baru ni , aku terdengar ikim fm pengalaman seorang doktor biasa , doktor A berceritakan mengenai pengalamannya di hospital yang bekerja di unit kecemasan. menguruskan hal2 kecemasan menjadi rutin hariannya .
suatu hari , didatangai seorang pesakit yang merupakan kanak2 yang sesak nafas . doktor A kemudiannya memasukkan kamera micro melalui tekak , alangkah terkejutnya apabila menjumpai sebiji guli di dalam tekaknya .
disebabkan bukanla kepakaran doktor itu , dia pon memanggil doktor pakar kanak2, doktor B untuk menguruskannya dengan segera .
alangkah sedihnya , apabila si doktor B tidak mengendahkan panggilan kecemasan doktor itu dan dibiarkan begitu saja dan akhirnya lebih menyedihkan , perginya kanak2 itu buat selamanya akibat lambat diselamatkan oleh doktor .
ibu bapa kanak itu meradang dan mahu menyaman hospital itu akibat kecuaian hospital . doktor A cuba menenangkan ibu bapa itu dan akhirnya membatalkan saman itu . ibu bapa mana tidak sedih kehilangan anak yang boleh diselamatkan dengan segera . sedangkan doktor B seolah tidak mengendahkannya malah menafikan kesalahan beliau dalam menyalamatkan nyawa kanak2 .
beberapa bulan kemudian , sekali lagi didatangi kanak2 lain ke unit keselamatan . kebetulan dijaga oleh doktor A . apabila dicek , doktor A terjumpa satu duit syiling di dalam saluran pernafasannya .
seperti biasa , doktor A segera menelefon doktor B untuk hadir ke unit keselamatan dengan segera . doktor B sekadar menjawab dan memberitahu sekejap lagi dia akan hadir .
kali ini , doktor B hadir , tapi dengan lambat , bukan x datang langsung . namun , kehadirannya lambat sekali lagi yang menyebabkan kematian kanak2 itu .
datang doktor B , apabila melihat trus ke kanak2 itu , terus menangis teresak2 . alangkah sedihnya beliau .
lalu ditanya doktor A , "kenapa doktor menangis sangat ni?"
doktor B , " dia anak saya " teresak2 mengenangkan lambat hadir ke unit keselamatan .
malang tidak berbau , akhirnya terkena di batang hidung sendiri .
sedih , sedih dan terus sedih . doktor B berubah menjadi doktor lebih bertanggungjawab .
doktor A memberi kesimpulan di dalam radio , " apa yang dilakukan kepada masyarakat , begitu juga balasan yang kita dapat "
dan dari aku pula , hidup ini pelbagai perkara boleh terjadi . mungkin setengah orang akan berkata itulah hukum karma . dan bagi aku , balasan dari Allah baik perkara baik perkara buruk , atas kehendak Allah di dunia juga boleh ditunjukkan . Allah Maha Berkuasa , mungkin bagi kau perkara itu kecil , perkara itu tiada siapa yang tahu , tapi Allah lebih mengetahui , walau kecil jika dibalas , baru engkau tahu siapa yang berkuasa . lambat dan cepat je kau akan mengetahui juga akhirnya .
mungkin hari ni kau leh wat gimik kata nak 'rasionalisasi' subsidi minyak , kemudian kau tarik balik kate kau prihatin la apa lah . lambat atau cepat je kau mahu naikkan , macamla rakyat bodoh .
kemudian kau xnaikkan harga minyak , kau naikkan harga letrik , gas asli jana letrik diapungkan . konon 4.4 juta rakyat x dapat kesan . habis kau ingat rakyat Malaysia ada 4.4 juta je ke ? mana mau bil letrik skarang bawah RM77 , rumah xde orang bolehla . kau ingat hari ni orang masak air pakai kayu api ? aku baru dengar kat hot fm rakyat mengadu walau masak air xpakai heater pon bil letrik tidak mampu turun sehingga 77 . kau ingat rakyat kat malaysia ni semua pakai pelita ke untuk terangkan rumah ? kau ingat komputer dekat rumah boleh pakai arang batu nak cas bateri laptop ? ingat malaysia ni sejuk sepanjang masa xperlu kipas ke ?
rakyat yang akal tak berfikiran kritis cam kau je leh percaya cakap kau .
habis industri dalam dunia ni ada ke x pakai letrik ? kemudian esok lusa harga barang naik dan terus naik . yang merana siapa ? rakyat juga .
yang engkau suruh rakyat berjimat cermat bagai , suruh jimatkan letrik . yang engkau ? air-cond 24 jam , spotlight keliling rumah , ingat orang dalam malaysia ni semua buta ke ?
mungkin hari ini kau boleh bersenang lenang , mungkin hari ini kau boleh teruskan mengkayakan kroni kau , mengkayakan anak bini kau adik kau , suatu hari nanti Allah akan tunjuk juga . mungkin PRU-13 pon engkau boleh menang , rakyat mungkin masih pendek akal sesetengahnya . tapi percayalah , engkau akan terima balasan .
dengan ini , aku menyeru kepada semua rakanku , bukalah minda , bukalah akal fikiranmu yang lagi bijaksana , sampai bila kita mahu menjadi pak hangguk sampai keluarga mati kebulur ? sampai bila soal aku . sampai kiamat ? bangunlah sedarlah dari tidurmu , jangan asyik tidur sahaja .
hidup ini tidak lama , jangan kita sokong pemimpin yang sokong kepada kemungkaran .
Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)
buktikan di dalam undi anda . kepada yang baru cukup umur untuk mengundi , yang sudah lama cukup tetapi masih belum daftar , daftarlah diri anda demi kebaikan bersama .
semakin hari semakin tertekan hidup kita , apa salahnya sekali skala , kita menukar undi kepada pemimpin yang mahu memperjuangkan hak rakyat .
soal perkara yang tidak lagi terbukti mahu kau persoal ? bimbang malaysia tergadai kepada cina ? bimbang tanah dirampas cina ? bimbang melayu tertindas ? itu pasti kalian bimbangkan bukan .
namun bukalah minda , sudah terbukti , merekalah yang menyerahkan singapura kepada cina . itu cerita lama ? soal pulau batu putih diserahkan apa cerita ? soal yang kawan keretapi itu apa cerita ?
lihat sendiri , yang terbukti , melayu tertindas , siapa yang mengenalkan ptptn dan membuatkan melayu merana untuk belajar ? yang hidup penuh dengan hutang . hutang malaysia lebih 300 billion , kau lahir terus kau berhutang , itu kerja siapa ? pas ? dap ? pkr ?
cubalah sekali di dalam PRU-13 nanti , aku tidak suruh kau menjadi pak hangguk pembangkang . kalau diorang lebih teruk dalam kepimpinan , susah apa , tukar kembali undi engkau . cuma akal fikiran perlu dibuka , jangan soal perkara yang belum terbukti , soal perkara yang terang2 , fikirlah .
p/s : aku x akan behenti menyedarkan masyarakat hari ini .
bak kata aaron aziz , "LU KASI WA MATI DULU LA BARU GUA DIAM ! "