Sunday, March 20, 2011

zulfadhli dan lisa surihani di alam maya




View Image
satu hari datang penyamun hendak menyamun sepasang pasangan ini , si zulfadhli (nama sebenar) dan lisa surihani (bukan nama sebenar ). kejadian ini berlaku di belakang jalan kedai yang sunyi .


penyamun itu sambil mengacukan pistol , " lebih baik kamu serahkan duit atau aku tembak perempaun ni "

si Zulfadhli ni pada mulanya takut , tapi disebabkan memikirkan kegentleman perlu menang . dia pon segera memujuk si penyamun tu .

pada mulanya penyamun tu xmemakan sebarang pujukan . 

sekali zulfadhli mendapat idea . zulfadhli ni memang idea merepek nak beralasan selalu terhasil spontan *dasar otak bercabang* ketika hendak melepaskan diri dari musibah pape . 

dia pon berbisik pada penyamun tu . dalam 5 minit jugalah . lisa surihani dah pelik je nengoknye .

skali tiba2 muka si penyamun tu merah padam seakan ketakutan .

tiba2 dia lari meninggalkan diorang .

lisa surihani pon peliklah lalu bertanya , " abang cakap apa dekat penyamun tu ? abis kelam kabut lari macam nampak hantu je "

zulfadhli sambil tersenyum , " abang cakap kita belajar master in nuclear engineering kat jepun . waktu meletup memang kita ada paling dekat . kita kene radiation tinggi . abang cakaplah radiation berjangkit . hehehe "

lisa surihani , "haha . bercabang betulla kepala otak laki aku ni"

mereka pon pulang ke rumah dengan ati tenang 

Saturday, March 19, 2011

sayangilah ibu bapa , jagalah sebagaimana mereka menjaga kita semasa kecil

View Image
hari ni , fad pergi parit buntar antar mak pa kawen belah laki plak . lepas anta terus ke penang  ngan parents fad , pergi workshop kete nak sain untuk release kereta bila dah siap . kitorang pergi makan semua . cadangnya nak tido umah mak uda , tapi xnak ngaco awal2 , kitorang pergilah masjid konon nak tunggu maghrib la cadangnya .

mak mula2 macam xnak susahkan mak ude , tapi sebab abah nak last2 kenala . time kat masjid , mak nak tuka kain dalam toilet , tetiba mak telentang jatuh licin . mak pakai selipar licin . 

fad mula dalam kete , tetibe abah cakap mak jatuh , berderau darah fad . selamat xterhentak kepala . seriusly risau sangat2 , tangan mak naik lebam tiba2 bengkak . fad risau retak je :( . mak selamat sempat tahan kepala dari kena bucu lantai .

korang pon tau kan , selalu orang dah berumur sangat2lah bahaya kalau jatuh . sekali jatuh boleh mengundang pada strok dan malah kepada kematian . nauzubillah . minta sangat jauh .

korang pon tau kan , selalu orang dah berumur sangat2lah bahaya kalau jatuh . sekali jatuh boleh mengundang pada strok dan malah kepada kematian . dulu nenek fad blah abah meninggal pon sebab jatuh ,  strok kejap terus meninggal . sama juga nenek tiri fad .

jadi kat sini fad nak ingatkan  , sayangilah ibu bapa anda . ambillah precaution tersebut sebelum menyesal seumur hidup :

1. jangan benarkan ibu bapa kita pakai selipar yang licin , yang x ada bunga dah . sebabnya , bila selipar licin , potensi nak jatuh sangat2lah tinggi . tukalah selipar diorang . biar duit ilang jangan nyawa ilang

2. tolonglah rajinkan mop lantai di rumah kalau ada air ke apa . even kalau hujan tempias masuk dalam pon lap lah . baru ni sepupu fad jatuh terlentang , selamat x ada pape .

3. rajinkanlah mencuci toilet korang . sebab bila toilet lama xbecuci , dia akan berdaki dan macam berlumut . bila dah berdaki tu dia akan licin , tolonglah cuci sebelum orang tua kita terjatuh . anak kecik kita jatuh pon bahaya

4. bila nak buat rumah , buatlah toilet dengan mozek lantai yang kalau boleh sangat kasar untuk ada daya geseran yang tinggi .

5. pimpinlah ibu bapa kita ketika jalan licin . orang tua kan , tenaga dah xkuat cam orang muda . kalau xnak pimpin pon , jalan tepi diorang , if in case nak terjatuh diorang boleh pegang kita . dan kita leh sambut .

tadi , mak uda cakap , doktor bagitahu , kalau jatuh terhentak kepala , if ada muntah ke dalam tempoh 24 jam , sila bawa hospital dengan segera . bimbang pendarahan dalam otak .

 fad bila fikirkan balik , terkejut pon ada . alhamdulillah mak selamat .

tadi masa solat maghrib , berair air mata fad . takut sangat kehilangan ibu tersayang . dosa ngan mak banyak lagi , jasa pon x terbalas . kalau mak x ada , sape nak jaga fad . mak lah yang banyak bagi semangat kat fad .

mak , mali x sanggup kehilangan mak :'(

suatu hari , jika ditakdirkan mak atau abah pergi dulu sebelum mali , mali nak jadi anak yang memandikan jenazah mereka , fad lah yang akan mengimamkan solat jenazah mereka . yang akan mengebumikan mereka .

tapi fad xnak pergi dulu , fad terlalu sayang cinta akan mak abah . fad selalu berdoa biarlah fad pergi dulu sebelum mak abah . fad xleh hidup tanpa mereka .

mali sayang mak , abah :'( . terlalu sayang 

pada rakan di luar sana , sayangilah ibu bapa anda . hargailah mereka selagi mereka masih ada . :'(

Friday, March 18, 2011

Sebelum Nuklear , cermin Proton dulu

Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta. 

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah. 

Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."

Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusanatau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis diUtusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs,New Scientist, Nature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima
 

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah. 

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik. 

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987. 

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh. 

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi. 

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu


Hishamuddin Rais
Mac 18, 11
4:27pm

-Malaysiakini-



kisah sang anjing dengan sang kaki judi

View Image
di sebuah tempat bernama Puteriraja ,  ada  anjing ni bernama Cuak Soi Lock( panggi cuak), dibela oleh sepasang suami isteri yang hanya bergelar Islam dari nama sahaja bernama Bijan dengan Roswah. mereka ni raja di kawasan itu . mereka tahu hukum memelihara anjing namun mereka xkisah kerana bagi mereka semua halal janji mereka bahagia . rakyat yang pak angguk hanya menyokong . 

satu hari , pak bijan bawak Cuak pergi jalan2 kat tepi tasik . tetiba datang seekor anjing kurap betina di tepi . yang si anjing  nama Cuak ni memang jenis gatal macam tuan die , terus kejar anjing kurap tu nak mengawan . udah la tasik tu memang kawasan orang riadah , memang semua tengok je anjing tu beromen  mengawan . pak Bijan hanya bia je .

lalu kecohla kisah anjing gatal yang gelojoh dengan kurap pon balun . udah anjing ketua kat situ . memang orang kutuk gila2 la , udah kantoi semua . dengan Islam bela anjing , dengan mengawan xkena tempat .

namun , sayang Bijan pada Cuak sangat tinggi sampai lantik anjing tu jadi ketua untuk jaga dia .

satu hari , tiba2 ketua kampung kelantanah mengatakan haram berjudi untuk semua orang kat kampung kelantanah . bengisla Bijan ni sebab sumber pendapatan ekonomi nya kene kaco. 

sekali keluarlah anjing ni , melalak2 macam apa , mengamuk pada ketua kampung kelantanah . disuruh bijan untuk serang ketua kampung tu . 

maka Cuak pon telolong nak cari ketua kampung kelantanah .

dah Cuak ni pon x sedar diri dia ni anjing , tengah konon nak terkam terus ketua kampung , "poooooommm !!!" bunyi tembakan tepat kena kat kepala Cuak .

sebab apa ? sebab anjing pon haram macam judi (-_-")

kesimpulan , anjing cite ni = tuan anjing cerita ni
THE END .

apa fad merepek ni ? ? adoi . sila kaitkan dengan isu semasa . :D

Thursday, March 17, 2011

sedangkan anjing setia bersama sahabatnya , manusia ?

buka link ni ,Dog in Japan stays by the side of its ailing friend in the rubble

kisah di mana anjing xmahu berganjak duduk di tepi kawannya yang dah nak mati . bacalah

kalau manusia , bila lahirkan anak luar nikah , buang di dalam jamban . amik plastik itam letak tengah jalan bia kene gilis . sekolah harapan mengandung kan ada . . 

kalau manusia , kawan x makan , ditinggal begitu saja tanpa mengajak

kalau manusia , kawan tengah susah sangat ni , "nantak kau la , pandai2 la idup , ko susah bukan aku "

kalau manusia , di depan kawan ni kata lain di depan kawan tu kata lain .

kalau manusia , kawan sakit , " dia sakit , bukan aku sakit "

kalau manusia , kawan tengah makin bodoh dalam akademik , " nantak kaula , lagi bagus ko xpaham , leh aku ada kat atas . haha "

kalau manusia , sesama kena musibah , " pandai2la kau hidup . aku pon terseksa juga . janji lepas tengkok aku sudah "

kalau manusia , harga minyak naik harga barang pon naik , yang menteri ngan first lady berjalan sakan xkesian kat rakyat ke ?

kalau manusia , rakyat jepon tengah sedih , kita leh buat lawak bodoh kat public ultraman mati lemas . ni ke manusia ?

kalau manusia ,  rakyat jepon tengah sengsara dengan nuklear , boleh plak first lady negara mana ntah kata , diorang kene kaji semula teknologi diorang macam pandai beno negara dia tu . mati kene radiation baru tau .

RASA KOME LAH , X MALU KE KITA DENGAN ANJING ?

Wednesday, March 16, 2011

telefon bimbit salah satu punca lelaki mati pucuk

sila ke tekan link ni untuk berita lanjut dari kosmo




lepas ni ,

kalau awek tepon fad , fad akan jawab , " awak nak anak x ? kalau nak jangan call saya " (padahal alasan nak main game)

kalau mak call , fad akan jawab , " mak nak cucu x nanti ? kosmo cakap telefon leh mati pucuk " (padahal tengah kat luar merayau2 xnak kantoi)

kalau opah call , fad akan jawab , " opah nak cicit sulung dari mali x ? kalau nak jangan call lama2 , bahaya opah "

kalau kawan call , " wei , sorrylah , aku xnak mati pucuk , nanti bini aku menangis , jadi kena letak , bye " (padahal nak mengelak dia nak minta tolong)

kalau orang xkenal call , " harap maaf , no yang anda dail takut untuk mengangkat telefon dek kerana bimbang mati pucuk , terima kasih "

kuang kuang kuang

habis pasni nak letak telefon kat mana kalau bukan poket ? ? uwaaaakkk ! akan celah lubang ponggong kot ! uwaaaak ! saya x sanggup mati pucuk ! 

Tuesday, March 15, 2011

tips bagi pemandu kereta di jalan raya


korang agak2la , apa jadi kat penumpang dalam ni kalo kete jadi cmni ?

hari ni fad nak kongsikan tips untuk pemandu kereta di jalan raya :
1. pandu kereta belah kiri kalo rase2 nak bawa slow macam kereta lembu
    sebab : nanti orang nak cepat kot nak tercirit ke nak laju kome buat kaco


2. pandang cermin sisi dengan tepi betul2 masa nak memotong 
    sebab : cermin sisi sebenonye ada black spot yang mana kome x kan nampak kereta yang betul ada sebelah . jadi kang kome boleh langgo kereta yang ada kat tepi kome sebenanye . especially pompuan slalu jenis xpandang blakang . karang kereta bmw ke ape , mampuih nak membayonye . kalo bayo je xpe , ni kereta tengah sedap laju kedegang langgo kome abih ilang nyawa


3. jangan nak mengade nak memotong mase double line 
    sebab : slalunye2 pak polisi suke duduk kat depan kang nahas kene bayo saman . tu xpe lagi , ni baru ni kes kat kampung fad , sebab nak memotong lori punye pasal kat fly over , kite xtau ada kereta x sebalik fly over tu kedegang belanggo dengan lori habis tersepit orang tu . ada sebab sebenonye bila polis buat line double line , bukan sebab polis double seven ye kawan .

4. nyalakan signal awal2 masa nak masuk simpang
   sebab : bila kome lambat bagi signal , karang ada moto ikut dari tepi , tetibe kome corner masuk kedegang moto tu langgo , pastu xke kang mati moto tu . haa , nila first time fad kena first time accident , slamat x terpelanting naik atas bumbung . pada kereta lama lampu signal macam nyala xnyala tu , pegi tuko cepat lampu tu . hangin fad !

4. kalau rasa nak berhenti tu , jangan gatei2 nak behenti dekat simpang ke , dekat bukit ke 
    sebab : nanti kang orang xperasan slalunye ,pastu dah ada yang kene break emergency tetibe pastu yang blakang pon sama last2 kes cium mencium bontot kereta berlaku. dan itulah terjadi pada fad tahun lepas (-_-)

5. kalau nampak lampu kuning masa tengah laju , jangan gatal nak break trus tibe2 padahal dah lebih line . kalau nak break jugak , tengok blakang ada kereta tengah laju x nak mengejo lampu
sebab : kalo dah lebih line , kome memang kene jalan . pastu tengok la blakang , kalo ade kete tengah laju ingat kome jalan , xke nahas . kedegang langgo ! selamat x mati je , fad jugak yang kena ! kalo mati ? xde dah pengemis dunia . kuang kuang kuang

kisah family yang macam team bola


sorryla fan kawan , hari ini baru nak dapat update sebab baru balik dari kampung , lepas accident , fad kenala tumpang mak ude kereta dah rosak teruk .



hari ni nak cita pasal fad kawen  mak cik fad kawen . bukan nak citer pasal kawen bagai semua . tapi nak ingatkan pada golongan yang teringin bebeno anak ramai ? ada lagi ke plan nak anak macam team bola ?

tapi ni la terjadi pada family blah mak , adik bradik mak ramai , ada 11 , memang cukup team main bola . sekarang ni dengan cucu opah ntah ada brapa ramai . memang meriah habis kawen aritu .


nak dijadikan cerita , ni la orang dulu2 , deme bukan plan pon anak nak bape , jadi nila jadinye bila dah beso . 

1. mak cho (mak fad)
2. mak ngah 
3. mak yang
4. mak cik
5. mak uda
6. pak long 
7. ayah cik
8. mak su
9. pak usu
10. mak pa
11. mak pi

haa , kome nengok sendiri . berterabur habis salasilah keturunan family . tonggang langgang x terlanggang la jugak .

kisahnye bermula cam ni , dulu masa opah lahirkan mak su , ingat tu last , tengok2 keluar lagi sorang , pak usu .

ingat pak usu last , tubbb2 uwaaaaakkk bunyi bayi kelua lagi sorang  . dah xtau nak panggi apa , farizah ada bunyi fa dengan pa , last2 panggil mak pa . 

kome nengokler hebat xhebat opah masa mak kawen , opah beranak lagi tu , maka lahirlah mak pi . ini pon salasilah ajaran ayah tajuddin . xtau nak panggil apa , jadilah mak pi .


haaa , pastu sekarang la susah . hari tu mak pa kawen dulu sebelum pak usu ngan mak su . yang si mak pa ni plak jodoh dengan manusia nama fadzli , dah nama same ngan fad plak dah .

pastu slalu malam sibuk nak bukak hadiah je, pastu konfirm2 la malam2 pengantin 'ngantuk' dah malam ni . hahahahaha *guling jap . tapi kitorang boleh plak buat mesyuarat nak panggil apa anak2 sedara yang macam angkatan tentera ni .

nak panggil fadzli , kang ada 2 fadhli menyahut plak . fad jugak yang pening (-_-") . nak panggil pak pa , dah bunyi mcam papa , dah macam bapak pulak dah .

ada yang kata kena buka buku salasilah keluarga balik la , ada kata kena susun balikla .

last2 , diorang decide2 sambil lawak sana sini , keluar la nama pak cik li . *amik kau sedap xsedap nasib kau .

mak su pon problem gak sebab pak usu ada dah kira nanti dia kawen kene plak panggil pak su min , tambah nama dia bagi xnak tekeliru .


tapi bila dipikirkan balik , nanti mak pi nak kawen , laki dia nak panggil apa haaa ? akan nak panggil pak pi ? macam bunyi puppy daaa ! dah macam anak anjing la plak ! hahahahaha . habis guling2 semua dibuatnya .

tula , pengajarannya , nak beranak plan dulu , nak bagi nama panggilan pon kena buka buku salasilah keturunan dulu . kalau x , lahirlah pakpi a.k.a puppy nanti ! kalo puppy tahan lagi , kang babi yang keluar lagi nahas ! hahaha 
p/s : nanti fad nak anak bape ye ? kene beli starex la gamaknye , baru meriah . hahahaha 

Thursday, March 10, 2011

artis pujaan semua : anuar zain rela diperlakukan apa sahaja





"Anuar Zain begitu berbangga dan rela diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sempena Minggu Setiausaha. Dia akan mendapat pelukan, ciuman malah rabaan oleh peminatnya secara percuma dan ini menjadi kebanggaan Anuar.

"Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar". Itu kata-kata Anuar.

Ramai yang tidak menyenangi itu semua tetapi Anuar tetap mempertahankannya dan dia boleh berkata "Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah". Cantik lidak tidak bertulang berkata, main sembur aja!

Bayaran bagi menyaksikan(mencium dan memeluk) minggu setiausaha anjuran PNB DarbyPark ini dikenakan di antara RM450++ hingga RM550++ bagi setiap orang.

Anuar juga berkata ia tak keterlaluan. Oii...bagaimana lagi yang dikatakan kerterlaluan kalau itu tak keterlaluan. Punah!! Punah!!

Mungkin kaulah artis kebanggaan 1Malaysia. - tranungkite

Note: Sabda Rasulullah s.a.w, "Apabila umatku telah membuat 13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka itu:
1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami yang taat pada isteri.
5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
9) Ramai lelaki memakai sutera.
10) Artis-artis disanjung tinggi.
11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
12) Banyak jenis muzik dimainkan.
13) Dan generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu"
- riwayat At-Tirdmizi.

sumber :bujang susah

alolololo comelnye anuar zain , alolololo manjenye makcik tu , SO SHWEET ! auww ! rasa nak bagi makan penerajang je 2 2 ! apa yang fad leh kata dekat sini , NAH AMIK KAU ARTIS KESAYANGAN KOME YANG DIPUJA YANG DISAYANGI ! patut boleh makan penerajang je orang macam ni .

Tuesday, March 8, 2011

kisah mak mandir yang konon sangat bijaksana

Di sebuah kampung permai tinggallah sepasang suami isteri , mak mandir dengan pak pandir . pak pandir dan mak mandir bekerja mengebun je tiap ari .

Pada suatu hari , datang seorang lelaki menggelarkan diri cermin pecah bandar ke kampung itu . dengan pemakaian ala-ala fesyen masa kini . seluar koyak , lusuh , rambut celup 5jam dalam air tangki karat , ekor babi ada dekat belakang rendam air stokin 3 hari 3 malam , pakai spek itam siang malam dan macam2 lagilah . siap menjaja gambar ciri wanita idaman yang pakai seluar legging , baju ketat nampak pusat , rambut warna pelangi , kuku macam baru lepas terkepit wane itam , sambil2 diselitkan kutukan perempuan betudung kononnya murah .

lalu ramailah orang kampung mengikut . ada yang mengutuk , ada yang memuji . ada yang mengkritik .

Mak mandir begitu suka pemakaian si cermin pecah ni , sambil menyokong segala kongkang kongkang si lelaki ini . mak mandir juga seolah tidak memikirkan benda lain hanyalah suka akan kisah si lelaki itu .pak pandir pula sekadar mengiyakan sahaja .

maka datang seorang ustaz ini , menegur orang kampung yang semakin hari semakin mengikut gaya lelaki itu kerana salah di sisi Islam .

mak mandir pon apa lagi , melenting xingat dunia lah . dikata "ustaz tau ape ! ustaz bukak ikut perkembangan semasa ! ustat tau ke ? pergh ! maju ustat zaman sekarang , internet pon ada dah , kami pon x ada . "

terhinalah seorang ustaz . terhinalah Islam dalam sedar x sedar .

bila ramai mengetahui , ramailah bersuara , tapi sebab mungkin bimbang dikritik balik oleh mak mandir , semua sekadar kata belakang , tinggalkan surat layang kepada mak mandir

mak mandir pon melolong macam nak gila di luar rumah suruh orang mengaku suruh jika berani , tampil ke hadapan .

lalu beberapa hari kemudian , datang seorang pengemis menegur mak mandir kerana kata2nya lebih kepada menghina Islam . dan cuba memback up ustaz tersebut . pengemis itu juga mengaitkan kisah mak mandir yang sering mengatakan dia hebat dengan kebunnya yang sekangkang kera malah ada lagi hebat , yang belum pasti membuahkan hasil . padahal lalang je banyak .

pada awalnya , mak mandir cool . sambil berkata mana dia tahu memang ustaz tu dah maju , dia sahaja ketinggalan zaman xtahu . dia sangat2 lah cool seolah boleh terima yang sebelum ni dia juga mahu orang berani tampil mengkritik , jangan sorong belakng pokok .

rupanya hanya di depan pengemis sahaja dia berpura cool , rupanya di belakang , dia pergi mengadu dekat pak pandir , mengadu dekat jiran dia yang mcam nak tahu xnak tahu . dia tulis di diarinya yang diberi nama muka buku yang dia dihentam dengan teruk hanya oleh seorang pengemis .

pak pandir pon kerana sayang bini , diback up jugalah sket2 pergi ke pengemis itu .

yang peliknya , ada la manusia yang perangai 3x6 sahaja dengan perangai mak mandir mengatakan sang pengemis back up tu seolah memikirkan ustaz tu maksum . sudah pastilah si pengemis sekadar senyum , kerana si pengemis bukan back up kerana ustaz itu maksum , tetapi benar akan sentiasa benar . Islam tetap no 1 .

balik ke rumah si pengemis tahu kejadian sebenar yang si mak mandir xlah secool disangka , tapi sangat2 x disangka secoward itu berkata di belakang sambil bersedih2 dihentam.

tergelak berguling si pengemis di rumah memikirkan si mak mandir yang sangat coward , bukan orang lain sebenarnya . dibiar sahaja pengemis melihat telatah si mak mandir . HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA

kuwangkuwangkuwang !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...