Friday, April 8, 2011

Tenaga Pendidik Perlu BERUBAH

kalau kita tengok hari ini , ramai yang nak jadi cikgu la , nak jadi pensyarah la . ada yang nak jadi dekat sekola rendah , dekat sekolah menengah , dekat universiti , tadika pon sekarang dah blajo untuk jadi cikgu di tadika .

tapi berapa ramai yang kerja atas alasan gaji nak tinggi , gaji nak tetap , kerja dah konfirm dapat . ada juga yang sebab dah x dapat kerja last2 apply KPLI semata2 nak kerja .

tapi sedarkah kita tenaga pengajar hari ini semakin tidak berkualiti disebabkan manusia2 sebegini . kerja dengan xikhlas , bukan atas dasar mahu mendidik anak bangsa , lebih penting mendidik saudara seIslam sendiri .

apabila manusia2 sebegini yang terpesong niatnya wujud dalam sistem pendidikan , manusia2 inilah yang bakal menghancurkan generasi masa depan .

kau x dapat kerja kau apply KPLI , masuk KPLI setahun terus jadi cikgu . tapi kau xberminat dengan bidang cikgu . kemudian kau akan menghancurkan budak2 , menghancurkan manusia yang hendak berjaya .

 kita tengok pendidik sekarang dengan pendidik dulu lain . bila buat salah sampai kes mati baru ni , itu bukan mendidik namanya itu membabi buta namanya . budak kecil boleh sampai mati , apa jenis orang xtaula . Fad xnafikan memang budak skang terlebih manja , tapi pendidik pula terlebih gila, gilakan gaji semata2 gilakan duit ciptaan manusia , yang menjadi senjata utama yahudi merosakkan orang Islam .

kadang kita leh tengok mana yang ikhlas , mana kerja sebab duit . dia xakan sanggup mengajar melibihi masa , dia mengajar setakat syarat . setakat dalam kau baca nota dalam buku blahblahblah pastu habis , itu budak dalam perut pon boleh eh jap budak dalam perut boleh becakap ke? .dan akhirnya melingkupkan budak2 . budak2 xpaham , tapi ada dia kesah ? yang janji gaji dia jalan , yang penting hidup dia senang . 

niat ikhlas mahu lihat generasi akan datang berjaya dah susah nak lihat dalam pengajar sekarang . ini bukan atas andaian fad semata , tapi berdasarkan pengalaman  mak fad , pengalaman makcik pakcik fad ko bayangkan dari 11 orang adik bradik mak 3 je bukan doc yang lain tenaga pengajar . mak sendiri penah cakap , cikgu yang dari KPLI kerja macam nak xnak , dengan pemalasnya . fad xcakap semua , tapi RAMAI .

kita tengok sendiri , bila pengajar yang xikhlas ni , budget macam dialah perfect dalam dunia xpenah wat silap , bila salah sket nah kosong untuk kau ! padahal kadang bukan salah kau pon , salah orang lain , tapi kau gak jadi mangsa .

bila kerja mahu xmahu , sesuka hati menghukum pelajar tanpa belas kasihan , itu bukan mendidik namanya itu menghancurkan budak namanya .

dan selama fad belajar di ipta , fad respect with this chinese lecturer . even she is chinese , even there is no non-muslim in my class apahalakaucakapenglishnizulfadhli , dia mengajar seolah dia mengajar bangsa dia . bersungguh2 , kalau xpaham 2 3 4 5 6 kali dia terang balik . dan she's much much much better than malay lecturer . dengan cara mengajar begitu mengagumkan . kau bayangkanlah , fad yang dulunya xfaham apathat'swhyakurepeatsubjekni , sepatah habuk sebesar zahrah pon xpaham , dan bila dia ajar dengan begitu mengagumkan fad , serius majoriti dapat alhamdulillah seolah2 subjek tu senang walau hakikatnya susah . xmalu ke kita ? sedangkan orang bukan Islam mengajar seikhlas hati walau kita suka mengutuk mereka sebab gilakan kerja la , kerana tolong bangsa sendiri la . then yang ini ? jauh lagi bagus dari melayu yang mengajar . xmalu ke kita ??????????

kalau tenaga ppengajar setakat ajar sebgai syarat , kerana duit semata2 , gua cadangkan lu lu semua yang niat macam tu , baik xpayah . nak nanti jawab kat akhirat sebab xikhlas .  fad sendiri penah minta dulu masa lepas spm , n i got interview tesl for oversea . fad yang sememangnya xberminat jadi cikgu , guess what mak cakap , kalau xminat xpayah sian pada orang yang nak . dan fad xpergi interview tu pon .

kau xpayah kerja pengajar kalau sebab duit , kau kerja je swasta or other else yang tidak berkaitan dengan merosakkan masa depan orang .


pendidik hari ini perlu berubah , letakkan niat ikhlas kerana Allah , kerana membangunkan umat Islam . sampai bila kita nak tengok bangsa kita , saudar Islam kita mundur ? sampai bila kalau ini yang jadi ? akan nak harap skola termengandung rais yatim kot , akan nak hasilkan anak luar nikah banyak je kot bukan generasi hebat. fad xcakap semua , kerana masih ramai yang bagus , tapi semakin ramai yang xbagus . bukan kerana duit , kerana duit bukan boleh bawak ke kubur tapi HANYA AKAN KELUAR IKUT JUBO ! IAITU TAHI !

21 comments:

adwafarahin said...

sya sokong sama fad!!!!

:)

AJ Joket said...

betul tue fad..!
kt kolej aj pn da sorg lecterer nie..cina jga...kalo dy mengajaq tue mmg brsngguh2 gler...rsa sronok sgt kalo g kelas tue..yg ngntok pn jd x ngntok...tp bkn kata lecterer melayu kita x ok...ada yg ok da yg x...

n da stgah tue, mngjaq tue smbil lewa jer..hbs slide hbs la...kdg2 2 da yg bca slide jer...adesss!! yg 2 mmg parah...mmg x phm la...hrmmm...

Unknown said...

skong tp tk semua begitu...

kyle said...

sokong! kalau betul2 nak berniat utk ajar generasi akan dtg, baru lah g jadi cikgu, kalau x xde motivasi, hancur masa depan anak2 org.....huhu...

kerajaan punleh buat screening yg ketat cket, supaya dpt pastikan hanya cikgu yg mmg nak ajar dan pakar je diambil, hehe

MizzTina said...

pernah mintak KPLI dan DPLI,tapi gagal... then fikir balik, buat apa nak jd tenaga pengajar sedangkan xde minat... pastu bertaubat xnak apply dh... tapi kawan2 still pakse apply... maafla, hati dh bulat...xnk jdi hipokrit...

aQimie Ceplos said...

kantoi lu ade repaet peper bhai.. HEHEEH! ;)

alhamdulillah la sumer lecture aku blm ade lg y jenis lepas tangan ^.^
sumer masok kelas ajar smpai pham ;)

erysweetie said...

rasanya bukan dalam konteks pengajar sahaja.. dalam konteks semua benda. Contoh lain, kerja di jabatan kerajaan..most of them semua hanya nak keselesaan..banyak benda yang diorang hold dan delay..dah kes aniaya dah tu =)

Apepun, point penting fad, sy dapat.. apa saja yang kita kene buat..do it by heart.. bukan melepaskan batuk ditangga =)

zikeryhassan said...

itulah orang kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aku sebagai bakal pendidik sedikit terasa lah dengan apa yg kau cakap.

sng cite, aku dulu bukan minat nak jadi cikgu. tapi lepas aku dah setahun kat maktab tu baru minat aku timbul. kawan2 aku pun ramai yg macam tu gak.

bukan senang nak jadi seorang pendidik sejati. banyak cabaran tau. lagi murid2 zaman sekarang ni. plus, parents sekarang pun tak macam parents dulu2.

PeNgEmiS dUniA said...

adwa : thanks adwa :)

aj : tula , fad xkata semua tapi makin ramai golongan macam tu . so kena ubah , kalau cina pon boleh , nape kita yang Islam xleh plak

MK : bagusla cmtu , mgkn ade hikmah MK xdpt , jadi itulah hikmahnya sbb MK xmnt xdela hancur anak orang :)

qimie : gua xksh kantoi ke x , gua mmg bodoh pon qimie . hahaha

ery : yup ery . betul2 . bila manusia disuntik bekerja kerana duit , bukan kerana Allah , itulah hilangnya kualiti kerja

zikery : aku tau ko akan terase pasal bende ni . aku mntk maaf buat kau terasa . tapi inilah terjadi , bukan kerana setitik , tapi dah ramai , bukan aku sorang cakap , mak aku pon cakap , makck2 aku n diorang semua cikgu dan lecturer .

aku xkata semua , aku kata makin ramai golongan camni , aku ade ckap kan ramai gak yang bagus . apa2 pon aku harap ko berjaya jadi cikgu , cikgu yg berkualitit . aku just nak sedarkan , perlunya berubah . bagusla mcm kau , dulu xmnt tapi skarang dh minat . kira kau akan buat benda tu ikhlas . memang budak skarang parents skarang len dr dulu , tapi munculnya golongan pendidik yang macam aku ckp tu bertambah2 hancurnya budak skang .
aku mohon maaf lagi skali buat kau terasa . chill bro . terima dgn hati terbuka , dan membuka minda :)

ashiqin said...

betul.sokong jugak.kerja prlu ikhlas.
especially kalau jd cikgu.berat tanggungjawab tu...

cik mas said...

betul tu fad.. tapi bukan pendidik sahaja kena berubah. metaliti anak, ibu bapa dan masyrakat juga kena berubah. org yg menuding jari keraha kesalahan cikgu seata adalah org yg tidak faham hal keguruan, sebab tu berani berkata tak berasas...

apapun saya sangat tidak bersetuju dengan pengambilan KPLI..!

Mutiara Bernilai said...

sangatla setuju..
kengkadang jd cikgu sbb xnak mengganggur..padahal diri tak pandai n xde niat yg btul2 pon nak mendidik..

yg siannya kat anak2 kecil tu la..

zikeryhassan said...

aku okey je bro. aku ambek tu sbgai cabaran utk aku jd sorg ckgu yg terbaik. pape pon, aku sokong gak apa yang cik mas katakan tu.

CikKaikazie said...

dulu masa keje jd salesgirl kat kedai emas pernah 2org cikgu datang ke kedai masa waktu sepatutnya diorang mengajar.dahla duk lama gila.bila dgr diorg cakap yang sorang tu dah cuak sbb keluar tak bagitau pengetua.yang sorang lagi tipu cakap gi klinik. kesian kan anak murid diorang....

! Nurida Ardy said...

guwa tak rasa bole jd cikgu yg baik..tu pasal tak pernah minta segala dpli , kpli nih..tak kena dgn jiwa..argh~

efa said...

sokong tu tp para pelajar pun kena berubah gak

PeNgEmiS dUniA said...

nushin : betul , guru yg membentuk anak murid di sekolah . kalau slh didikan , mungkin mereka akan tersilp mmlih masa dpn

cik mas : betul , mentaliti semua pihak perlu berubah . selagi xberubah xberguna juga . tapi bila guru pon sama , secara automatik , yang mentaliti baik pon menjadi mangsa

mutiara : betul , sebab duit , sanggup gadaikan masa depan budak2 . sangat sedih

cikkaikazie : oh yeke ? itu la yang terjadi , makin ramai golongan cmtu , keje bukan niat ikhlas pon niat nak duit je . las2 jadi mangsa budak2 yang nak belaja

nurida : xkena dengan jiwa jangan jadi cikgu , nanti orang lain menjadi mangsa , bek jadi benda lain . aku pon same gak , jiwaa xde kasih sayang pada budak . haha

efa : yup , memang . bila certain guru atau pensyarah buat hal , yang menjadi mangsa budak yang dh betul2 nak belajar , itulah sian pada yg betul

ain revival said...

xleyh nak salah kan pendidik juga..kadang2 bangsa melayu yang malas nak bertanya..pndidik dah ajar ape y perlu..tapi kalau kite x pham bukannya nak tanya ke ape..kalau tnya kompem cikgu o lcturer explain sampai kite paham pnya...bukan pendidik jep..kite yang dididik pun niat kena kerana Allah ugak..

kite kerja semua kerana duit kan.. x kira guru, kerani, doktor n sbgainya..takkan kite keje saje2 nak penatkan tubuh badan jep..setiap kerja kat atas dunia nie perlukan keikhlasan..baru lah berkat...

PeNgEmiS dUniA said...

ain : fad kat sini xsalahkan semata2 dekat pendidik , tetapi isu yang fad nak ketengah pasal pendidik, so xnak la sentuh sal budak2 ke ibu bapa ke kang panjang berjela . tapi bukan ramai lecturer o ckgu camtu , sesetgh terang 2 3 kali pon xphm2 . itu xpelagi nak gak terang , ini disuruh pula tanya pada kawan .

itu yang salah , bila kerja kerana duit semata . memang semua kerja utk duit , tapi dalam konteks guru , dia ada tanggungjwab utk didik anak bangsa , so bila kerana duit semata , itu kualiti semakin hancur .

akak eskrem said...

#ehsamalah !!

my mum pun cikgu, yang betul2 fresh dari maktab zaman dahulunya..

dah 30 tahun lebih kott mengajar..

selalu mengeluh pasal cikgu-cikgi KPLI ni.. mengajar nak tak nak jer, ponteng kelas, selalu mc, sambil lewa n berlagak bagus.. ada yang haru-nyer tu, siap cakap "saya tak suka la bila cikgu yang kelulusan maktab ni nak mengarah cikgu-cikgu cam saya yang dah ada degree ni"

memang hampeh la tu.. bukan suma, tapi ramaiii.. pening kepala mengerjakan budak2 satu hal, tambah plak ngan perangai cikgu KPLI..

seb bek sekarang dah tukar sekolah n mengajar opsyen yang dia nak iaitu pendidikan khas.. budak2 khas ni lagi senang, takyah nak pening kepala memikir si sombong KPLI tu.. bukan suma, tapi ramaiiii..

PeNgEmiS dUniA said...

haa , tgk . ur mum pon ckp kan , tula belagaknya cikgu hari ni . brkat xberkat wt bende men2 je . ni lagi satu relevan kenape saya ckp hal ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...