air oh air ,
mengapa engkau mahal ,
macam mana aku x mahal ,
syabas pandai sangat
kisah seorang budak2 dongeng semate2
seorang budak kecil yang tidak tahu apa-apa ternampak ayahnya bersiap-siap memakai baju merah mahu keluar , lalu keriangan dia mahu mengikut , akhirnya dibawa juga .
"abah , kita nak pergi mana ni ?" tanya si kecik keriangan .
"pergi ke semayang kat masjid negara " jawab si ayah .
lalu pergilah dua beranak ke sana .
si anak yang tidak mengerti apa-apa hanya mengikut saja si bapa .
lalu si kecil nampak lori merah bersama orang pakai helmet sambil bertanya ,
"abah , naik lori kena pakai helmet ye ? deme wat apa tu ramai2 ? "
" aah , mestilah tkt jatuh lori . deme tu MBKL , nak siram pokok bunga kat tepi jalan " jawab si ayah dengan selamba.
anak seakan teruja , melihat sekeliling begitu ramai orang , beribu-ribu orang berpusu2 .
tatkala sedang bergerak dalam kelompok ramai , si helmet merah mula menyembur air .
" apehal deme ni sembur air dekat kita bah ? deme ni x sayang air ke ? " tanya si anak yang mula sedar akan mahalnya air walau masih kecil
" deme saja nak mandikan kita je nak , dah abis siram pokok tu " kata si bapa .
tiba2 gas pemedih mata mula digunakan oleh anggota polis ini .
si anak kecil yang tidak mengerti apa2 , "abah , nape mate adik pedih ni ? "
si ayah cuba menenangkan sambil menutup mata anak , " masuk habuk kot dik , jap g abah tiup , adik tutup mate dulu , kita kena cepat ni , nanti basah lenjun . "
lalu tatkala mahu mengelak dari pemedih mata , si helmet merah kira2 300 orang cuba menangkap seramai mungkin . dalam 48 orang tertangkap , termasuklah si bapa ini . terpaksa meninggalkan anaknya kepada rakannya , itu pon nasib terjumpa . kesian budak2 xbersalah pon terkena kekejaman polis .
yelah , mereka berarak bukan lakukan rusuhan , mengapa harus dipancut sebegitu sedangkan bukan menghancurkan apa-apa . bayangkan kanak2 yang ada contoh kalau terjadi cam cite fad cite , x ke kesian kan ? ditangkap tanpa bicara . silap2 kena anta isa . elok plak bapak duda anak sorang . sape nak jaga anak dia ? x kesian ? rasa elok sangat ke ISA ni ? x kesian budak yang macam tu ? sedangkan bapa bukan pergi memberontak , membawa senjata atau sebagainya , hanya untuk membantah kenaikan air sebanyak 37 % jer . ( link ) . jadi fikir2 kanlah .
papehal pon , fad dulu ingat bila dah ada anak , sorang nak anta skolah pondok , sorang nak anta ke academy bola liverpool . yelah , sape xnk gaji anak paling kurang RM 250 , 000 dan lebih sebulan kalo jadi player bola . tapi fad dah tuka fikiran , ingat nak bagi dia blaja dari kecik mintak scholar SYABAS , t dah besa leh jadi CEO SYABAS , gaji masyuk tu , nak tau brapa ? RM 5.1 juta setahun ( xcaye tgk link ni ). jadi kiralah sebulan brape . kaye anak aku kaya ! hahaha
2 comments:
hmmm.
bila dah mahal baru reti hargai air kott.
kottt la.
:))
mahal pon . nak mandi 3 kali jugak sehari plg krg right ? so cm kurang pon leh kurang sikit .
masalahnye karang yg kaye CEO syabas , gaji skang pon dah 5.1 juta , nnt naik 7.7 juta kot . haha
Post a Comment