bapaku,keluargaku
aku sayang dia,
aku cinta dia...
harapanku dialah teman aku dunia akhirat,
amin..........

dedicated to IZZATUL HUSNA BINTI MOHD SALLEH...

Friday, April 9, 2010

im the worst...is it rite?yes,it's true

pancaroba itu suatu kehidupan,
manusia mana yang tidak ditimpa malang,
manusia mana yang tidak diuji oleh Allah,
mungkin dgn kekayaan,
mungkin dgn kesusahan,
mungkin dgn kenikmatan,
mungkin dgn kesediha,
tapi itulah kehidupan...
hidup yang kian bergelut untuk mencapai kejayaan,
hidup yang kian hari kian ditarik kenikmatan kesihatan,
hidup yang kian ditarik segala kebahgiaan yang ada,
namun setiap perkara pasti ada hikmahnya,
aku tidak teruk,
tapi aku adalah paling teruk,
aku tidak jahat,
tapi aku adalah paling jahat,
aku truk kan?
maaflah pada suke rase,suke kate aku nk pujian,mintak maaf sgt2 k,aku sedar aku sape,aku xperlukan pujian sesiapa!!!tolonglah phm!!!
zul2,
merubah org yg baik kepada yg xbaik..
mulut yg xreti jaga hati insan lain,
buat perkara yg tidak mencari keredhaan Allah,
mak abah kate a,aku kate abc,
dosa dh penuh thp kritikal,
hati dh hitam macam bontot kuali,
bodo xterkate,
bingai xterkate,
bengap xterkate,
dan semua yg seangkatan dgnnye,
blaja malas,
bilalah ko nak jadi cerdik ni zul?
bilalah ko nak jadi rajin ni zul?
perangai truk,
wat malu mak bapak je...
diri xdekat lgsg dgn Allah,
setakat semayang 5waktu,
tu sume xmenckpi,
ko ni mang truk zul,
baru diploma,dah tercungap2,
org len dh degree,dh berjaye,dah kt angkase,
yg ko diploma pon xlps2
nak fail sane,
nak fail sini,
mane sume cite2 ko zul?
konon nk jadi doktor dlu,
xsedar diri bodoh xterperi,
slamat cite2 kedue ko masih on the way,
itupon ntah lps ntah idak,
zul2,
bak kate mak,
ko xpenah nak brubah,
dari kecik smp ke besar,
same je...
asik ikt kepale sendiri ,
bingai sentiasa...
manelah ko nk berjaye..
keberkatan mak bapak ko xdpt,
keberkatan guru pon xdpt,
keberkatan sume xtercapai...
dah la zul,
aku malas nk ckp ngn ko,
ko mmg truk,
dahulu,kini dan selamanya.........

Friday, April 2, 2010

hidupku yang semakin malap

kini,
hidupku.
kian hari kian malap,
kian hari kian terkapai2 aku di udara,
pelajaranku yang tidak terurus,
kehidupan bagaikan manusia yg hidup di dunia yang lain,
keseorangan sepi,
kesedihan sahaja yang terungkap di sanubari hati,
kepedihan,keperitan,keserabutan yang sentiasa berada,
hidupku bagaikan tidak diendah walau seekor kuman sekalipon,
sekali sekala,
adalah kuman yang akan menyapa aku,
itu pon sudah membuatkan aku lega,
walau kuman yang kecil namun membisa pada yang lain tidak pernah mengendahkan aku,
subjek yang semakin sukar membuatkan lagi aku kian gila,
hidupku yang tidak tentu arah tatkala menjadi perantau sepi,
subjek yg sukar akan merasmikan kegagalan subjekku dalam kehidupanku,
argh!kau memang bodoh!baru diploma dah terkapai2!!
dah kecundang!!zulfadhli2!sungguh malu kau dengan rakan2 engkau yang berjaya di sana sini!!rakan kau dah sampai ke negara orang,mengecapi ijazah,sedangkan engkau?apa yang ada?diploma yg sedang diambil bagaikan mikroorganisma semata2!!zulfadhli2,ko mmg bingai...

namun,
Allah Maha Adil,
tatkala aku sepi,
tatkala aku sedih,
tatkala aku jauh dari ibu bapaku,
aku masih ditemani insan2 yang amat bermakna kepadaku,
Izzatul Husna Mohd Salleh & Muhammad Abdul Razak,
merekalaha insan yang sentiasa mengisi kekosonganku,
tatkala aku sepi makan seorg diri,mad lah menjadi temanku,
tatkala tension memikirkan study yang ntah ke mana,
izza lah yang menjadi tempat aku mengadu,
walau hidup seolah hidup dgn 2 orang insan ini,
aku masih lagi merasa hidup ini bermakna,
bersama insan tersayang izzatul husna,
bersama sahabat dunia akhirat muhammad,
merekalah yang menceriakan hariku...
terima kasih izzatul husna,
I love so much...
terima kasih mad,
hanglah kawanku dunia akhirat...
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...