Thursday, March 3, 2011

THANKS Sophie Al-Yahya :D

Sophie Al-Yahya

entry ni sebagai tanda terima kasih fad dekat Sophie Al-Yahya sebab memilih fad sebagai pemenang kedua dalam contest dia . waau fad x tau apa yg wonderful sangat cerita fad , tapi dia rasa wonderful , ok la tu kan . sape nak baca leh buka link ni . walau no 2 , janji menang kan2 ? hadiah pon lumayan , tu wat muka xmalu join tu walau si sophie x ajak pon . hee .xpenah2 lagi menang contest tiba2 menang , apa lagi senyum macam kerang busuk la . :D


jadi dengan itu , fad menjemput semua memeriahkan si sophie nyer blog , fad xjemput pon memang dah meriah pon . dia ni famous blogger gak rasanya sebab dah follower beriban2 , xmcam fad la , sorang dua je follower . dia ni student uitm shah alam kalo xslp , pastu intructor untuk berenang muslimah ngan budak kecik . tapi fad nak blaja gak leh x sophie ? :P . blog dia best jugak , jadi sesape mau gi blog dia , sila klik bawah ok !


p/s : sophie ! fad bukan kaki bodek la ! xpuji sophie pape pon . saje je menggedik2 nak bagi menang :P

ok , tata

Monday, February 28, 2011

SEDARLAH MANUSIA BERGELAR ISLAM DAN BANGUNLAH !

NONE
kalau dulu isu lensarosak menghentam fatin liyana , sekarang semua tengah sibuk pasal isu lensarosak menghentam yuyu pula . habis sahabat blogger pon jadi sunyi sebab kes hentam menghentamm . kalau dulu aku beriya backup fatin liyana , hari ni aku malas nak campur sudah . ada baik ada bruknya . kalau dulu lensarosak seakan-akan menghina Islam , hari ini berkaitan dengan kehidupan bagaikan artis di blog , jadi im not really interested . soal mengaib orang , fad dah sentuh dan tegur , tapi bila dia x mahu dengar , itu dia dengan Allah , my responsibility dah dibuat .

dari fad back up blogger2 yang tidak pasti siapa benar siapa salah , baik gua back up ulamak tersohor , Sheikh Yusuf Al-Qardhawi . kenapa fad cakap macam tu ?

sebelum teruskan pembacaan anda , harap sangat bacalah link dibawah ini :

1. link
2. link
3. link
4. link
5. link

azlan
DIKTATOR LIBYA , MUAMMAR GADDAFI YANG SUDAH MENJADI MANUSIA TERKAYA DI DUNIA DENGAN KEKAYAAN AS$60 BILLION
PEMERINTAH MESIR YANG TELAH DIGULINGKAN , HUSNI MUBARAK

sebabnya , apabila seorang diktator libya membunuh rakyatnya sendiri dengan ramai siap menggunakan jet pejuang , apabila seorang pemerintah kejam mesir didesak oleh rakyat diketuai oleh Ikhwanul Muslimin tapi beberapa mati ditembak , Sheikh Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa barangsiapa yang menjumpai Si Diktator Libya diwajibkan membunuh dan diharamkan memberikan kesetiaan kepadanya .
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
namun , hadir seorang manusia yang bergelar Islam yang berfikiran ajaran apa saya tidak tahu , mengeluarkan kata2 dengan menggelarkan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi seorang pengganas apabila mewajibkan membunuh Pemerintah Libya ini dan juga menggelarkan Ikhwanul Muslimin seorang pengganas yang pada hakikatnya melakukan rusuhan semata2 ingin membebaskan pemerintahan yang kejam , yang membunuh ulamak , yang menindas rakyat , adakah itu dinamakan pengganas ?
ikhwan muslimin
PERTUBUHAN PARTI DI MESIR , IKHWANUL MUSLIMIN
nauzubillahiminzaalik . PM kita sendiri mengatakan ulamak yang dihormati dunia seorang pengganas . adakah ilmunya lebih tinggi dari Sheikh Yusuf Al-Qardhawi ? adakah Husni Mubarak itu seorang yang begitu adil sehingga tidak perlu ditentang ?
najib egypt democracy crisis
PEMERINTAH MALAYSIA YANG 'ADIL' DAN 'BIJAK'
ya Allah , kau berikanlah hidayah kepadanya . aku berdiri sebagai seorang muslim , sebagai seorang hamba Allah yang hina , mengecam sekeras-kerasnya kata-kata beliau yang mengatakan ulamak tersohor itu pengganas dan sangat mengharap segeralah bertaubat .
NONE
INGAT KATA2 BUDAK NI

Ya ALLAH . tidakkah takut akan seksaan akhirat kelak sehingga mampu menghamburkan kata-kata yang seolah2 tidak menggunakan akal atau otak di lutut . buanglah pemikiran liberal seperti si Kamal Attartuk

JANGAN KERANA MULUT PEMERINTAH , RAKYAT BINASA DENGAN BALA ALLAH .

aku sangat malu , apabila seorang pemerintah Malaysia berkata begitu , yang memalukan Islam dan juga negara .

AYUH , BANGUNLAH UMAT ISLAM , BANGUNLAH ! SEDARLAH DUNIA YANG SEMAKIN MENGAKHIRI HAYATNYA . PEMERINTAHAN YANG KEJAM TIDAK AKAN KEKAL , KERANA KUASA RAKYAT YANG TERTINDAS MAMPU MENGALAHKAN PEMERINTAHAN YANG ZALIM . SEDARLAH HAKIKAT DI MALAYSIA SEBELUM KALIAN SEMUA BERASA TERAMAT TERTEKAN .

BANGUN ! BANGUN ! BANGUN !


it was such an honour when . . . .

ketika di sebuah shopping complex , pergi ke surau untuk menunaikan solat maghrib . selepas mengambil wudhuk , mahu membetulkan sejadah , datang seorang orang arab di belakang lalu terus dilaungkan iqamah di belakang saya .

dalam hati , "eh ? dia nak aku jadi imam ke ni ? "

baru ingin bertanya lalu ditunjuk tangan hormat menyuruh saya menjadi imam .

saya pon membetulkan seluar dan baju untuk mengelakkan terselak ketika sujud . solat berjemaah dengan saya menjadi imam . sekadar bacaan surah yang lazim iaitu al-qadr dan alam nasyrah

selepas habis memberi salam , dibaca doa . walau selalunya pak arab x akan mengaminkan doa bersama , namun disebabkan ada segelintir melayu , saya pon membaca doa yang ringkas dan padat .

selepas habis berdoa , bersalam2 dengan melayu . lalu bersalam dengan pak arab apabila dia menghulurkan tangan . saya bersalam dengannya , skali disalam dengan lamanya dan bertanya ,

pak arab : what's your name ?

saya : oh , my name ? zulfadhli

pak arab : oh , zulfadhli . your reading was so wonderful . your tajwid , your voice. i really enjoy your reading during prayers

saya : oh , really ? thanks , i appreciate that .

pak arab : yeah , you got a good reading and nice voice that made me really peaceful . do you put Quran in your brain and your heart ? *sambil menunjukkan kepala dan hati

saya : thanks2 . insyaallah2

pak arab :masyaAllah2 . where are you studying ?

saya : **** where are you from ?

pak arab : oh , university or college ? saudi arabia :)

saya : university . oh , how about u ?

pak arab : usm . which field ? science ?

saya : chemical engineering . you ?

pak arab : pharmacist

saya : oh , degree ? master ? PHD ?

pak arab : PHD

saya : great2

pak arab : do you reach Quran since school

saya : yeah , sure

pak arab : alhamdulillah2 , masyaallah . good job . good luck . i really enjoy your voice . assalamualaikum :)

saya : thanks2 . waalaikumsalam :)

dalam hati , "bia betul pak arab ni , xpenah2 pak arab suka bacaan orang melayu . aku baca udah xperfect mana pon . tonggang langgang adela .udah pakcik berumur jugak . what an honour to malay yang bergelar Islam "

:)






Tuesday, February 22, 2011

Tips nak ada duit 24 jam , ini bukan MLM

ni bukan MLM , ini bukan ludzo ke apa jadah tu .
ok , ni cara nak rasa macam sentiasa ada duit , tapi hakikatnya x ada banyak mana pon . bukan kata fad ni kaya sampai boleh pergi makan angin semalam 100 k ke , beli jet x ada enjin ke , beli kapal selam x boleh menyelam ke , bukan . tapi ni cara fad , cara ke perangai ? ntah . jom kita lihat

1. duit jangan diingat ada berapa dalam poket , agak2 je .
yela , bila x ingat , lagi elok sebenanya buat zaman sekarang . dengan harga barang semua naik sebab minyak naik walau skang minyak dunia dah turun pas mesir ok , x ada jugak turun harga . dasar penipu nak wat cam ne kan . jadi bila x ingat , mesti sangka harga minyak 1.90 seliter , macam 90 sen je seliter

2. duit jangan simpan dalam wallet , sumbat je dalam poket .
yang ni cara terbaik . fad masuk dalam poket , sumbat . nanti magic dengan x ingat duit ada berapa , mula rasa sket , skali tetiba ada banyak . tiba2 korek tengok ada duit , bak kata mak "rezeki . . . " haa , mak cakap sebab mak pon sama , like mom like son . semalam tiba2 pakai seluar lain tahun2 ada 20 inggit . haaa , kan rezeki namanya tu . mak paling otai , tau2 ada 50 inggit , mana datang x tau . rezeki . . .
kau bayangkanla sampai bila nak baya pape , duit keroyok dah x ada beza kertas keroyok dengan duit . malu dibuatnya , tapi biasa . nak jadi tauke jual babi ke tauke jual sayur ke , korang tengok macam tula , tapi dalam bank berjuta2 kot , kita je xnampak

tapi bahaya gak sebenarnyer , penah fad ilang 50 inggit , amik kau padan muka .

3. jangan berkira
bila kau x berkira , Allah sentiasa murahkan rezeki kita . setakat ngan mak bapak yang jaga nak mati jaga kita , akan pakai duit kita sket2 nak berkira kot .kalau banyak pon xpe , nanti insyaAllah Allah gandakan duit kita . kalau pengemis dunia minta sedekah bagila , jgan berkira sangatlah , eh pengemis sahaja bukan pengemis dunia . kalau pengemis dunia , kau klick iklan tu pon dah bersyukur dah .

setakat dengan member 2 3 hengget ke , 2 3 kupang ke xyahla nak berkira sangat , halalantoyyiban jela . tapi kalau member tu berkira , itu memang fad pon jadi paling berkira di dunia .

4. jangan makan duit haram
xkisahla seposen ke , sesen ke , haram tetap haram . dah jadi darah daging , nak kau kena bakar kat qiamat nanti ? xnak kan ?
ramai jenis camni , ada lah kawan fad ni penah ajak fad makan kat kedai makan ni yang agak2 mahal . fad xnak , tapi boleh dia cakap , "sapa suruh hang bayaq . . " bukan nak belanja fad ke apa , tapi xyah bayar ,lari cabut .
memang skang ko kata , ala nanti aku ada duit aku bayalah balik . konfirm ke nanti xmalu nak baya ke duit konfirm ada nanti ?
memanglah skang ko otai , jiwa kena kering , tapi kot 20 tahun nanti hang dapat hidayah nak bertaubat , mana hang nak cari mak cik jual nasi tu nak mintak halal ? kedai pon ntah wujud ntah idak nanti .


haa , nanti dah kaya , belanja fad ya !

Sunday, February 20, 2011

Jangan engkau kahwini Wanita yang Enam

Peringatan di hujung minggu untuk diri sendiri dan semua

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

Saturday, February 19, 2011

Sambil Menderma , sambil Bershopping , sambil membaca , iklan HEARTBEAT



wah , fad dah ada iklan juga , berzaman dah sejak awal penubuhan tahun 2009 , fad xpernah lagi letak iklan ,hari ini akhirnya fad letak iklan dari heartbeat , bukan nuffnang , bukan butang .

fad buat entry buat niat nak cerita apa kelemahan nuffnangka ke heartbeat fad brapa laju ke , bukan . bukan . bukan .

kalau dulu fad malas letak sebab fikir traffic pon macam hampeh ada hati nak letak , hari ini tengok ada improvement sket , jadi fad pon buat juga lah .

niat fad untuk iklan ini , insyaAllah apabila sudah dicash out duit *itu pon kalo mau heartbeat cash out kat aku , insyaallah fad akan dermakan separuh daripada hasil fad dapat kepada golongan yang lebih memerlukan . kira kalau fad tau ada orang nak kena bedah perlu duit fad bagi , kalau orang tu orang susah fad bagi , kalau x ada sangat fad bagi kat masjid atau surau .

kira selepas ni , siapa yang click niat ikhlas , itu akan jadi sumbangan derma korang .

nanti ada orang tanya , ala fad sket sangat kot ko dapat , brape sen la sangat . ye , memang mungkin sket , tapi duit dicash out pon bila 50 inggit , kira separuh iaitu 25 fad bagi kat needy person . deme sangat memerlukan , contoh cam fad pernah cerita pasal bekas banduan minta derma , brape inggit la sangat , tapi dia kata banyak sangat sebab lebih dari seringgit empat .
bagi kita sikit , bagi diorang siapa yang tahu .

nanti mungkin ada orang kata ," ala fad macam aku xtau ko nak mintak belas kesian kat orang suruh click , macam la aku bodoh sangat " .
haa , itu terpulang pada diri masing2 nak kata fad ikhlas atau fad nak mintak belas kesian . fad dah pernah bagitahu , fad wujud di blog ni bukan atas niat nak cerita kehidupan fad macam , semalam saya bangun , mak masak nasi , saya pon makan , mak makan saya , saya pon mati , bukan , bukan sama sekali . saya bukan artis , jadi x ada sapa nak tau apa fad buat .

fad wujud atas sebab fad nak sampaikan message , fad nak sampaikan dakwah , macam sebelum ni fad pernah cakap . fad nak ramai di kalangan muda sedar tentang dunia masa kini , malaysia ni macam mana , itu tujuan fad . x adala nak cerita pasal , aku xpuas ati ngan si anu , dengan si faraj , x ada . fad niat ikhlas , berblogging dengan ada sebab tersendiri . fad berblogging bukan sebab nak buat duit ke apa , itu semua xpernah terlintas . kalau x, akan dah nak masuk 3 tahun fad berblogging , fad x letak iklan .

kalau rasa nak click , boleh click . fad x ada paksa , tapi itu atas sumbangan ikhlas korang . kalau fad tipu , fad xderma , fad berdosa , fad makan duit haram . fad xakan makan duit haram sampai bila2 insyaAllah . tekan dengan seikhlas hati dengan niat menderma kerana Allah

memandangkan fad dah meletak iklan heartbeat biar fad promote sket , dekat heartbeat ni , korang boleh dapat macam2 , korang boleh buat hadiah sendiri . kalau korang rasa nak buat hadiah sendiri , design sendiri , korang boleh pergi dekat Make Your Own Gifts Here .

kalau korang nak cari hadiah untuk annivessary korang ke , untuk wedding kawan2 korang ke , untuk birthday kawan2 anak2 adik2 abang2 korang ke , korang leh click dekat Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? . tapi kalau valentine ke apa , jangan click iklan fad , fad xnak dapat saham sebab korang ok .

jadi tunggu apa lagi , marilah kita membeli belah secara online dekat heartbeat ! sambil menderma , sambil shopping !

kepada sesiapa yang teringin nak buat juga heartbeat ni , ramai cakap boleh letak nuffnang dengan heartbeat skali gus , jangan risau . jadi nak pasang ? moh ler terus ke link kat bawah ni untuk mendaftar !


TERIMA KASIH KALAU KAMU SEMUA CLICK ! HANYA ALLAH DAPAT MEMBALAS JASA SEMUA :)

Bila keantian terhadap pemakai spek itam dalam gelap


ini xpe sebab panas , sekadar gambar hiasan
Pada suatu malam , fad berjalan-jalan di kawasan perumahan untuk mengambil angin . ramailah golongan mat rempit dan golongan yang berjalan biasa menggunakan motosikal . tapi fad jalan kaki je .

fad ternampak budak2 akal letak kat bontot pakai spek itam malam . fad memang anti sangat malam xde matahari panas apa x ada , pergi pakai spek itam , kalau spek biasa x apa sebab rabun . samalah dengan kat shopping complex , bengong ke apa , shopping complex tu bukan panas pon , yang beriya nak pakai buat apa , ko fikir ko handsome ke pakai ?

mule nampak sorang pakai , fad dah meluat . nampak 2 orang sakit jiwa . nampak 3 tengah pacak tayar , udah bodoh tayar ada 2 buat tayar ada 1 . yelah , mungkin depan bocor agaknya .

fad dah sakit ati , fad jerit dekat budak tengah pacak tu , " woi , bodoh gila pakai spek itam malam2 ! begolek kang baru tau ! padan muka ! "

budak tu tengah pacak , trus patah balik nak kejar fad .

fad apa lagi lari la , fad jumpa lagi sorang pakai spek itam , fad maki lagi , "woi tanggalla spek tu , bukan handsome pon"

sudah , 2 orang plak kejar aku !

nampak lagi fad maki lagi , " akal x de ke malam pakai spek ? gila "

3 skali kejar ! mati fad . last2 terkepung masuk rumah mana ntah x ingat .

yang sorang amik bola pergi sepak2 nak bagi kena fad , tapi fad elak . tapi dia bawak member suruh pegang fad . last2 budak tu aku hentak muka dia sampai hidung patah , samela dengan dia .

tiba2 lagi sorang pon dah sampai , dah siap bawak parang nak hentak fad la ni , skali fad elak2 , amik helmet , tang ! kene ketuk kepala dia , terus senyap .

lagi sorang datang2 gaya nak pukul fad , fad cuak gak sebab tengok beso lain macam , mampuih nak lawan ni .

fad baru nak keluar ayat mukaddimah , " aku bukan apa , sian nengok kome pakai spek itam wat pe , gelap lagi nak gelap " padahal tengah cuak gak ni .

tiba2 dia letak tangan kat bahu fad , "yela betui gak cakap hang aku bukan nak marah pon , tapi aku pon sedor gak , thanks la tegur "

phuuuhhhh ! selamat gua ! kalau x mati kena lanyak !

tiba2 bunyi , "teeneetttennenettt! gud morning ! tenenenetttttt !"


cis , aku bermimpi rupanya ! haram jadah sungguh! study x lagi , haih !

moral of the story : jangan pakai spek itam di tempat gelap , x handsome pon pakai dalam tempat cam shopping complex , tengah malam . X COOL LANGSUNG OK

Thursday, February 17, 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya




gambar untuk cerita oh so wonderpuul saya :)

Al-kisah fad yang paling wonderful
Kejadian ini berlaku pada tahun lepas , fad yang sebelum ini tidak pernah sambut birthday mak abah secara besar-besaran , tapi ia lain apabila tahun lepas , fad bercadang nak sambut semeriah yang fad mampu . walau fad belum bekerja , tapi itu x mematahkan semangat fad .

fad sedih bila mak slalu cakap , " mak sibuk belikan anak mak laptop , belikan anak mak handphone canggih , belikan untuk suami , tapi mak apa pon x ada . teringin nak ada laptop tapi x mampu lagi , handphone buruk je "

mak slalu luahkan perasaan nak beli laptop ke netbook , dia teringin sangat netbook . sedih sangat bila seorang ibu terlalu banyak berkorban untuk fad , dia sanggup berhabis duit untuk anak sedangkan kemewahan untuk dirinya langsung tiada . dari fad lahir sampai fad sudah besar , mak lebih pentingkan kebahgiaan orang lain dari dirinya .

fad bercadang untuk menghadiahkan birthday untuknya sebuah netbook . fad pergi mencari serata penang untuk mendapatkan netbook terbaik untuk mak . mak slalu cakap dalam telefon nak beli , fad pula sibuk halang takut mak beli fad beli lagi parah cam tu .

jika ibu memberikan kasih yang terbaik untuk anaknya , dari sperm bergabung dengan ovum menjadi zigot , sampai ke tua bangke , fad juga kalau boleh mahu sepuas hati fad memberikan netbook terbaik untuk mak . survey sana sani , eh sini . akhirnya jumpa jua , netbook dell warna putih n47 atom kalau fad x silap , fad nak beli brand apple pon fad x mampu , tu jer termampu dan terbaik . fad beli sekali dengan external dvd memandang netbook xde brand samsung .

memandangkan birthday mak dan abah tidaklah sejauh mana dengan mak 27 Januari dan abah 15 Februari , fad bercadang sambut tatkala birthday abah dan ketika itu pon fad pulang ke rumah . belikan abah satu set tali pinggang dan wallet yang terbaik fad cuba dapatkan , crocodile je fad mampu .

sebelum sampai ke rumah , fad sibuk meminta tolong kawan fad membalut hadiah . fad sibuk belikan kad lawa2 untuk mak abah . menulis ayat2 yang penuh bermakna dari hati fad sendiri sambil tangisan memikirkan pengorbanan seorang ibu dan ayah tidak terbayar sama sekali pengorbanan fad lakukan .

tatkala sudah sampai di Ipoh , fad meminta tolong kawan fad , sayed untuk tumpang barang di rumahnya , hadiah fad nak bagi tula .

esoknya birthday abah , fad seolah2 buat terlupa macam kena alzheimer , wish birthday abah x , keluar rumah tetibe masa petang .

fad dah cadang nak pergi ambil hadiah dari umah sayed dan pergi jusco untuk membeli kek secret recipe chocolate indulgent . yelah , alang2 nak berkorban sedikit apa salahnya berkorban belikan kek secret recipe . apalah sangat dibandingkan ntah brape ratus puluh ribu untuk membesarkan anaknya ini . anak dia dah penah makan , tapi mak abah xpernah beli sebab nak membesarkan anak punya pasal .

fad suruh orang tu tulis , "Happy Birthday Mak & Abah May Gog Bless You , Mali "

slalu fad sebelum maghrib balik sebab nak ke surau semua , tapi hari ini tidak sebab nak buat suprise kat mak abah . fad pergi ke kfc beli ayam yang bucket 15 ketul punya .

tatkala sedang membeli mak telefon , " kamu mana ? abah nak bawak pergi mcD , abah udah tengah badmood tu dengan kamu "

fad , " jap gi mali balik , kejap2 " .cepat2 fad beli semua

sampai dirumah , tahu abah ada dekat surau , mak tengah solat . fad pon letak barang semua dekat ruang tamu .bukak kek fad beli , pasang lilin .letak hadiah mak abah . ambil speaker dengan handphone fad . jangan main2 siap ada download lagu happy birthday banyak2 lagi .

lepas mak sembahyang , mak terkejut . wah ! kek ! excited mak tengok semua .

fad solat kejap , kemudian abah pon balik .

fad pasang lagu happy birthday . abah terkejut sangat . fad cakap fad saja x nak wish bagi abah badmood sebab nak buat macam ni .

alangkah gembiranya mak abah , fad suruh mak abah bukak hadiah . fad x bagi nana dengan emi kacau mak abah bukak hadiah .

alangkah terkejutnya mak , bila dibukanya hadiah itu adalah Netbook idaman mak .

sangatlah wonderful melihat fad mampu happy kan seorang ibu , seorang ayah . terpancar kegembiraan seorang ibu dengan perasaan terharu . mata mak kelihatan bersinar mungkin terharu .

fad rasa seperti belinang air mata bila berjaya melakukan sebegitu . kami menangkap gambar satu family .ceria sangat2 . lepas makan kfc , fad beri kad ucapan untuk mak dan abah . fad suruh buka dalam bilik sebab fad x nak tengok nana emi yang baca or mak abah berair mata .

dengan ini sekaligus menutup semua kata yang mak abah sering lafazkan ,"mak abah xharap anak abah bagi duit ke , senangkan hidup mak abah ke apa. "
dan INI HANYALAH PERMULAAN DARI ANAKMU ZULFADHLI

inilah saat paling bahagia buat fad , dalam hati fad, "Owh , So Wonderful!"
walau hampir 2ribu lebih fad habis semata2 untuk mak abah , kegembiraan seorang ibu , kegembiraan seorang ayah lebih bermakna dari harta dan segalanya .

I LOVE YOU SO MUCH MUM , I LOVE YOU SO MUCH ABAH . YOU ARE MY EVERYTHING :')

THE END

ok , mau tag



sedangkan budak kecil pandai melawan , inikan pula yang sudah berakal .

lepas fad republish entry yang fad tulis 2 tahun lepas , ramai yang nangis . fad mintak maaf sangat ya , x niat pon nak buat korang semua nangis ke apa , tapi itulah luahan dari hati fad sendiri yang fad harap jadi pengajaran kita bersama . kepada NIQ AFNAN , thanks sebab promote blog aku . bukan senang ada orang nak promote blog fad , kome2 pon pergi terjah blog dia plak , BEST ! Serius x rugie . kepada FIFIEY , Thanks juga wat fad famous jap kat blog fifiey , dengan fifiey nangisnya . sori tau .

ok dah , cukup untuk merepek , hari ini lepas fad baca link ni , fad gelak guling2 , kawan fad naik pelik apahal lak mamat ni kena sawan babi ke apa ! last2 terbitla cerita tahyul fad yang dah lama fad x buat cerita dongeng . terimalah . . .

Pada tahun 2030 , terdapat sebuah keluarga yang hidup agak mewah hasil dari memperoleh biasiswa seumur hidup walaupon agak pelik ketika itu bagaimana seorang mahasiswa yang ditendang dari universiti mampu memohon biasiswa dari perdana menteri sendiri tanpa perlu menggunakan mana2 orang tengah .

keluarga ini sudah dikurniakan seorang anak bernama katabeng ap bin katabod oh . suatu hari selepas balik dari sekolah , seorang anak bebual dengan si ayahnya , katabod oh . waktu ni pendidikan seks dah diperkenalkan dah , jadi noo wonder cerita kat bawah ni budak2 pon dah pandai .

katabeng ap : ayah2 , kawan beng cakap kan ayah bodoh

ayah : haa ? nape lak dia cakap camtu ?

katabeng ap : sebab dulu ayah pernah kena buang universiti

ayah : kan ayah dah cakap abah siap dapat biasiswa perdana menteri lagi , akan ayah bodoh lak kot

katabeng ap : tula , beng pon xtau la diorang , bengap sangat . tapi kan kenapa ayah kena paksa oral seks dulu ayah x gigit je anu dia ?!

ayah : haa , tu sebab ayah terlupa pakai gigi palsu ! tu sebab ayah xleh gigit ! ayah mana ada gigi ! *sambil tunjuk gigi emasnya

katabeng ap : laa , baru beng tau ayah x ada gigi dari muda ! tapi apahal beng baca cerita ayah sampai mani ayah ada terkeluar skali ? ? ? ayah terangsang ke ???

ayah : merepek ! tengok dahi ayah hitam , warak ni ! * xtahan malu

katabeng ap : bukan itu dulu ayah cite sebab arang ke ?

ayah : oh , hehe . aah lupa .

katabeng ap : ke ayah memang gay ?


ayah : gay kepala abah kau ! ! (*perkataan yg tulus xsuka) bukan gay , tapi bisex . kalo gay macam mane nak dapat kau !

katabeng ap : kepala ayah juga !

tanggggg kena penerajang ! !




Wednesday, February 16, 2011

Harap sangat jagalah mulut anda apabila bercakap yang berkaitan Islam



"ALHAMDULILLAH , keluarga x marah saya seksi "

hasil dari didikan 1malaysia artis sebagai idola . patut dalam surat khabar sekarang ramai hidup cara baru , kawen tanpa nikah iaitu sebiji macam haiwan . maksud saya duduk satu rumah . selepas ini ramai orang akan buat statement macam ini :

  1. alhamdulillah , keluarga saya gembira saya mengandungkan anak luar nikah .
  2. alhamdulillah , bf saya bagi saya pakai bikini kat tepi pantai
  3. alhamdulillah , mak yang beri saya tidur sekatil dengan tunang saya
  4. alhamdulillah , bapa saya yang bagi saya tinggal serumah dengan boy friend saya sebab risau saya tinggal sorang2 .
  5. ya Allah , kami berduaan je pon , bukan berciuman pon * padahal satu rumah
  6. astaghfirullah , bukan main pon , kami cium je pon
  7. laailaahaillallah , besarnya t*t*k pompuan tu .
  8. subhaanallah , indahnya lurah dia .
  9. bila kantoi berkhalwat , cakap camni , " ya Allah , bukan kacau kubur hang pon nanti "
ALHAMDULILLAH : Segala puji bagi Allah
Allah x bagi pon kau seksi ke buka aurat ke bogel ke depan orang ajnabi , tapi ayat artis ini seolah Allah beri . once anda Islam , wajib ke atas engkau memakai hijab , jangan lahirkan kata2 yang boleh menyebabkan anda kufur .

moreover , please jangan bercakap kalau x tahu pasal Islam bercakap sesedap mulut , takut nanti boleh terkeluar Islam .
contoh : apehal nak haramkan valentine's day lak ? aku sambut sebagai tanda sayang pada awek aku je , bukan aku puja pendeta valent tu pon . aku nak tunjukkan kasih sayang dengan bagi anak luar nikah kat dia , apa salahnya .

sedangkan sabda Nabi ,
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Please jaga mulut tu . bak kata orang tua , kerana mulut badan binasa .
Jangan mencemarkan Islam dengan perkataan anda itu jika anda tidak mampu menghormati Islam itu sendiri

hayati ayat ini ,
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...