sekor cmnila lebih kurang , tapi ni aku curi kat datin google
dan setiap hari , rutin menjadi seperti itu , semua ayat berakhir dengan seorang .
aku pulang ke rumah walau baru saja bermula .
dan aku sering berdialog dengan ibuku tersayang . meluahkan segala isi hatiku , perasaanku .
yelah , makan pon dah tiada selera , ibu bapaku , adikku yang menjadi penceria kembali hidupku .
namun , bukan itu yang menjadi punca inginku tulis .
aku sering bertanya mengapa sampai sebegini rupa dugaan perlu aku hadapi , terukkah sangatkah aku ? sudah terlalu lainkah diri aku dahulu dan kini ? dahulunya aku sentiasa mempunyai teman walau seorang dua sekali , malah kehidupan di matrikulasiku sebelum ini adalah kenangan manis mempunyai sahabat yang x dapat aku lupa .
dan pelbagai soalan kian membayangi aku . hari demi hari , confidence level yang makin hilang yang sememang sudah kurang . ku rasakan seolah dalam dunia ini tiada siapa yang suka akan diriku , baik reliti baik dunia tanpa sempadan . ya kan ? usah kau nafikan
saat ku pulang , mak berkata , mungkin Allah nak uji kamu , hidup seorang mengajar kamu untuk hidup di atas pelantar minyak yang putus hubungan , baik handphone , baik internet . mungkin ini mampu menguatkan diri kamu suatu hari nanti .
bak kata orang , berat mata memandang , berat lagi badan yang memikul .
sedih itu sentiasa ada dalam diriku , kadang air mata bergelinangan . diriku sudah tidak sekuat dulu , tidak sehebat dulu , aku kini jauh di bawah dibandingkan dengan rakan aku yang lain .
mungkin betul kata mak , dugaan itu membuatkan kita kuat di masa akan datang . Allah yang Maha Mengetahui segalanya , apa Dia mahu , itu semua ketentuannya .
aku pulang ke sini , dan sekali lagi keadaan semakin kritikal , aku ditekan sedalamnya yang mungkin sekali lagi . ya Allah , hina sangatkah aku ini ya Allah .
azan berkumandang . aku lihat jadual kuliah maghrib masjid batu dan melihat penceramah yang agak hebat .
tanpa berlengah aku bersiap dan tuju ke sana demi mencari ketenangan yang lebih baik dengan Sang Pencipta
hari ini , penceramah yang bergelar al-hafiz banyak menyedarkan aku . walau hanya membahaskan sepotong ayat , itu sudah cukup membuatkan aku mengalirkan air mata . mengapa ya ? mungkin diri yang sudah sensitif akan hidup bersendirian di dunia yang penuh kekejaman . MUNGKIn
hidup ini kita redha dengan ketentuanNya setiap benda Dia lakukan itu hak Dia , kita doa Allah nak perkenankan ke x nak itu hakNya . redha itu penting .
tunduk , fikir sejenak , berair mata .
hubungan kita dengan Allah selain solat dan ibadat , ialah doa . doalah walau di mana2 , yang penting hubungan kita dengan Allah . Allah hendak perkenan atau tidak , bukan hak kita . kita perlu bersangka baik dengan Allah , insyaAllah Dia akan perkenan , yang penting doa . dan kita berapa kali sehari berdoa ? solat2 , bangun terus mencari laptop , mencari katil untuk membuai mimpi basah indah , itu cukupkah ? aku enggan berkata soal ini dalam ruangan kali ini kerana sudah aku berkata dalam post sebelum ini . mungkin post akan datang aku ada kisah hebatnya doa .
cuba untuk tidak berair .
aku sedar , kata-kata seorang ibu , seorang penceramah membuatkan aku untuk terus bangun dan terus meniti segala susah payah aku di sini . aku mungkin lemah , tapi akan ku cuba untuk menguatkan kembali bukan dengan 100 plus , bukan redbull , bukan tongkat ali , tetapi hubunganku dengan Allah insyaallah . doakan aku ya . :')
setiap manusia mempunyai jalan tersendiri , mungkin berliku-liku pada awal , insyaAllah suatu hari Allah perkenan jalan yang lurus . mungkin ada yang lurus pada awalnya dan akhirnya perlu melakukan u-turn di hujung jalan . dan sebagai .
renung-renungkan .
sudahlah , cukup merapu dah aku ni rasanya , olah merepek2 sampai aku naik sakit jiwa , ke memang aku dah sakit jiwa ? sekian
16 comments:
Allah menguji setiap hambaNya dengan pelbagai dugaan nak tau sama ada kite redha n kuat atau mudah putus asa...
kita hidup ni tak keseorangan. Allah sentiasa melihat kita. ape yg kta buat, ape yg kita cakap, sume dinilai. kadang2 kita sering lupa cinta Allah kepada kita. malah melebih2kan cinta manusia drpd mencintai Allah...
jgn sedih2.. skrg kita kat bawah, satu hari nnt kita pulak kat atas. insyaAllah
Kau still ade kawan2 yg menyokong ko dr pelbagai sudut dan arah, cume kau x perasan je bro. heheh papepon.
untuk kau. aku doakan yang terbaik jalani hidup sbgai pengemis dunia ^^.
yeah!! long live for Fad. Long live for Fad! ahaha :D
lu kan gangster bro.. takmo ler sedey2
untuk ketenangan,
dekatkanlah diri pada yg satu...
saya tahu masjid itu . hehe
eh eh tak rock laa derr jgn tacing2.*tak reti nak pujuk . kehkeh
jom pegi dngar ceramah :)
setiap dugaan tu ade hikmah..
hikmahnye kite semakin dapat mendekatkan diri dengan-Nya.
dugaan akan datang hari2 dlm hidup kte fad cume kuat ngan x kuat je kite nk tempoh..adwa penah lalui perasaan yg sama tp pada Allah la tmpt nk mengadu..igtla kte masih x keseorangan kat dunia nie tau,selagi ada family kita org lain x penting sgt..fad jgn la sedey2 ktorang kwn2 blog nie,kwn2 fad jugak kan? ^^ so luahkan kat blog bole share2 ngan ktorang :)
be strong ok fad! allah xkn berikan ujian pd hamba yg Dia tahu hambanya x mampu nk hadapi so kite kene fight habes2!
mcm fad ckp insyaAllah suatu hr nnt Allah akn perkenan jln yg lurus buat fad :)
rilekssss sude. jom main arnab
sy tak tau nak nasihat sebab saya sendiri masih tercari2....
but just remember.. jangan penah rasa keseorangan.. sebab Allah ada disisi kita.. Allah tu tak pernah menguji seseorang hambaNya melebihi batas kemampuan hamba itu sendiri.. setiap ujian yang datang., mendekatkan diri kita padaNya.. insya Allah.. mungkin saya tak mampu membantu... tapi insya Allah, saya boleh jadi SAHABAT yang sentiasa ada dan mendengar masalah SAHABAT yang lain.. =)
Dunia tidak adil!!!!hahaha
Allah sentiasa menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditanggungi..Kerana itu, sahutlah cabaran itu dan maju ke depan~
When Allah delays granting our prayers, He is testing us
When Allah doesn't grant us our prayers, He has a better plan for us...be strong fad!
Mungkin Allah sengaja mahu menguji sebesar mana kesabaran kita menempuhi sesuatu. tabah dlm meghadapi segala ujian.
cheers then! :)
ever been in your place b4.. b strong. alone doesn`t mean we r weak r hina. Allah owez knows better. insyaaLLAH. :)
fad Allah tu Maha Adil dan saksama setiap apa yg diuji olehNYA tu ada hikmah disebaliknya kita sebagai umatNYA harus tenang dan sabar utk hadapi semua ujian dan dugaan yang datang dariNYA Allah uji manusia utk tengok kesabaran kita utk merintangi kehidupan didunia ni,tapi cuma 1 ja jgn pernah lpa akanNYA kerana dialah yang lagi Maha Adil dan mengetahui setiap apa yg telah dirancang olehnya utk kita,kita cuma perlu sabar dan tenang utk merintanginya saja dengan sentiasa mengingatinya dan tak pernah berputus asa berdoa@solat dan meminta padaNYA supaya hidup kita ni tenang dan dapat menghadapi semua cubaan hidup yang telah dia letakkan utk kita.bersabar dan terus berdoa saja fad yea moga2 dapat hadapinya dengan tenang!Allah S.W.T tu perlu yg pertama dlm hidup kita kedua ibu bapa serta sanak saudara ketiga baru rakan-rakan tp itu sblm kawin dah kawin suami la yg ketiga hehe chill fad ^_^ senyum sokmo takmo sedih2 orite
be strong bro fad.. confident level turun x bermaksud kena give up..
seronok ke hidup tanpa masalah?
Post a Comment