Saturday, November 27, 2010

Katering - Pengemis Dunia

hari ni , memang hari paling penat , nak taip pon x larat sebenonye , tapi teringin pulak nak bercerite kat blog ni walau bukan tentu ada orang nak bacenyer pon . ada follower pon bukan semua follower bace pon kan2 . hee . hari ni start krojer kejenye nak tau same ngan tajuk , yeler time cuti sem ni banyak orang kawen , kawan pon ramai x ada lak . baik kerje , ada gak duit nak kumpul untuk kawen , eh silap untuk sara hidup nanti , hehe . alhamdulillah , respon dari bos , dari tuan rumah baik2 je .

hari ni bukan nak cite sal katering , tapi nak cite pasal kerja orang zaman skarang . yela , hidup nak berkat , kenalah yang halal ye idak . ni x , rasuah sana sini , projek sub sini sub sana , last dari 3 billion tinggal 3 juta , mesti punyalah akan jadi , x banyak sikit x sikit banyak , kalo runtuhla menara warisan jari hantu tu , memang aku tunjuk jari hantu kat roswah eh silap bini roswah . rasuah ni dah macam bende wajib je dalam industri kementerian kita hari ni kan , yela , hutang Malaysia kan sikit , tu sampai catat paling tinggi tahun ni lebih RM 300 billion .

yela , bekerja ni kawan2 , bukan benda mudah . nanti tengokla bila kome yang tengah blajo , kua2 blajo , keje sini xtahan ler , penatler , bos garangler , apela macam2 lagila . ko ni nak duit , tapi ko xleh nak usaha , nak buat macam mane . kang si A keje KERAjaan , xlarat , penat gaji x naik2 . tapi menteri kome xpenatler , bahgie sangat . yang si B keje susah , payahla , bos garangler , macam2 hal .

tapi paling fad geram , fad pantang , gaji nak tapi keje x . memang nak makan penerajang , orang lain penat2 , kau senang lenang , isap rokok sane , pau rokok sini , yang fad separuh mati nak buat keje gaji same ngan ko . aduyai , rase nak suap je spender dalam mulut , kaki rendam dalam ayo kencing , perut pecah last sbb mkn duit haram . yela , samela kau ngan si mamat mane ntah , bli jet x ada enjin harge berjuta2 padahal orang lain bli murah ade semua . bli scorpion si kapal selam xleh menyelam , hutang Malaysia berjeler2 cakap kau , minyak naik sume , kau bermewah2 76 juta nak baik rumah putrajaya je . wah ! besnye gila ! selamat bini ko skang dah amik tugas ko skang,tp lg menyusahkan . yang fad keje ni , muke budak2 stok langsi , keje idak mane , duit nak , pastu igt kau masuk puki kau habis bagus ke ?

yela , fad cume nak nasihat je , nanti kerja pada yang belum , pada yang tengah , kroje ler leklok , kalo boleh bia habis tenage , orang nampak tu x nampak lain cerite , janji niat kita kerana Allah . yela , kau nak cari rezeki untuk anak bini , mesti nak halal , kalo halal pon anak x tentu elok , ni kan plak xhalal . anak zaman laa ni prangai srupe pungkoq kuali , pungkoq kuali leh putih kalo disentai tiap ari , tengok la link ni. nasihatkan cari yang halal untuk anak bini , bagi hati deme x keras makan benda x halal , apa keje kite kene wat , kita buat , setiap saat kita mengelat tu , nanti Allah tanya kat akhirat ape kome nak jawab ? awok xde nak nolongnye
tapi xyah la smpai wat krojer terlebih cam kamu tu giler kuasa cam contohnye , jadi pemangku PM walau kau hanya seorang isteri PM . macam tula lebih kurang .

ok2 , skang tangan fad dah cram eh betul ke eja kejang ni , haha tangan ni penat bebeno . x ape fad , t kroje dah kawen nanti lagi penat . ok , tu je , selamat malam sume , sok nak kroje lagi . assalamualaikum :)

Thursday, November 25, 2010

The bird a nest, the spider a web, man friendship(William Blake) -Pengemis Dunia



Khas untuk lu orang yang ada "Kawan".
1) Kawan tu bukan macam maen FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..
2) Kawan tu bukan macam maen SKATE. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) Kawan tu bukan macam maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) Kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takda.. hujan gerimis baru muncul..
7) Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru..
8) Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap takda..
9) Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10) Lagi…. kawan tu macam apa yeaaa???? haa.. kawan tu macam lu orang la...
Walau apa pun tanggapan lu orang tentang kawan.. bagi gua, kawan itu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya...
So... berhati-hati dalam memilih kawan......



Ni semua hasil pencurian fad dari Blog Bro ISA , haha

kawan skang , macam2 dah kite dengo , macam katak2 pon ade , lompat sana lompat sni , upps ! die sakit tenat dah , xbek mengate die,semoga Allah memudahkan,rakyat Pasir Mas harap bersabar menunggu kesenangan . bagi fad , kawan tumpang kesenangan belambak , kawan menanggung payah bersama ibarat orang mengharap menang loteri , menang mungkin ade , tapi zaman biler tu x tau .

fad ingat lagi , bende yang x akan fad luper sampai ke mati , mase fad berhingus gadis haprak pon xpandang mcmla skang orang ada pandang ko ! , adalah seorang kawan yang kononnya kawan , name xperlu didedahkan sebab saya bukan uncle seekers , jadi bak kata Saleem , hanya tinggal kenangan lame beno rase x karok. dulu time fad baru masuk maktab raja sekolah malaysia , fad masuk pon intake ke-3 , yelah budak bengap la katakan . jadi kawan pon xadalah ramai muler2 , pastu fad ada rapat dengan budak ni , mulerla rapat semua , slalu datang bilik fad semue . fad lak jenis mak abah suker bagi stok2 makan kat bilik , fad yang anggap si mamat ni kawan yang baik , x adala nak berkire ke ape semue . lagipun fad bukan minat sangat makan2 camtu .

pastu nak dijadikan cite , time berhingus dulu sukelar wat belon2 pakai air liur semue , nampak jijik tapi itu lar kroje budak2 mase tu . adela satu pagi sabtu kalo xsilap , tengah dok lepak2 kat tepi kelas , dok sibuk2 wat belon , angin bertiup baik punyer cilok , tap terkenela leher si mamat ni . . pastu dia pon naik meradangla , fad pon minta maaf semuela . tapi angin mepek bermule , padahal die pon 3x6 je pon slalu men air liur gak . sebab air liur setitik punye hal , mentang2 aku baru bape bulan idup , trus kecoh la satu batch , macam besa sangatla kes ni , aku rase air liur aku ade cam labah2 bise tu kot . kawan yang fad dah anggap kawan rapat fad boleh memburukkan aku semue , biasela kecik2 ramai yang nak buat samseng , sound2 bagai semue , semue bagai nak boikot , nak xnak kene terima gak , fad pon sengal gak gi main air liur belon pe hal .

A friend is one who knows you and loves you just the same.(Elbert Hubbard) walau kau wat salah ke x , kau tetap forgive and forget , x kan memalukan kau . tapi nilah jadi , x pasal dibuat macam ni , lupe semue kebaikan orang pada kita hanya salah kecik cam molecule . sampai hari gaduh tu , boleh dia cakap kat orang lain , dia berkawan dengan fad sebab nak makanan fad selambak kat bilik . manusia mane x sakit denga macam tu . sampai hati kau buat kawan cam pampers , dah pakai , buang . dan selamat ada lagi kawan yang ada akal fikiran , Umar yang kawan dengan fad . Thanks Umar walau kita slalu gak gaduh dulu . hee :')
[Phoneutria_nigriventer.jpg]
then , pandai si mamat ni , biler nak exam gi minta maaf ngan fad , tau plak diri tu salah lak . fad maafkanlah juga akhirnya , tapi tidak kepada makanan , dan tidak akan hilang ingatan fad pada "kenangan" terindah . then dalam tahun tu jugaklah , konon dah ok semua , fad pon xmain dah belon semua , tetibe tengah tunggu nak masuk lab , "plup!" belon terkene kat fad . ah ! mang maki habislah , si mamat tu plak buat , dulu macam xpernah main belon , skang terkena gua , lu tersengih cam beruk . kasi makan kaki baru tau ! selamat tiada pergaduhan terjadi .

papehal , nanti akhirat nanti , carila gua di padang mahsyar , tu pon kalo jumpe .
-Pengemis Dunia

Tuesday, November 23, 2010

Kembali aktif berblogging - Pengemis Dunia

assalamualaikum everyone :)

selepas dah lama x berblogging, ntah ape ngingo ntah fad nak kembali ke era blog kembali . bukan ape , sebelum ni nak kate sibuk, bukan sibuk, tapi malas. biasela, budak rajin memang mcm tu :D .

Ajahn Chah - “You are your own teacher. Looking for teachers can’t solve your own doubts. Investigate yourself to find the truth - inside, not outside. Knowing yourself is most important."

based on this statement , cewah orang pulak putih plak dah fad ni ! bukan ape, bagi fad, fad setuju dengan statement ni , kadang-kadang orang terlalu bergantung pada diri orang lain , mengharapkan ceramah motivasi sana , motivasi sini , last2 merepek punye motivasi, diri ghuper tu jugak , duit abis. buat ape nak membazir betui idak?

bagi fad, diri kita yg kena letakkan usaha sendiri, diri kite yg perlu ade matlamat sendiri. kadang2 motivasi ini cakap len, motivasi sane cakap lain, las2 due2 xikut. fad bukanlah seorang budak yang baik ke bagus ke ape, belajar pon lintang pukang, agama pon xsebagus mane, tapi diri fad ade cara fad sendiri. kadang2 kite rase kita asik nak jatuh, jangan kate orang lain, tengok sudah, konon2 orang pandang ke oversea, last2 diploma je cakap kau . malu pon ade. blaja xusah kate, memang susah nak nampak.

tapi cara fad, bila fad nak, fad akan wat sampai benda yg nak dapat, kalo xdapat usaha gak sampai memang takdir kate x dapat. kita selalu rasa diri kat down bagaila, tapi kita sebenarnya yang kena naikkan kembali diri kita, kita yang kena usaha. slalu kalo fad, bila kita rase camtu, fad akan cakap diri fad sendiri, sampai bila nak teruk, sampai bila nak down, cuba letak azam mahukan perubahan, mungkin kita xmampu berubah sepenuhnya, tapi skali kita tekad, kita letak target, insyaallah kita akan buat. Janganla setakat cakap besar kat orang, yang kamu bolehla, kamu hebatla, pastu habuk pon x ada , bek xpayah camtu. baik kamu tanya diri sendiri, cuba cakap dengan hati, bukannya nafsu perasaan yang mengikut syaitan, insyaallah kamu akan lakukan. nanti cuba selepas baca ni, tanya diri sendiri, apa yang patut buat semua, tekad dan ia akan berjaya, insyaallah
:)



Monday, October 25, 2010

Menjumpai Barang yg Tercicir Mengikut Cara Islam

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Akhi Salman

MUQADDIMAH

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia, apabila kita menjumpai barang yang bukan kepunyaan kita, kita akan mengambil tindakan seperti:

1. Mengambilnya untuk kegunaan kita sendiri dengan alasan tiada yang menuntutnya.

2. Memberi atau meletakkan barang tersebut di surau/masjid.

3. Menjadikan barang tersebut sebagai satu sedekah pada orang miskin.

4. Membiarkan barang tersebut tanpa sebarang tindakan dengan alasan bahawa ada orang lain yang akan mnguruskannya.
Mengambil barang yang bukan hak milik kita atau mensedekahkannya kepada satu pihak yang tertentu walaupun dengan niat yang baik, adalah satu perbuatan yang salah dari segi syariat, kecuali setelah mengambil langkah-langkah yang telah digariskan oleh syariat.

DEFINISI LUQATAH

Harta ataupun barang yang dihormati yang dijumpai di tempat yang bukan milik individu dan ianya tidak ada tanda-tanda di bawah jagaan sesiapa dan tidak diketahui siapakah yang berhak untuk barang tersebut.

PENSYARIATAN MENGAMBIL BARANG YANG TECICIR

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya tentang barang yang tercicir:

اعرف وكاءها وعفاصها ثم عرفها سنة فإن لم تعرف فاستنفقها ولتكن وديعة عندك فإن جاء طالبها يوما من الدهر فأدها إليه

“Hendaklah kamu mengenal pasti pengikat bungkusan barang tersebut dan bekas barang tersebut, kemudian hendaklah kamu wawarkan selama setahun. Sekiranya kamu tidak menjumpai tuan barang tersebut, dan hendaklah kamu simpan dan pelihara dalam jagaan kamu, dan apabila datang pemilik barang tersebut, pada bila-bila masa, hendaklah kamu menyerahkan barang itu kepadanya.”

Hadis riwayat bukhari (2295) dan Muslim (1722)

HUKUM MENGAMBIL BARANG YANG TERCICIR

Ia mempunyai 5 hukum:

1. SUNAT:
Bagi orang yang mempunyai sifat amanah dan ditakuti ianya hilang jika dia tidak mengambilnya.

2. HARUS:
Sekiranya tidak ditakuti ianya hilang jika tidak mengambilnya.

3. WAJIB:
Sekiranya dia yakin, jika dibiarkan, barang itu pasti akan hilang.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT APABILA MENJUMPAI BARANG YANG HILANG

1. Sekiranya barang tersebut adalah barang yang remeh-temeh, iaitu yang mana manusia tidak kisah kehilangan barang tersebut, maka orang yang menjumpai boleh mengambilnya tanpa perlu mewarwarkannya atau mencari tuannya.

2. Sekiranya ia adalah barang yang bernilai, iaitu yang mana tuannya akan mencari barang tersebut, maka wajib orang yang menjumpai mewarwarkannya.

3. Maka, orang yang menjumpai barang itu tadi, hendaklah dia mengenal pasti sifat-sifat barang tersebut.

4. Orang yang menjumpai barang itu tadi hendaklah bertanya akan sifat-sifat barang itu kepada sesiapa yang mengaku sebagai tuan sebenar kepada barang tersebut.

5. Kalau si pendakwa itu menjawab dengan tepat, dan diyakini oleh orang yang menjumpainya bahawa dialah pemiliknya, maka serahkan kepadanya.

6. Sekiranya masih lagi berterusan, tidak ada yang mengaku, atau tidak diyakini pendakwa itu sebagai tuan yang sebenar, maka hendaklah orang yang menjumpainya mencari tuannya selama setahun. Tempoh masa setahun ini adalah bagi barang-barang yang sangat bernilai. Sekiranya barang itu tidak sangat bernilai, maka tempohnya tidak sampai setahun dan ianya mengikut nilai barang tersebut.

7. Tempat yang diwawarkan adalah tempat yang umum, tempat yang dihadiri oleh orang yang ramai (pasar, sekolah, perhentian-perhentian dan lain-lain).

8. Jikalau telah tamat tempoh pencarian tuan tersebut, maka dia boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. Ataupun pilihan yang kedua, dia boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.

INI ADALAH PENJELASAN RINGKAS TENTANG TAJUK BARANG TERCICIR DALAM FEKAH MUAMALAT MAZHAB SYAFIE. IA PERLUKAN KEPADA PEMERINCIAN DAN PENERANGAN.

Wednesday, September 22, 2010

KERETA -by Pengemis Dunia

Kereta ,
ibarat kehidupan ,
ketika baru beli sedap je gune ,
manusia pon , ketika baru lahir ditatang bagai minyak yg penuh , di sayangi , dijaga ,
bila dah lama , mulerla wat perangai , rosak itu rosak ini ,
samalah juga dengan manusia , dah besar bukan makin menyenangkan mak bapak ,
tapi menyusahkan mereka .
kereta juga ada jugak pasang surut rankingnyer , kadang-kadang boleh potong kereta lain ,
contoh macam iswara lumba ngan viva konfirm lah viva kalah ,
namun ada masanya kalah jua , bila usah diberi kepda kancil dengan turbo ,
jadi walaupon kecil , wira ke iswara ke akan kalah ,
macam tu jugalah manusia ,
ada masanya di atas , ada masanya dibawah ,
mungkin akan extraordinary dengan sifat kita sendiri dan mungkin juga lack of ordinary bila perangai sengal menjelma ,
kereta pon ada kelemahannya , kadang-kadang mesti rosak punya ,
begitulah manusia , kadang-kadang jatuh secara tiba-tiba ,
masalah timbul disana sini , sedihnya bukan kepalang .

namun ,
walau apa pon jua ,
ia tetap berasal dari ciptaan Allah ,
kereta dicipta menggunakan fikiran manusia ,
tapi fikiran manusia itu siapa yang cipta ? siapa memberi ilham kepadanya
Allah jugalah segalanya .
:)

*dah lame xmerepek , nilah puncanya .xde kaitan apa-apa (-_-)

Monday, September 20, 2010

MANDI WILADAH

Utk dikongsi bersama…

Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan bersama..Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth...I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.

Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.

Wallahua'lam.

Email From: From: Jihan Abdullah (gehaneus@yahoo.com)

Saturday, August 14, 2010

Hukum PelihAra BURUNG dalam Sangkar

Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar untuk tujuan menikmati kemerduan suaranya atau melihat kecantikannya?

Jawapan;

Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud);

“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29).

Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”.

Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah;

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?’” (al-A’raf, ayat 32).

Khusus mengenai binatang, Allah berfirman; “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (an-Nahl, ayat 8).

Dalam ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah menjadikan binatang bukan sahaja untuk makanan atau tunggangan, tetapi juga untuk perhiasan kepada manusia, iaitu keseronokan manusia melihat dan memandangnya. Oleh itu, keharusan memelihara binatang bukan sahaja untuk tujuan menjadikannya sebagai makanan dan tunggangan, tetapi juga harus memeliharanya untuk tujuan perhiasan iaitu untuk melihat kecantikannya, mendengar kemerduan suaranya dan sebagainya. Maka menurut ulamak –berdasarkan dalil-dalil di atas- hukum memelihara burung di dalam sangkar (begitu juga ikan di dalam akarium) adalah harus dengan syarat kebajikan burung atau binatang peliharaan itu dijaga dan begitu juga dengan menjaga beberapa syarat yang lain.

Syeikh ‘Ahiyah Saqar (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) dalam fatwanya menegaskan; “Di antara perhiasan (yang diharuskan) ialah beberapa jenis burung dan ikan, maka harus memiliki dan menjualnya selagi ia berada dalam batasan-batasan Syarak dan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu;

1. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan berbangga-bangga dan segala amal-perbuatan bergantung kepada niat masing-masing.
2. Tidak lalai/leka dengan kerana menikmati kecantikannya atau kesibukan menjaganya dari melaksanakan kewajipan Syarak atau tanggungjawab yang lebih utama.
3. Tidak mengabaikan kebajikannya seperti memberi makannya dan sebagainya.

Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Aku mempunyai seorang saudara lelaki yang masih kanak-kanak (baru putus menyusu) yang diberi gelaran Abu ‘Umair. Ia memiliki seekor burung kecil (dipanggil an-nughair). Apabila Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wa salallam- datang dan melihatnya, baginda bertanya; ‘Wahai Abu ‘Umair, apa yang burung kecil kamu lakukan?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). (*an-Nughair menurut ulamak ialah burung kecil menyerupai burung layang-layang dan paruhnya berwarna merah. Penduduk Madinah dahulunya memanggilnya dengan nama burung al-Bulbul. Lihat; Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust).

Imam ad-Dumairi dalam kitabnya yang masyhur “Hayat al-Hayawan al-Kubra” menegaskan; “Hadis di atas menjadi dalil harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil”. Namun berkata al-‘Allamah Abi al-Abbas al-Qurtubi; “Yang diharus oleh ulamak ialah menangkap burung itu untuk berhibur/bermain dengannya. Adapun menyiksanya dan mensia-siakannya, tidak harus kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- melarang membunuh binatang kecuali untuk memakannya”.

Di dalam hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah menceritakan;

عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
“Seorang wanita diazab oleh Allah kerana seekor kucing yang yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Ia dimasukkan Allah ke dalam neraka kerana kucing tersebut. Allah berkata kepadanya; ‘Kamu tidak memberinya makan dan tidak memberinya minum tatkala kamu mengurungnya. Dan kamu tidak pula melepaskannya supaya ia dapat makan binatang-binatang kecil yang berjalan di atas bumi” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu).

Hadis di atas menjadi dalil haramnya menyiksa binatang termasuk tidak memberi makan kepadanya. Maka, jika kita ingin membela binatang, wajiblah kita menjaga kebajikannya. Jika tidak, wajiblah kita melepaskannya. Satu lagi yang perlu disebutkan di sini; diharamkan menjadikan binatang sebagai bahan taruhan dalam perjudian. Begitu juga, melaga-lagakan sesama binatang. Membela binatang untuk tujuan tersebut adalah haram kerana sesuatu yang dilakukan untuk suatu tujuan yang haram, maka ia turut haram sebagaimana kaedah “Al-Umur bimaqasidiha” (setiap urusan dilihat kepada tujuannya).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh ‘Atiyah Saqar, Dar al-Ifta’ al-Misr, 10/150.
2. Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust.
3. Al-Fatawa al-Islamiyah, 4/597.

Tuesday, August 10, 2010

RIBENA HARAM?

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - AgensI

BLOG BUJANG SUSAH

Sunday, August 8, 2010

TANDA KEMATIAN untuk Orang Islam


27 Syaaban 1431H
Email : Savvy Merah

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Fakta ADOLF HITLER


Adolf Hitler Peminat Islam: Sejarah Yang Disembunyikan

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. - Oleh Lan Iisma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...