Sunday, March 27, 2011

Kahwin Muda VS Hantaran Tinggi

eh silap letak , bukan ni kawen muda fad maksudkan . hehe


hari ni , selepas berfikir panjang mengenai tajuk ini , fad teringin hendak membuat suatu harapan baru pada masa akan datang . mungkin entry ini terlalu panjang untuk pembaca namun isunya amat menarik perhatian fad . nak baca xnak baca terpulanggg

Perkahwinan muda sering dikatakan tidak mampu kekal , namun hari ini , berapa ramai yang mampu kekal dengan perkahwinan ketika usia muda .

ok kita mulakan dengan kahwin muda

KAHWIN MUDA
sumpah buruk nak mampus aku buat sendiri ! muahahahaha

pada pendapat fad , perkahwinan usia muda kini sudah boleh diterima akal . bagi fad , kita yang bakal menjadi ibu bapa pada masa hadapan harus melihat perkara ini dengan cara positif .

antara cara untuk perkahwinan muda ialah melalui perkahwinan misyar .
mungkin ada yang menolak , mungkin ada yang menerima . 

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Perkahwinan misyar ini majoriti yang fad baca tidak mengharamkannya , malah Yusuf Al-Qardhawi tidak menyatakan membenarkan atau mengharamkannya 



kalau nak dapatkan maklumat lanjut pasal pendapat  sal kahwin misyar , leh gi link ni 


berdasarkan apa yang fad baca , ada pendapat kata boleh ada kata xboleh . tapi mungkin kita boleh applikasikan perkawinan ini . tidak perlu kita meletakkan istilah perkahwinan ini , tapi dengan hanya lisan , kita bertolak ansur sesama suami isteri demi kebahagiaan bersama ketika belajar . perkahwinan ini masih sah kerana mengikut syarak . 

fad sokong perkahwinan ini untuk golongan pelajar berkahwin . kerana apa ?
-kerana untuk mengelakkan maksiat
kita tengok harini ,   ramainya pelajar mahu berkahwin tetapi dihalang oleh ibu bapa dengan alasan ,"ko blaja dulu , habis blaja baru kawen !"
tapi kita sendiri lihat , berapa ramai saja yang xbercinta semasa belajar ? dan kita tahu majoriti mengatakan cinta sebelum kahwin itu haram . dan xdinafikan fad juga antara yang bergelumang dengan dosa akibat bercinta . 

jika ibu bapa membenarkan perkahwinan muda , dengan ini dapat mengelakkan maksiat terutama golongan yang memang bersedia untuk berkahwin . jangan pula kita paksa mereka berkahwin , yang ni yang buat x kekal . berapa ramai yang hari ini melahirkan anak luar nikah akibat terlanjur ? sudah terlalu ramai , sangat2 . dengan cara ini , akan kurangnya anak luar nikah 


-kerana tidak memalukan ibu bapa
kome bayangkan , suatu hari bila kome jadi ibu bapa , anak dah besar , masuk universiti , diluar kawalan kome , bolehkah kome2 nak halang mereka melakukan maksiat hanya sekadar dengan nasihat dan pesanan , " anak , jangan nak bercinta2 , blaja dulu ."
ingat anak zaman sekarang nak dengar ke ? dengan pengaruh macam2 , xde maknenye semua nak dengar .

kome bayangkan masa jadi ibu bapa nanti , tetiba anak kome kantoi khalwat ke  , mengandung anak luar nikah ke 
orang bercakap pasal korang , " anak en zulfadhli tu kan hari tu kene tangkap dengan JAIP berduaan kat dalam umah sewe"
orang cakap , "anak en zulfadhli tu tengah mengandung ko tau , tapi kawennye blum"

nak ke ? 

-kerana mampu membahagiakan anak dengan keberkatan ibu bapa 
dah dapat berkat , dapat keredhaan ke2 ibu bapa , insyaallah , anak nak belajo lagi tenang , lagi berjaya . bukan suruh semua kena kawen ,tapi pada yang nak .

cara yang lain ialah , melalui duit biasiswa kedua2 pasangan masing2 .
slalunya biasiswa 2 2 leh tanggung 2 2 orang terutama yang di luar negara . mungki dengan usaha anak berusaha keras dengan kerja part time mampu untuk kumpul duit untuk kahwin .

HANTARAN TINGGI
haa , hantaran yang tinggi menyebabkan ramai orang yang jadi lambat kawen . dengan kehidupan hari ni yang sempit dan meningkat , susahnya lelaki nak kumpul wang hantran .

tetapi berapa ramai wanita harini yang nak hantaran melambung ? 

tahukah anda syarat perkahwinan hanyalah mas kahwin , dan hantaran hanyalah adat melayu semata2 . 

kesian pada lelaki , keluar blajo udah lambat , pastu nak kumpul hantaran sampai 10 ribu 15 ribu 20 ribu .

fad nak tanyalah , adakah hantaran yang mahal boleh menjamin kebahagian sampai akhirat nanti ?

sedangkan nabi pernah bersabda ,
"Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan maskahwinnya." 

apa salahnya , kome nak kawen muda la , takut jadi andartula , nak anak cepatlah , bagi hantaran rendah2 . 

bukan fad xbagi , tapi berapa ramai orang yang hantaran tinggi nak mati last2 kekal hanya beberapa tahun sahaja .

semua orang pasti nak kebahgiaan kan , apa salahnya , hantaran rendah2 , perkahwinan yang sederhana , tapi kebahagiaan selamanya . kan lebih molek tu . 

perkahwinan yang mewah2 , yang banyak membazir tuhan pon marah . ye , memang sekali seumur hidup , tapi kalo sekali seumur hidup pastu bercerai pon xada gunanya juga.

KESIMPULAN
jadi apa yang fad cuba nak canangkan ialah berilah anak anda nanti kahwin di usia muda  , nama korang x tercemar , anak pon bahagia . 
kalo nak kawenkan anak tu , kawenla dengan bersederhana , dapat persetujuan dua2 pihak , bertolak ansur 2 2  , insyaallah boleh . bukan suruh pihak lelaki je kena support suami isteri , tapi buat cara kahwin tapi nafkah zahir tu masing2 . tetap ibu bapa masing2 . kira bolehla laksana kahwin misyar .

bukan fad nak suruh korang kawenkan muda2 , tapi maksud fad beri kebebasan pada anak untuk kahwen usia muda , dia nak xnak tu lain cerita . pastu letaklah syarat kena blaja betul2 even kawen . xyahla letak hantaran tinggi , kang mak bapa gak merana .

fad tengok ada jer bahgia kahwin waktu muda . kalau nak ada anak ke  , pandai2 lah urus , tapi kalau boleh , elaklah ada anak .

jadi , pada ibu bapa masa akan datang , prepare siap2 duit untuk perkahwinan anak . just standby in case anak nak kawen . jangan halang , takut nanti lagi memburukkan keadaan .

28 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe..betul tu..ade sorg my junior baru kawin baru2 ni..agak memeranjatkan tapi apa salahnye dy berkawin dr terus melakukan dosa :)

nway nice entry :)

iza said...

;')

aslann said...

oh! inilah karya yg ko cakap ptg td? hahahahaha...org lidi..nway suke ayat ni "Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan maskahwinnya"...mmg pada aku pihak lelaki la susah sikit, nk kene cari duit untuk kawen...dgn ekonomi cam sekarang ni, xmustahil kawen umur 28-30... -___-"

Aesya Zealous said...

weh fad..aku macam terbau nasi minyak kenduri kau nihh..hahaha..

kawen jgn lupa ajak.eh jemput.

aku xnak kawin awl. kumpul harta dulu. kalau laki lari boleh survive..muahahaha best kan idea aku. haha

Tulus Sweet said...

seperti biasa..malas membaca...tolong simpulkan kat i...

PeNgEmiS dUniA said...

syafiqah : tula , jom2 pakse parents kita bagi kawen . haha

aslan : haha . nilah karya aku selama 2 jam . muahahahah . tau xpe , aku rse aku tua lagi kot mau . hhahaha

aisyah zakaria : hidung ko tersumbat cmne leh bau ha ? hahaha . mati kalo mak aku baca !
idea ko tu punca pompuan xberkerjaya xkawen2 tu ! haha

tulus : sperti biasa , i xnk layan u yang pemalas nak baca

Anonymous said...

cabaran besar jugak lah kos nak kahwin sakng..


btw : da update da list ranking mrsm..

leh check kat

Senarai Penuh Kedudukan MRSM SPM 2010

aQimie Ceplos said...

nice n3 la bro ^^
aku suke bab2 kawen ni. ahah!
selalu kot sebelum tido asyik pikir nak kawen awal.
tp bile pikir aku single lagi tak laku. huaaaaa! sedih gua. HAHA

NurLailatul said...

hahaha..aku pernah tanya dengan mak aku pasal ni..saja nk tengok respon dia.sebenarnya ramai budak lebih kurang baya2 kita nak je kahwin dengan sah time study nie..Tapi, sesetengah keluarga yang tak dapat terima..isunya, keluarga! ustazah aku pon ada pesan juge..kalau anak nak kahwin lepas spm biarkan aje..kalau nak kira kene blaja pandai2,dapat kerja bagus.. baru boleh kahwin...sebenarnya, perkara yang baik tu Allah dah sediakan rezekinya...Jangan dok risau..cuma mentaliti masyarakat je kene berubah..aku sokong kau!

MizzTina said...

hantaran MK nnt MK bubuh tigeploh ribu...hahaha

PeNgEmiS dUniA said...

tenangsudey : tu kite kene bg orang kurangkan kos . thanks2

qimie : lame aku xnmpk ko dtg blog aku ? haha . ko mg gatl pon . g la gtau mak ko , suruh mak ko cr kan . muahahahaha

lailatul : ko penah tny ? kire ko nak kawen la ye ? hahaha . aah , mmg isunya keluarga , tu aku nak mentaliti kita utk mase dpn tuka . aku nampk ustaz ustazah mmg dh cmtu , tggl org bese cm kite je blum . thanks sokong aku !

MK : ltkla 30 ribu pon MK , kalo orang tu mampu xpe . sian future husband tu kang . hehe

MizzTina said...

a'ah...sian kan...

ok2, kasi diskaun 70% la..

munira sajuti said...

kawen muda ke, hantaran tinggi yang nak pilih ni. adehh. tanak la kawen muda sangat, tapi tanak hantaran tinggi jugak. emm, asalkan kawen laa. okayy? HAHA

mimimemo said...

sangat bagus entry ni....
kadangkala susa nak mengubah mentaliti ibu bapa supaya benarkan anak2 kawen mude..

kate nye...
"kalau da kawen nanti nak duduk mana kamoo berdua?ruma mertua(sebelah lelaki/perempuan)???
nak makan guna ape? kalau ade anak macam mana? transport nak berjalan ade ke? da bersedia segi mental??"

idup xselalunye mudah...bila kite cakap

"alah kahwin xyah kenduri besar2 pun xpe"

dibalasnye

"eh nanti jiran2 mengata.."

notakaki: kahwin jek mesti nak grand.. semua kena ade duit! zaman sekarang suka menyusahkan benda yang mudah...gara2 darjat,air muka,maruah..cis gile.

PeNgEmiS dUniA said...

MK : haa , cmtula bru ok ! haha

Munira : xyah kawen awl , xyahla hantaran tinggi . cmtula elok . hee

mimimemo : thanks mimi . tula , dr skarang kite kene gtau kat budak2 skang bile dh besa t , ade anak jangan jadi cmni . xke mane wat grand2 kalo x bahgie . xmakne kalo wt hntrn tinggi tp cerai .

nadira shahid said...

orang lidi = sgt la comel, agak2 mau 2 jam buat kot ;p

kalau hantran tinggi, tapi berhutang sana sini, tak gune jugak.. pas kahwin kena byr hutang berlambak..

Hanim Mahali said...

ni asyik cerita pasal kawen je ni... tak sabar nak kawen erk...?
hehehe...kawen nanti jemput bloggers tau!

aizamia3 said...

hantaran tinggi dan hasilnya memuaskan ok pe.. tapi kalau hantaran tinggi tapi tak tau camne nak manage rumahtangga pun tak guna gak.. biarlah berpada dan bersesuaian..

jangan sebab tengok jiran yang anaknya hantaran tinggi kita pun nak macam tu jugak, takut dikata orang... biarlah dorang nak kata apa janji bahagia sepanjang hayat..

efa said...

ikut pada kemampuan pasangan kita :)

aQimie Ceplos said...

ahaha! busy skit la der ^^.
ok gak soh mak aku crkan jodoh kan..
untung2 mane la tahu mak aku jodoh aku dgn adek pompan ko ^.^
waaaa.. cerah mase dpn adek ko fad c(: HAHAHA. joking.

PeNgEmiS dUniA said...

NS : hahaha . comella sangat ! 2 jam ? lebih ! haha . memang xde bakat langsg . tau xpe , baik hantaran rendah kan ;)

Hanim : haha , xla . bese2 jela . ok2 insyaallah fad jemput blogger dtg :)
tp bile zaman xtaula . haha

aizamia : memangla , tapi bila fikir perasaan lelaki yang ramai gaji pon bukan terus2 berpuluh ribu , dgn keje sush dpt , bukan sng nak kmpl trus bpuluh ribu . tula, xyahla sbb kwsn tu mahal,semua nk mhl

efa : betul2 , cmtula kita mahu

qimie : adik aku baru form 1 , nak kawen pe jadahnye , aku xkawen lagi die nak kawen . hahaha . kalo jodoh pe slhnye , tp aku orang pertama kene lepas dlu . haha

aQimie Ceplos said...

hahah !! ok la tu.. bru kene dgn n3 ko 'kawen mude' ni kn kn? hahaha..
tp yg ta syok tu. kene tunggu ko la..
adoi. bale2x.. haha

ain revival said...

teringin nak kawen muda jugak larh!!!
haha

Anonymous said...

yeapp true..tp slalunye hantaran tggi tu biasenye mak ayah yg tentukan..

PeNgEmiS dUniA said...

qimie : palak hotak kau ok ! hahaha . tunggula aku smp kawen !

ain : teringin gak ? g gtau mak :P

rahimah : aah , tp ade gak pompuan tentukan . that's kita ni ibu bapa pd anak masa dpn kene tuka persepsi ni :)

iza said...

dong...i tau u nak kawen bile kn..:)

aQimie Ceplos said...

hahahah ! ko boleh kawen ke fad? =.=
aku tgk ko boleh dikotegerikan haram berkawen ko tw x.?? HAHAHAH! joking bro ^^.
aku kawen? lambt lg la .. kumpul herte dulu.. nti senang adek kau ^^

PeNgEmiS dUniA said...

iza : ding , i pon xtau bila i nak kawen :P

qimie :hahaha . aku wajib kawen ! xkawen dose ! HAHAHAHA .adik aku bruk je , bek ko kumpul t bagi kat aku . hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...