manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang diperoleh slama dia hidup , tidak pernah bersyukur akan kurniaan ilahi . yang pasti , hanya dialah yang betul , selagi tidak memperoleh selagi itu dia akan memaki hamun , menyumpah seranah sana sini .
mungkin baginya , seolah tiada salah , tapi hakikatnya dia sedang menyalahkan takdir dan mampu memesongkan akidah .
contohnya bila menghadapi peperiksaan , yang pasti tiada siapa mahu gagal malah mahukan kecemerlangan yang hebat , bak kata orang putih , "with flying colours" .
mula2 sebelum periksa sudah pasti dia mengharap mampu menjawab dengan jayanya , kemudian tatkala periksa dia xmampu menjawab , dan akhirnya memaki hamun seolah tiada yang melihat .
kemudian sudah pasti dia mengharap suatu keajaiban atau hanya lulus semata2 sudah cukup . tapi bila keluar keputusan , sangat menyedihkan dia mengalami kegagalan , dan akhirnya akan menyalahkan takdir , yang kononnya usaha sudah doa sudah semua sudah . seolah doa bagaikan tidak henti .
aku tidak bermakna mahu bercakap soal ketika exam saja , malah situasi lain . pabila kau mengharapkan sesuatu , dan akhirnya gagal memperoleh .
tapi pernahkah kita bertanya pada diri kita ? berapa banyak doa yang kita padanya ?
cuba kamu fikir sejenak , cuba kira berapa kali solat hajat kita lakukan ? aku tidak meminta sebulan berapa , tapi tanya diri berapa banyak engkau lakukan SETAHUN ? malah engkau boleh mempersoal , berapa banyak seumur hidup engakau .
sekali ? 2 kali ? 3 kali ? tiada ? itu yang kau mahu doa termakbul ? dengan solat wajib ntah ke mana , yang solat pon ntah terima ntah tidak , itu mahu kau punya cita2 pasti termakbul ?
usah mimpi , tidur sahaja kalau mahu mimpi .
heran , itu saja menjadi perasaan aku , bila manusia hanya akan bersolat hajat pabila masjid di sekolah atau universiti melakukan solat hajat . fikirkan , cukupkah ia mampu memakbulkan dengan sekali sahaja ?
jika engkau seorang anak , (ya pastilah siapa lahir didunia merupakan seorang anak ) , apabila seorang anak meminta ayahnya sesuatu yang agak besar nilainya , adakah selalunya dia akan terus memberi tanpa bersoal banyak ?
mungkin ayah kau kaya , dia bisa menunaikan hajat engkau . tapi yang sering menjadi realiti hidup seorang manusia , sudah pasti seorang ayah akan melihat kepada diri kita , menilai kita untuk memberi atau tidak , dan mengharapkan kau memberi sesuatu berharga yang membuatkan dirinya merasa tidak sia2 dia memberikannya bukan ?
jika engkau membuat perkara yang menaikkan kemarahan sudah pastilah , jauh panggang dari api untuk kau mendapatkannya dari ayahmu itu , betul ?
dan ini kan pula bila hamba yang hina yang meminta sesuatu dengan sekadar melepaskan kentut di tangga , itu engkau mahu Si Pencipta yang Maha Agung memakbulkan doa mu ? tanya diri , soal hati , pejam mata .
muhasabahlah diri , pabila manusia hari ini seolah-olah normal dalam menolak Allah menjadi no yang keberapa kita tidak tahu .
ya , mungkin kau akan berkata , kau sentiasa letak Allah no 1 dalam segalanya . namun , kata2 yang manis xbisa mengalahkan perbuatan mu yang dilakukan .
contoh aku beri , di saat peperiksaan . ya , sudah pastilah usaha itu penting . dan sering menjadi realiti kehidupan , belajar itu sangat penting .
dan di saat peperiksaan , sudah pasti kau bertungkus lumus belajar , dan apabila azan berkumandang , kau akan katakan "kejap lagilah , awal lagi , habiskan apa yang belajar" . dan sudah pasti solat berjemaah sudah lama tersimpang jauh dari kehidupan majoriti pelajar hari ini .
selang beberapa jam , engkau tolak lagi untuk semata2 untuk menyiapkan kerja , dan akhirnya mungkin engkau akan solat di akhir waktu , atau mungkin terdengar azan masuk waktu yang lain .
dan itu kau mahu Allah memakbulkan doa kau ? ada hati kau ? campaklah perasaan bodoh engkau yang menyalahkan takdir yang akhirnya sebenarnya engkau sedang mengkufuri nikmat Allah .
mungkin kadang2 , kita fikir usahalah segalanya , tanpa memikirkan kekuasaan Allah itu . kita usaha bagai nak mati , akhirnya gagal di tengah jalan .
sebab apa ? soal diri kita .
Allah itu berkuasa , Dia layak untu berbuat apa2 . mungkin ketika saat kau menjawab exam , dia tarik ilmu kau pelajari , dan kau seakan tidak belajar .
dan kita akan rasa , ya Allah teruknya aku , x mampu menjawab , mengapa sampai begini kau menduga aku ya Allah .
nangis , hanya menjadi teman .
nangis , hanya menjadi teman .
mungkin kau sudah bersolat hajat setiap hari , bertahajud setiap malam sujud kepadaNya , menangis keranaNYa .
dugaan , hikmah , pernah kau terfikir apa yang menjadi sebab segalanya ?
terimalah segalanya , andai engkau sudah cuba sedaya yang mungkin . Tuhan itu lebih mengetahui segalanya . mungkin kau berjaya hari ini , kau lupa kepadaNya suatu hari nanti .
mungkin kau akan bongkak seperti sang iblis enggan sujud perintah Allah .
mungkin juga , doamu masih tidak mencukupi , tapi percayalah , senjata seorang muslim doanya! dan Allah segalanya yang mampu menunaikannya atau menolaknya .
mungkin ini salah satu cara ingin dikongsikan .
mungkin di saat engkau gila belajar namun enggan melekat segalanya di dalam kepala otak kau yang penuh kotoran yang kalau dicuci dengan clorox tidak pasti mampu bersih , kembalilah kepadaNya . bukan aku suruh kau mati , bukan ! tapi dekatkan diri kepadaNya .
engkau mandi wajib, engkau ambil wuduk , solatlah sunat taubat , mungkin dosa engkau yang mungkin menghalangnya .
jika hatimu tidak tenang , bukan rokok bisa mengubatnya , bukan video maharaja lawak menjadi ubat dikala lara , bukan wanita memuaskan nafsu menjadi panadol tidurmu , bukan blog aku bisa menemukan kegembiraan hidupmu , TETAPI bacalah Al-Quran , bacalah sepuas-puasnya , jika enggan bacalah walau sedikit , nescaya engkau akan menemui keamanan jiwa . CUBALAH .
Mungkin tinggal beberapa jam lagi engkau akan menjawab exam , engkau gundah gulana , engkau sedih , usah bimbang dengan sistem ciptaan manusia , dekatlah diri engkau kepadaNYa di saat gentir itu serapatnya lagi .
mungkin kau akan kata aku gila , dalam kelam kabut blaja haram xmasuk , banyak xdibaca , ada masa nak baca quran , esok lusa xpalah ni nak exam . siapa kata kau pasti tidak boleh jawab ?
kau lupa Allah penentu segaalnya ? mungkin kau asyik memohon dariNya , akhirnya dimakbulkan ? engkau mampu jawab setakat yang kau mampu membaca . Allah berkuasa dan boleh jadi tiba2 soalan yang engkau xjawab dibatalkan . seronok bukan ? dan mungkin dibukakan pintu hati engkau untuk mudah menjawab , dan pasti kau juga gembira walau usahamu yang hanya ala kadar . gembira bukan ?
kau masih juga xberjaya apa yang kau impikan ?
oh , usah sedih , itu normal , kerana masih banyak hikmah yang terkandung di dalamnya . mungkin suatu hari nanti engkau mampu peroleh kejayaan xdisangka . mungkin Allah tidak mahu engkau lupa diri . dan dugaan yang diberi membuatkan engkau lebih belajar erti kehidupan dan tidak mahu engkau semakin jauh diri dariNya tatkala engkau susah, bukan Dia enggan membantumu kerana xsayang kamu,tapi kerana Dia sayangkan kamu , dan itu sebabnya Dia mahu engkau menjadi hamba yang betul2 tunduk kepadaNya tanpa mengira susah atau senang .
dan fikirlah , masih ramai lebih malang dari engkau sebagai pengubat dukamu .
itulah kekuasaan Allah . kau yang xpernah bersyukur akan setiap pemberianNya , maka ingatlah Allah penentu segalaNya .
kataku : jika usaha tanpa doa , umpama bina rumah tanpa bumbung , mampu mengelak dari binatang buas , tapi tidak mampu elak dari hujan ribut yang bakal melanda .
20 comments:
kita hanya akan ingat Allah bila kita susah
itupun ada yang menyalahkan Allah kenapa tak sayang dia
emmmmmmmm, :(
Alhamdulillah bersyukur di atas segala nikmat yg diberi...
betul betul . manusia nih perangai dia satu jeh tak nak usaha tapi nak kejayaan nak cemerlang nak kaya dengan tiba2 . pfftt kadang-kadang banyak jugak entry fad terkena batang hidung sendiri . ngehngeh
ye2 btul..kta slalu igt Allah bila ssah..tp bla dh snang, kta lupa..bad kdang2 mcm tu =(thanx sgt kerana berpesan =)
syukur alhamdulillahh..
like ur statment "allah penentu segalanya"
alhmdulillah..ku bersyukur dgn apa yg ada..
tersentap eden..:D
aliarosli : yup , manusia itu memang dikenali dengan sifat begitu , malah lebih teruk lagi bila susah lagi die xigt Allah .
MK : alhamdulillah , bagusla cmtu :)
una :tula , udah usaha x , doa pon x , memang xdptla kan . hehe yeke una ? fad memang banyak relate dgn kehidupan fad dan semua :D sori terkene btg idung una , tapi tula tujuan tulis bagi ade kesedaran :D
badriah : welcome bad , susah senang kena igt :)
kocix : :) bagusla
colorlife : oh , itu men sebut je . hehe
cah : ko kaya mmgla besyukur . haha . tersentap ye ? xpe , tu bru bg sedo sket . hee
waaa spechless aku bro, yela. kadang aku ni bukan reti bersyukur dgn ape yg ade.. lepas bace ntry. skit sebanyak aku sedor.. thanks bro :)
LIKE!
yup.. kadang2 as human.. diri ni selalu alpa.. saat senang kadang terlupa.. semua ni bukan milik kita.. milik Allah yang kekal abadi.. thanks for da entry.. buat saya ucapkan syukur atas segalanya selama ni.. yang mungkin saya terlepas dan alpa.. =)
sometimes ALLAH breaks our spirit 2 save our soul.
sometimes ALLAH breaks our heart 2 make us whole.
sometimes ALLAH allows pain so we can be stronger.
sometimes ALLAH sends us failure so we can be humble.
sometimes ALLAH allows illness so we can take better care of ourselves...
sometimes ALLAH takes everything away from us so we can learn the value of everything he gaves us...
alhhmdulillah..entri yg bagus fad..kdg2 kita ni lalai..muhasabah diri,peringtn utk b'sma..thanx fad!
qimie :speechless ? wah ! hebat ! haha . biasala , name pon manusia . aku bukan kata kat orang je pon , aku kate kat diri aku gak , itu yang aku bercakap . baguslah , sekurangnya entry aku mampu memberi impact pada orang sket walau xbyk :)
fatiah : thanks fatiah . kita slalu lupe sampai lupe nak bersyuku padaNya . xpe fatiah , fad ckp soal diri fad juga , bukan semate2 utk org len je , jadi same2 muhasabah diri :)
amelia : nice quote amelia! awak wt sume tu ke ? thanks amelia . ye , peringatan bersama :D
ehem! cam kenal je pic last tuuu.. dont worry hak cipta tak terpelihara..men2 je ^-^v
kita selalu lupa pada Dia..tapi syaitan tak pernah lupakan kita..goyah nya..moga semua yg membaca entri nie terus kuat pegang pada yg satu..
berusahalah kearah yang lebih baik..walau satu hari hanya peruntukan satu langkah sahaja..
InsyaAllah,
Allah menilai usaha,
bukan hasilnya..
dah kata manusia mmg cmni.. ade ke org berak tepi jalan nak mengaku dia berak? mesti dia salahkan org lain la..
diba : diba , tu pic dr blog diba ke ? sori2 xsengaja , fad men cr je kt google . hehe . fuh , slamat dh ckp sal hak milik terpelihara , haha .
amiinnnn . semoge mdpt kesedaran wlu sikit :)
lailatul : yup2 , kita hanya mampu usaha , yg tentukan Allah , Dia nak beri xnak bagi , hanya Dia mengetahui hikmahnya
hana : yup2 . org xkan mengaku tu taik die walau ade kt bontot die tercalit taik . haha
sentiasa kena muhasabah diri, bersyukur ke hadratnya dan cuba mengubah apa yang kita mahukan ke arah yang lebih baik
syukran fad ;) moge2 lps ni boleh la ko buat entry maknyah. bagi dorg insaf skit. hehe
manusi mmg x pernah puas...
salh satu nafsu yg telah diberikan tuk manusia ni ialah sifat ni la...
x puas dgan yg ni... pastu nk yg tu plak...
x pernh plak nak besyukur bile dah dpt ape yg perlu... sdgkan diluar sane ramai lgi yg hidup x tentu...
mcm ak juga...
bile epy2 kdg teralpa...
bile dah sulit,
bru nak duduk atas sejadah... T_T
terkesima seketika bace entry ko...
thanks la bg peringatan...
hans : yup betul . itu yg kita perlu :)
qimie : ko la maknyah tu ! yg pertama insf ialah ko ! hahaha
shamsuddin : ye betul . xpernah nak puas , smp mati baru puas . hehe .
yelah , aku pon same gak , tu aku bckp tu , sbb aku sedar diri aku , smbl tu aku igtkn org skali . it's ok , igt mengingati kan digalkkn :)
Post a Comment