namun,tiada respon yang ku dapat dari adikku sejak hari pertama dimasukkan ke hospital...aku sedih..ku marasekan air mataku seakan2 sudah kering dan tidak mampu lagi menangis..sebagai muslim,Allah itu maha berkuasa,Alllah tempat kita memohon pertolongan,yang ku mampu berdoa...dan ku harapkan keajaiban dari Allah..
pada hari jumaat,doktor memberitahu ibuku bahawa ambulans sudah bersedia untuk membawa angah ke hospital Ipoh memandang tekanan darah angah sudah boleh dikatakan stabil..pada pagi tersebut,datanglah ambulans tersebut bagi mengambil angah...
ibuku berkata kepada angah,"angah....mak nak bawak angah pergi ipoh ni,nak bagi angah sehat,nak cek sakit angah."...
lalu alangkah terkejutnya,selang beberapa minit,tekanan darah angah menurun dengan mendadak...daripada around 100 sampai turun ke berbelas-belas!!tidak ku sangka seteruk itu...adakah adikku seakan mengerti ingin dibawa ke Ipoh? lalu doktor tidak mahu mengambil risiko,bimbang mampu menyebabkan kematian ketika dalam perjalanan...memang,mak pernah memberitahuku,selepas beberapa hari pemergian angah,angah pernah meluahkan hasratnye untuk dikebumikan di sebelah kubur atuknya ketika mak pergi melawat kubur tuk ketika bulan puasa.
angah bertanya kepada mak,"mak,sebelah tuk ni kosong untuk sape?untuk cucu tok ke?untuk sedare kite ke mak?"
lalu mak menjawab,"ish,bukan ngah,untuk sape2la,sape pergi dulu,die la kene kebumi dekat sini."
angah pon membalas,"ooo..kalo cmtu,angah nak sebelah tokla..."
"ish,sape pergi dulu,diela",mak seolah2 tidak mengerti yang kata2 adikku merupakan kata yang serius sebelum angah pergi.mungkinlah inilah salah satu sebab angah tidak mahu dibawa ke Ipoh.ambulans pon pulang la dengan tangan kosong...yang aku rase benda ini seakan benar pabila pulangnya ambulans,adikku mula kembali pulih tekanan darahnya seakan mengetahui..
hari demi hari,kian lame adikkuu berada disana,rayaku hanya di hospital,pada hari sabtu,doktor memberitahu mak,buah pinggang angah rosak...angah tidak mampu lagi membuang air kecil dalam keadaan koma...segala makanan,ubat yang disuntik oleh doktor tidak lagi keluar dan badan adikku semakin sembap.mengalir air mata mak bila melihat angah begitu,air tidak mampu lagi keluar dari badannya menyebabkan badannya menjadi sembap dengan penuh air..yg sebelum ini angah hanya mempunyai badan yg kurus dan hari ini badannya tidak lagi seperti angah yang ku kenal...
ya Allah,apa yang kau sedang duga aku ya Allah?aku seakan sudah mulai rasakan bakal pemergian angah ketika itu,siapa yg dapat bertahan dengan kerosakan jantung,buah pinggang,mata..habis semua sistem sudah rosak..hanya nadi sajalah sistem terakhir yang belum mula rosak...YA ALLAH,SELAMATKAN LAH ADIKKU YA ALLAH,HANYA ENGKAU YANG MAMPU MELAKUKAN KEAJAIBAN...sekali lg,air mata ku berderai...
ahad seperti biasa,aku,keluargaku dan sesiapa saja yang melawat membacakan yassin untuknya,melakukan solat hajat untuknya...namun tiada sebarang perubahan...namun,pada sebelah tengah hari,aku melihat suatu tanda yang ku harap adik aku mendapat keajaiban dari ilahi...ketika ku meluahkan prasaan untuk memberikan semangatnya utk die hidup di telinganya,dan ku katakan jika angah degar,tlgla gerak,dan pada hari itu,angah menggerakkan kakinya,alangkah gembira dan aku masih mengharapkan angah sembuh...namun,pabila doktor cek,doktor sekadar menganggap hanya tindak balas biasa..tetapi bagiku,itulah tanda,angah mendengar kata2ku,ku percaya.... pada malamnya,nana,adikku perempuan mengadu skt perut kapadaaku,lalu ku menelefon abah untuk menyuruh salah sorang mak abah balik sebab ku bimbang,takut orang lain yg sakit,orang lain yg pergi..abah pon pulang...menemani adikku kecill...
Pada esok subuhnya,mak menelefon abah,mak suruh abah dan aku dtg ke hospital kerna angah sudah mencapai tahap paling kritikal kata doktor dan doktor suruh bersama angah walau ketika itu bukanlah waktu pelawat boleh bersama pesakit dalam ICU(siapa yg pernah jage org kt ICU taula,mlm xleh msk)...aku dan abah segere dtg ke hospital...melihat adikku,tekanan darah semakin menurun..nadi angah semakin lemah...badan angah pon dah macam bukan badannya lg bila air semakin banyak bertakung di dalam badannya.aku pon membacakan yassin dan sebagainya..mengalir air mataku setiap kali membacakan yasin utk angah...aku cuba memberikan semanagt kepadanya...mak abah mula menangis..doktor tidak mampu lgi melakukan apa2...mak xsanggup lagi melihat angah terseksa,ibuku mencadangkan doktor mencabutkan semue alat yang terdapat pada adikku ini...
namun,aku tidak membenarkan,kerna bagiku,ku rase seolah2 ak membunuh adikku sendiri..biarlah die pergi dgn sndiri..ketika itu,aku masih mengharapkan keajaiban dari ilahi...
akan tetapi,ibuku sudah nampak akan tanda2 adikku sudah tiba mahu pergi,kakinya mula menjadi lurus wlu ditpak kaki,betisnya mengecut,telinganya menjadi lembut..
nadi angah semakin tidak tentu arah,mula menuju ke arah straight....
ibuku xdapat menahan melihat angah terseksa...
elok,habisnya aku membacekan yassin pada lebih kurang 10.50 pagi..mak,abah masuk...
mak bercakap kepada angah,"angah..kalau angah nak pergi,angah pergila..mak redha..mak relakan pemergian angah..mak ampunkan dosa angah..angah kecik lagi,belum ade dose ngn mak abah lagi,mak xsanggup tengok angah terseksa..."..menangis mak,abah,aku bagaikan banjir...
selang beberapa minit,nadi angah semakin dekat dengan straight...mak menyuruhku ajari angah mengucap...aku,mak abah mula mengajar angah mengucap termasuk berzikir lailaahaillallah ke telinga angah sambil berderai2 air mata kami keluar...
doktor pon pabila menyedarinya,segera menyuruh kami keluar kerna doktor mahu cuba utk kali terakhir wlu cube dihalang oleh ibuku kerna mak tahu angah akan pergi..
pada jam 11.07 pgi,angah pergi meninggalkan kami...melimpah2 air mataku keluar tidak menahan kesedihan aku...mak dan abah saling berpelukan,dan aku?siapa mahu ku peluk.?slamatla pakcik ku dtg kepadaku lalu memelukku untuk menenangkan aku...aku menangis...tanpa dapat berhenti..namun aku tetap redha pemergiannya..angah,jangan tinggalkan abang ngah....sape nak temankan abang main ngah?sape nak teman abang sembang ngah?sape nak teman abang bergaduh ngah?angahhhhhh......menangis aku melihat jenazah adikku..adikku dikebumikan di sebelah kubur tukku..maka hilangla insan yang bernama angah...sepupuku yg sebaya dengannya juga telah pergi sebelumnya yg juga bergelar angah..suatu kepelikan,atukku meninggal sebelum angah meninggal pada tarikh hari jadi angah,dan angah meninggal pada tarikh hari jadinya sepupunya yg telah meninggal...
sejak kecil lgi,sblmku baligh,setiap hari ku berdoa,ya Allah,cabutla nyawaku dahulu ya Allah ketika ku kecil agar ku xmelihat wlu seorg pemergian keluargaku ya Allah..tetapi mengapa ak juga yg diduga ya Allah dan tidak Kau makbulkan doaku ya Allah..mengalir lgi air mataku..sehingga hari ini,ak ttp berdoa sebegini...aku xmahu melihat adikku pergi,wlu dielah yg sering ku marh,wlu die la yg sering menjadi teman ku bergaduh,tp tidak menandakan ak tidak syg akannya...aku syang angah..ak syg mak abah...aku syg emi nana..air mata membasahi pipi...
YA ALLAH,JANGANLAH KAU AMBIL INSAN YG KU SAYANG SEBELUM AKU PERGI KERNA KU XMAMPU MELIHATNYA.....
[entry ini ditulis pada 14 september 2009]

