Friday, June 3, 2011

kanak usia 10 tahun lantang memberi tazkirah , kita ?

Jam menunjukkan 12.30 tengah hari , bersegera siap menuju ke masjid batu . dengar kata Tuan Guru hendak memberikan tazkirah pendek sebelum mengerjakan jumaat . bersiap2 segalanya , lalu ku tuju ke sana dengan makan minum dilupakan .

sampai sahaja , kedengaran suara seakan wanita memberikan tazkirah . waduh , ini dah tuka solat jumaat untuk wanita , pelik sungguh ujar aku apabila keluar dari kereta .

lebih kurang muka dia , tapi bukan . hanya sekadar gamba hiasan

masuk2 masjid , terus melihat di atas kerusi tempat memberikan tazkirah . ya Allah , kanak2 rupanya . terus lakukan solat tahyatul masjid . selesai sudah , baru teringat dan berkata dalam hati , "bodoh gile aku ni , tadi dah kentut , solat ape jadahnye aku ni" . keluar mengambil wudhuk . berat2 !

masuk kembali , mendengar kata2 seorang kanak2 berserban berjubah hitam . Subhannallah , hebatnya . dengan kata2 yang cukup berilmu , menggunakan hadis dan ayat Quran , sungguh aku kagum dengan kehebatannya . 

merasakan diri terlalu kerdil , di kala kecil aku yang sibuk bermain masak2 , bermain kawen2 , bermain aci kejar aci polis bagai , yang dia sudah mampu memberikan tazkirah , subhannallah . suaranya lantang , memang tidak pecah lagi suaranya .

diberitahukan kanak2 itu baru sahaja berusia 10 tahun yang sudah kehilangan ibu bapanya . ya Allah , untungnya ibu bapanya . yang aku , menyusahkan , menderhaka ibu bapa adalah .

difikir dosaku , baik kecil dan besar , baik banyak atau sikit , ya Allah teruknya aku . usah dikata di kala kecil , cukupla lihat diriku yang sudah dewasa , hadis ntah ke mana , Al-Quran sekadar biasa2 sahaj , hinanya aku Ya Allah , hinanya aku ! dosaku banyak seakan bintang di langit yang tidak mampu dikira dengan besarnya , dengan kecilnya , usah kata mahu masuk syurga , cium syurga ntah dapat ntah tidak .

aku asyik berfikir dosa yang dilakukan aku , beristighfar hanya pengubatnya , ntah esok lusa balik kembali asal . bodoh , aku sungguh bodoh , hanya itu perkataaan sesuai , yang melebihkan nafsu yang satu menguasai segalanya . 

khutbah pun tidak kurang hebatnya , di masjid batu bukan teks menjadi bacaan tapi kelantangan khatib berkhutbah membuatkan lebih menusuk jiwa .

selesai solat , diserahkan kepada kanak kecil itu membaca doa . ya Allah , lunaknya suaranya , membaca dalam bahasa melayu sesetengahnya , sememangnya membuatkan nafsu aku terseksa .sungguh sayup , sedih mampu menjadi kata .

tanyalah pada diri sendiri , usah tanya di kala kecil , tanya di kala dewasa , di manakah kita ? ada hadis yang melekat di minda sepatah sepatah seperti anak kecil itu ? adakah al-Quran sentiasa bersama ? cukuplah setiap minggu , berapa kali kah dibaca nya ? tanyalah diri kau sahabat ! tanya !

xpernah hendak bersyukur dengan nikmat Allah , ada ibu bapa , cukup makan minum , ada kelapangan sihat , tapi hanyut keenakan dunia .

tunduk dan terus tunduk , air mata seakan tidak mahu berhenti .

8 comments:

adwafarahin said...

Ya Allah hebatnya dia!
seronok mak ngan ayah dia punya anak yang mcm nie

kita umur2 cmnie seronok nk berseronok ngan membe2,dia da bole beri tazkirah,bacakan doa llagi..mmg hebat!

MizzTina said...

hebat...tu je yg mmpu MK ckp wlupun MK xdgr...
parents dia senang di SANA... =)

HaNa Hani said...

sejuk hati bace
kite besar2 sebok nak ckp serba serbi xckup
dak tuh kecik2 dah fasih itu ini
kite kemane..ibadat kemane

Shah Zamri said...

salam kenalan dari blog shahzone...
sejuk perut mak die letak ais banyak2 dpt anak mcm tuh...
jom join segmen shahzone...

Segmen Shahzone: Sertai Segmen Shahzone Lepak 50 Blog Hangit! Blog Pilihan Shahzone Akan Menerima Ruang Iklan di Blog Shahzone Secara Percuma!!!

Shah Zamri said...

salam kenalan dari blog shahzone...
sejuk perut mak die letak ais banyak2 dpt anak mcm tuh...
jom join segmen shahzone...

Segmen Shahzone: Sertai Segmen Shahzone Lepak 50 Blog Hangit! Blog Pilihan Shahzone Akan Menerima Ruang Iklan di Blog Shahzone Secara Percuma!!!

aQimie Ceplos said...

bab kentut tu mmg sengal. HAHAH!!

alamak bro. spechless aku jadinye -.-
budak kecik da mcm ni ? alahai.. jauh beze dgn aku.

Shurazirah Sukhur said...

Ya ALLAH..senang mak ayah dia di sana ada anak seperti itu..kecil2 sudah beri tazkirah, hafal al-quran,hadith..membaca entry awak ni buat saya jugak malu sungguh kepada diri sendiri :(

AnakPakZohar said...

sejuk perut mak mengandungkan =)


yup... betul.. kita yang dah dewasa ni pun tak cukup amalan,,, hurmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...