Tuesday, May 31, 2011

apa yang kau buat walau sebesar zahrah, kau pasti akan dapat balasan


baru ni , aku terdengar ikim fm pengalaman seorang doktor biasa , doktor A berceritakan mengenai pengalamannya di hospital yang bekerja di unit kecemasan. menguruskan hal2 kecemasan menjadi rutin hariannya .
suatu hari , didatangai seorang pesakit yang merupakan kanak2 yang sesak nafas . doktor A kemudiannya memasukkan kamera micro melalui tekak , alangkah terkejutnya apabila menjumpai sebiji guli di dalam tekaknya . 

disebabkan bukanla kepakaran doktor itu , dia pon memanggil doktor pakar kanak2, doktor B untuk menguruskannya dengan segera .

alangkah sedihnya , apabila si doktor B tidak mengendahkan panggilan kecemasan doktor itu dan dibiarkan begitu saja dan akhirnya lebih menyedihkan , perginya kanak2 itu buat selamanya akibat lambat diselamatkan oleh doktor .
ibu bapa kanak itu meradang dan mahu menyaman hospital itu akibat kecuaian hospital . doktor A cuba menenangkan ibu bapa itu dan akhirnya membatalkan saman itu . ibu bapa mana tidak sedih kehilangan anak yang boleh diselamatkan dengan segera . sedangkan doktor B seolah tidak mengendahkannya malah menafikan kesalahan beliau dalam menyalamatkan nyawa kanak2 .

beberapa bulan kemudian , sekali lagi didatangi kanak2 lain ke unit keselamatan . kebetulan dijaga oleh doktor A . apabila dicek , doktor A terjumpa satu duit syiling di dalam saluran pernafasannya .

seperti biasa , doktor A segera menelefon doktor B untuk hadir ke unit keselamatan dengan segera . doktor B sekadar menjawab dan memberitahu sekejap lagi dia akan hadir .

kali ini , doktor B hadir , tapi dengan lambat , bukan x datang langsung . namun , kehadirannya lambat sekali lagi yang menyebabkan kematian kanak2 itu .

datang doktor B , apabila melihat trus ke kanak2 itu , terus menangis teresak2 . alangkah sedihnya beliau .

 lalu ditanya doktor A , "kenapa doktor menangis sangat ni?"

doktor B , " dia anak saya " teresak2 mengenangkan lambat hadir ke unit keselamatan .

malang tidak berbau , akhirnya terkena di batang hidung sendiri .
sedih , sedih dan terus sedih . doktor B berubah menjadi doktor lebih bertanggungjawab . 

doktor A memberi kesimpulan di dalam radio , " apa yang dilakukan kepada masyarakat , begitu juga balasan yang kita dapat "

dan dari aku pula , hidup ini pelbagai perkara boleh terjadi . mungkin setengah orang akan berkata itulah hukum karma . dan bagi aku , balasan dari Allah baik perkara baik perkara buruk , atas kehendak Allah di dunia juga boleh ditunjukkan . Allah Maha Berkuasa , mungkin bagi kau perkara itu kecil , perkara itu tiada siapa yang tahu , tapi Allah lebih mengetahui , walau kecil jika dibalas , baru engkau tahu siapa yang berkuasa . lambat dan cepat je kau akan mengetahui juga akhirnya .

mungkin hari ni kau leh wat gimik kata nak 'rasionalisasi' subsidi minyak , kemudian kau tarik balik kate kau prihatin la apa lah . lambat atau cepat je kau mahu naikkan , macamla rakyat bodoh .
kemudian kau xnaikkan harga minyak , kau naikkan harga letrik , gas asli jana letrik diapungkan . konon 4.4 juta rakyat x dapat kesan . habis kau ingat rakyat Malaysia ada 4.4 juta je ke ? mana mau bil letrik skarang bawah RM77 , rumah xde orang bolehla . kau ingat hari ni orang masak air pakai kayu api ? aku baru dengar kat hot fm rakyat mengadu walau masak air xpakai heater pon bil letrik tidak mampu turun sehingga 77 . kau ingat rakyat kat malaysia ni semua pakai pelita ke untuk terangkan rumah ? kau ingat komputer dekat rumah boleh pakai arang batu nak cas bateri laptop ? ingat malaysia ni sejuk sepanjang masa xperlu kipas ke ?
rakyat yang akal tak berfikiran kritis cam kau je leh percaya cakap kau .

habis industri dalam dunia ni ada ke x pakai letrik ? kemudian esok lusa harga barang naik dan terus naik . yang merana siapa ? rakyat juga .

yang engkau suruh rakyat berjimat cermat bagai , suruh jimatkan letrik . yang engkau ? air-cond 24 jam , spotlight keliling rumah , ingat orang dalam malaysia ni semua buta ke ?

mungkin hari ini kau boleh bersenang lenang , mungkin hari ini kau boleh teruskan mengkayakan kroni kau , mengkayakan anak bini kau  adik kau , suatu hari nanti Allah akan tunjuk juga . mungkin PRU-13 pon engkau boleh menang , rakyat mungkin masih pendek akal sesetengahnya . tapi percayalah , engkau akan terima balasan .

dengan ini , aku menyeru kepada semua rakanku , bukalah minda , bukalah akal fikiranmu yang lagi bijaksana , sampai bila kita mahu menjadi pak hangguk sampai keluarga mati kebulur ? sampai bila soal aku . sampai kiamat ? bangunlah sedarlah dari tidurmu , jangan asyik tidur sahaja .

hidup ini tidak lama , jangan kita sokong pemimpin yang sokong kepada kemungkaran .

Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)

buktikan di dalam undi anda . kepada yang baru cukup umur untuk mengundi , yang sudah lama cukup tetapi masih belum daftar , daftarlah diri anda demi kebaikan bersama . 

semakin hari semakin tertekan hidup kita , apa salahnya sekali skala , kita menukar undi kepada pemimpin yang mahu memperjuangkan hak rakyat . 

soal perkara yang tidak lagi terbukti mahu kau persoal ? bimbang malaysia tergadai kepada cina ? bimbang tanah dirampas cina ? bimbang melayu tertindas ? itu pasti kalian bimbangkan bukan .

namun bukalah minda , sudah terbukti , merekalah yang menyerahkan singapura kepada cina . itu cerita lama ? soal pulau batu putih diserahkan apa cerita ? soal yang kawan keretapi itu apa cerita ?

lihat sendiri , yang terbukti , melayu tertindas , siapa yang mengenalkan ptptn dan membuatkan melayu merana untuk belajar ? yang hidup penuh dengan hutang . hutang malaysia lebih 300 billion , kau lahir terus kau berhutang , itu kerja siapa ? pas ? dap ? pkr ?

cubalah sekali di dalam PRU-13 nanti , aku tidak suruh kau menjadi pak hangguk pembangkang . kalau diorang lebih teruk dalam kepimpinan , susah apa , tukar kembali undi engkau .  cuma akal fikiran perlu dibuka , jangan soal perkara yang belum terbukti , soal perkara yang terang2 , fikirlah .

p/s : aku x akan behenti menyedarkan masyarakat hari ini .
 bak kata aaron aziz , "LU KASI WA MATI DULU LA BARU GUA DIAM ! "

14 chemical reactions:

mizzkechique said...

Allah bayar cash...jd kite xperlu nk bersusah payah balas kejahatan seseorng tu.. Doa org teraniaya InsyaAllah Allah S.W.T akan makbulkan... =)

adwafarahin said...

ya allah die x rase bersalah ke kanak2 mati sbb kecuaian n kesalahan die..

kesian ibubapa bdk2 tuh..haihh manusia semakin kejam skrng :(

AesyaZealous said...

wahhh awak dah update la! sukenye!! dush*


aisehman.. rumah aku tak pernh bil letrik bawah rm100.. kesian la parents aku. okay pasni tidur bawah jambatan!

pemimpin negara rumah besar2, pejabat banyak lampu2, artis buat konsert besar2. konon konsert amal. cet.

zikeryhassan said...

walau macam mana pon kita cuba berjimat, bil elektrik tetap lebih seratus. sekarang elektrik satu keperluan asas.

iQa~ said...

Allah tu adil... =)

lps ni, kite tdo xpyh pakai kipas sume...lmpu2 yg ade k umah dh mula bleh cabut,,beli je pelita..biar umah org KAYA2 je pkai sume tu...

PeNgEmiS dUniA said...

MK : betul2 , nanti akan kene balik , x kat dunia kat akhirat

adwa : tau xpe , tula bila manusia kerja kerana duit bukan kerana Allah

cah : saya tau awk suke ! *wink2
rumah aku pon xpenah kot! rumah sewe lagila ! pemimpin pon perangai teruk , nak aja org jadi baik , poorrahh!

zikery : tau xpe zik . aku xpenah lagi dpt bawah 100 lagi . die ingt laptp pakai letrik sket , solar yg banyak ko

iqa : betul , lepas ni kipas pakai surat kabar . beli pelita pon xpyn sbb minyak gas mahal , pakai cahaya bulan

aQimie Ceplos said...

"wat kams eraun gos eraun" ye dak ?? ahhaha!!

ko ni. harge minyak naik baru ko nk mucul.. mane betape? jumpe najib ke mad? ahaha

PeNgEmiS dUniA said...

harga minyak x naik lagi la ngek , letrik je baru naik . hahaha . bkn najib , tp rosmah merayu2 nak jmp aku ritu . haha

aslann said...

kuanghajo...tu ayat gua la der...bukan ayat aaron aziz!

hambek ko..sekali update panjang nak mampos..haha

efa said...

kesian pasal bdk tu la disebabkan kecuaian adess la,letrik dah naik adoi la jenuh2 so kena jimat cermat skrg hoho

IqbalHakim said...

koperat pikir kebarangkalian.. xpernah nak merasa kesusahan rakyat..

duit labur sana labur sini..
pembangunan modal insan la..
nak tingkatkan moral remaja la..

anjur kumpulan 1 belia..
anjur konsert amal.. anjur program..

nasib rakyat melarat..
yang miskin tak terdaya..
yang sederhana hilang upaya..

buka mata buka minda..
terima kasih zul bukakkan mata aku..
IT HAS TO BE STOP NOW!

baginda® said...

lame tak dengar ikim... ramai cakap ikim dah berubah skang... dah pandai bantai gomen bile ada yang tak kene... :P

aQimie Ceplos said...

typo la bro .. 'da nak naik' haha!!

ceh .. dy rayu2 ko pon dok layu la layan sugar mamy kan? ahahah!
kayo ekau ni ;)

Nurul Amelia said...

yeah...fad dh mncul..

masyarakat skrg xbdoh nk mnilai..

suke dgn p/s kt bwh 2.....
p/s : aku x akan behenti menyedarkan masyarakat hari ini .
thumbs up ^^\/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...