Sunday, January 30, 2011

Kegembiraan Seorang Ibu LEBIH BERHARGA dari kegembiraan diri sendiri

sampai umah tercinta , terus suruh emi amik barang dalam kete . emi tanya hadiah untuk mak ke ? aah , jawab fad .

emi trus bagi hadiah kat mak , mak happy bebeno . abah tanya , "apa fazli bagi ?" "handbag" jawab mak .

"baru beno mak hang beli handbag nyer ! ni dapat lagi ? seronok mak hang "

fad balas , " sian kat mak , handbag 1 abad 1 handbag , bio ler kali ni 2 handbag pulak " seloroh fad

mak, "bukan 1 abad , berabad2 x tukonye !"

geli hati dibuatnya . mak terbelek2 handbag fad bagi , nampak suka gayanya . alhamdulillah .

yela , fad ada niat ari tu kalo dapat *** fad memang nak bli present untuk mak . banje , so banje makan pizza hut yang gila service charge

yela , dapat2 duit tu yang fad takut x dapat tu , 1st fad buat , fad gembirakan ati mak dulu , untuk fad xada pape pon . same goes last year , i gave her a laptop . last year sambut sakan skali besday abah . bli kek scret recipe bagai , kfc bagai sume . this year , kurang sket . just handbag xseberapa ngan pizza hut jer . sori ye mak , gawat sket .

but walau macam mana pon , kegembiraan seorang ibu begitu berharga dari kegembiraan diri sendiri . biar fad x happy , biar orang tersayang happy . lagipon , apalah sangat apa fad bagi banding dengan apa mak wat kat fad . dia berkorban dari ovum ngan sperm bergabung lagi , sampai dah beso panjang dah . susah senang , mak juga yang sentiasa ada ngan fad .

SAYA SANGAT HAPPY BILA MY MUM HAPPY . :')

I LOVE YOU MUM ! LOVE YOU SO MUCH .

bagi fad , kegembiraan kebahgiaan orang lain lagi penting dari kegembiraan diri fad . biar fad sedih , biar fad susah , tapi bila fad berjaya buat orang lain gembira , itu lagi memuaskan hati fad .

kadang2 yelah , bila kita marah dengan orang kita rasa berdendam x nak tolong lah apalah bila dia susah , tapi at the end , i'm the one jugak yang akan tolong .

senang je prinsip hidup fad , MUNGKIN HARI INI KITA TOLONG DIA , TAPI DIA X TOLONG KITA PON , BUT ONE DAY OR BILA2 PASTI ORANG LAIN TOLONG KITA . PERCAYALAH

Saturday, January 29, 2011

kitaran generasi 1Malaysia atau generasi Islam sejati ?

dalam perut
ibu mengandung bawak pergi konsert paramore , justien bieber . pergi clubbing bagai

ketika baru lahir
lagu justien bieber dinyanyikan di telinga , bukan azan

2 tahun
si ibu bertudung , " anak i dah pandai panggil i mama ! "

si ibu bertudung labuh , " alhamdulillah , anak saya dah pandai baca al-fatihah "

si ibu ke konsert justien bieber , " anak i plak pandai nyanyi justien bieber sambil joget2 cam inul "

4 tahun
ibu 2 : eit anak u nyer rambut nape cam orang putih je skang i tengok ke kena air karat?

ibu 1 : well , anak orang putih . hehe . i warnakan . smart apa .

ibu 2 : oh yeke ? anak i alhamdulillah skang bertudung , dia nak pakai cam mak dia . dia kata buruk bila x pakai

ibu 1 : *tersipu2 malu dengan rambut anak sendiri , rambut sendiri karat , rambut anak perang

7 tahun
di sekolah ,
anak 1(dijaga si ibu minat justien bieber) : gampang la !
anak 2(dijaga ibu biasa) : wei , gampang tu apa ?
anak 1 : hang bila nak ngamuk hang mencarut je gampang ke pantat ke pukimak ke butohpakhang
anak 2 : oh , butohpakhang !

17 tahun
selepas SPM,
anak 1 : aku malas dah blajo , result aku pon 2 ja kredit , had lain semua fail . bek kerja , banyak gak duit . aku ingat kerja kat econsaves dah r

anak 2 : aku ingat nak sambung chemical engineering la , gaji pon mantap . boleh bantu mak bapak aku bila beso nanti , insyaAllah


25 tahun
anak 2 : wei , lama gila x jumpa ? sejak pas spm dulu . rindu gila kat hang . hang wat pa skang ?

anak 1 : hello bro . wa dulu mula keje econsave sat , pastu race moto leh la dapat sampai 3 riban satu malam . gua baru kluar dari lokap ni , kantoi curi moto ngan ada ganja 200 gram . lu kasi wa banje sket boleh ?

anak 2 : erk ! astaghfirullah

45 tahun
kisah anak 1,
si anak sudah berusia 45 tahun , si ibu sudah 69 tahun , si bapa 71 . si ibu sakit2 tua tapi si bapa semakin teruk sakit . suatu hari , si ibu yang pergi dahulu sebelum si bapa

anak 1 hanya ketawa berdekah-dekah ketika pengebumian , tiada yang membaca yaasin atau tolong mengurus.

si keluarga si ibu terdekat semua seolah menghadiri majlis reunion family . gelak ketawa bagai

teruskan hidup seperti biasa .

si bapa pula mula menggatal mencari awek indon untuk jadi bini

kisah anak 2 ,
kisah yang same , didik agama semua

anak 2 di sisi si ibu ketika pemergian .

dialah yang memandikan , dialah menkafankan , dialah yang mengimamkan solat jenazah , dialah mengebumikan si ibu .

setiap hari disertakan doa dan bacaan yaasin untuk si ibu di alam yang lain
dikunjungi kubur si ibu setiap minggu


50 tahun
kisah anak 1,
si bapa sakit , si anak 1 x larat menjaga . di anta ke rumah kakak setiap hari . dibuat bodoh si bapa yang dah tua . sakit x tentu hala , gatal xsemena2 .

si kakak pon mula mengeluh . semasa ibu tiri hidup x dihargai , bila dah pergi konon nak jaga bapak sendiri x berjaga .

si kakak 2 buat bodo seoalah itu bukan bapanya

si kakak mengeluh adik tiri yang mula buat bodoh bapanya .

bapa tidak terurus kehidupannya hingga akhir hayat .

harta sekangkang pungkoq berebutkan 10 orang

kisah anak 2,
si ayah sakit , semua anak menjaga bersama .

setiap bulan, diberi sorang ada 250 ada 350 ada 500 .

bil air bil letrik bil tepon ditanggung beres oleh anak .

ubat dibeli , dibawa ke hospital bila sakit

dibawa umrah , haji .
ditatang bagai minyak seperti mana ibu menjaga anak ketika kecil .

DAN KISAH INI BERPUTAR2 SETIAP GENERASI . . . .

MORAL : pilih sendiri mana yang nak



Friday, January 28, 2011

jiran atau sorang ?


assalamualaikum semua . maaflah x update blog . hari ini baru nak update . cerita pasal jiran .

fad kalau sebelum ni , dari kecik sampai besar rumah fad kat tanah lot , kira rumah sebuah2 , jarak umah pon xdekat mana , tapi kome jangan ingatla beso bebeno umah fad ni , halus je . orang susah , nama tempat fad pon kampung bukan taman , kome leh nampak dah fad orang susah di situ kan , jadi nanti bila fad wat tabung kilat nuffnang tolong banyak2kan klik ya untuk derma kat fad. dah berhenti merapu . jiran fad bagus2 je , kanan melayu kiri melayu depan cina . semua ok . ngan mak abah semua dengan jiran ok . hidup pon harmoni *ayat xleh blah skali .

adanya surau kat kawasan mengeratkan hubungan dengan gotong royong bersih surau , gotong royong anak jiran kawen , nanti fad nak kawen lak senangla kan *stopla kau berangan fad . setiap khamis malam jumaat ada makan pas baca yaasin menarik minat orang ke surau . fad suka surau kat umah fad , walau kadang mengelat x pergi mulalah bising orang tua fad tu , tapi fad suka . yela , diorang bising pon ada sebab , dan fad dah nampak dah skang . bila kecik dilatih ke surau tiap ari , bila dah besa , mungkin keluar tanduk , tapi mungkin kejap keluar , kejap masuk balik tanduk tu , semua sebab didikan mak abah . thanks mak , thanks abah . apa ni , fad lari tajuk lak .

tapi skang fad jauh dari umah , bermukim dengan kawasan umah berteres , jauh gilak semangat berjirannya .

penah nak bagi buah rambutan satu plastik , baru fad panggil , nak bagi , dia boleh cakap x nak ! xnak ! pastu trus lari masuk , dia ingat fad ni penjual karpet pakistan ke ? muka fad bukan mamak cam dia pon . haih . jiran selang satu umah pon x kenal . itu jiran ke apa ?
sedangkan dalam Islam , jiran dikategorikan jarak 40 umah baik dari kiri ke , kanan ke , depan ke , belakang ke , atas ke bawah ke . tu baru selang serumah , dah ingat aku anak raja nak anta rombongan meminang .
at least tolak cara baik kalau x suka rambutan . ni x ada datang dekat fad langsung , niat yang baik bagi rasa rambutan , bertuka fad teringin nak kumpul biji rmbutan yang makan baru bagi dia telan .

ni yang terbaru , umah sewa fad ada 2 keta , satu fad bawak 1 kete , lagi satu kawan fad . dah xmuat letak dalam mesti letak luar betui x ? pastu dah kete fad besa SEKET , termasukla kawasan dia . alahai , sket sangat masuknya . dia satu keta je kot . bukan kacau pagar dia sampai xleh kuar kete . boleh dia letak kerusi halang plak aku nak gerak .
pastu elok kuar , balik2 tengok halang betul2 sempadan umah dia , sempadan umah dia . wat the faa alif ain . sampai camtu lu berkira dengan gua ! sampai susah nak parking kete skang .

hello , jalan kat lua , bukan jalan bapak lu pon . jalan semua orang . xpenah pon beli rumah kira jalan depan umah jadi hak milik . come on la , considerla sikit . kau satu kete , aku dua kete . lainla , mak kau ke nenek kau ke bawak limosin datang , bolehla nak halau gua , gua pon paham . ini sikit dah bikin berkira nak mampus . x apalah , kot kalo nak mati nanti tanah depan nak wat tempat pengebumian kau .

moral : hidupla berjiran dengan saling menghormati jiran . bantu membantu semua . ini sampai jiran sendiri x kenal apa kes . kenal2la , mana tau kalo anak dara cun , leh gak kenal2kan kat fad . itu lagi baik . stop la untuk hidup sorang , semua kau punya , orang lain kau x amik tau . fikirla , nanti mati , orang sekeliling kau gak yang akan tolong urus mayat kau , bukan ko sendiri mandikan , kafankan , tanam sendiri . so fikir2 kanlah .

akhir kata ,
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah memuliakan jiran " (Muttafaq ’alaih)


Monday, January 24, 2011

PERHATIAN kepada PENGIKLAN NUFFANG , harap ambil perhatian walau seminit



hari ni , niat di hati bukan nak membebel , bukan nak marah sape2 , bukan nak maki hamun sape2 , tapi memikirkan tanggungjawab sebagai seorang muslim , dan fad ada ruangan blog untuk perkongsian bersama . di atas tanggungjawab yang ada , walau kerja belambak hari ni kena siapkan , tapi fad paksa juga buat walau sebentar .

bukan apa , sekarang hampir semua blog ada nuffnang . fad ada niat nak buat , tapi belum bercadang nak buat dalam masa terdekat sebab mikir orang membaca pon bukan ramai pon , biasa2 je . just harap sape yang baca tolong sebar , tolong tegur , tolong sedar . fad hanya mampu menasihati . nabi ada cakap , kita boleh dakwah orang guna tangan , kalo tangan x leh , pakai mulut , kalo mulut xleh guna hati , dan itulah selemah2 iman . jadi fad guna taip blog , itu je yang mampu .

ok , first nampak apa kat atas picture tu ? itu fad print screen dari sebuah blog , tapi biarlah rahsia blog itu . tapi nampak arak dalam iklan tu ? nampak nuffnang di bawah ? mungkin nuffnang mungkin boleh bertindak atas nasihat fad , tapi fad nasihat . yang akan lakukan adalah jari jemari saudara saudari dan mouse anda .

just nak cakap , sapa yang menanam anggur ke untuk arak , memetik anggur untuk arak ke , membawa lori anggur untuk anta ke kilang arak ke , jual beli anggur untuk arak ke , memproses arak ke , menjual ke , menghidang ke , minum arak ke sume yang ada kaitan ngan arak semua berdosa kawan2 semua . jadi fikir2kan lah . ada gak fad pernah dengar xingat mana sumber ,mungkin dia sumber ekonomi antaranya arak , selagi kita x terlibat dengan arak tu , ia akan still consider halal . tapi wallahualam .

hadis nabi
Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.

  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .

  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .
nampak orang yang mendapat hasil drpd arak , orang yang mengiklankan seolah menggalak

tapi skang isu menjadi besa bila kita sendiri yang mengiklankan arak . memang itu bukan kilang tiger , tapi kedai yang mempromosi arak . jadi rakan2 sedang mempromosi untuk saudara saudari yang lain .

tanyalah pada diri sendiri ,
hendakkah kita setiap klik yang membawa kepada penjanaan ekonomi kawan2 semua menaik dengan sama dosa yang kita dapat ?

hendakkah kita hidup dengan darah daging haram ?

ke nak ikut cam pemimpin KERAjaan yang halalkan judi arak sume sampai jadi antara kilang terbesar di asia ? dan itulah bagusnya kerajaan selangor sanggup habiskan duit 10 juta untuk tarik orang Islam yang kerja tempat arak keluar kerja benda yang halal .

hendakkah kita bersubahat dengan perkara yang haram sedangkan kita mampu mengelakkannya ?

jadi fikir2kan , fad hanya mampu menasihat . fad xtaula camner pakai nuffnang ni , tapi kalo korang tengok nuffnang tayang iklan arak , kalo boleh remove harap removela demi kepentingan kome juga .

kalo lagi hebat lagi kuat hati tu , buang je nuffnang .

just berdasar pe fad paham , slagi kita terlibat x ape , tapi bila dia tayang iklan arak , sahamnya , kamulah yang dapat . kalo leh remove bila iklan arak , tolongla remove jika kome Islam sejati . kalo xleh , nak x nak kena tarik dari pengiklan

haa , edit kemudian ni ,blogger Aku_Azreen cakap boleh pilih nak iklankan arak tak , so kira dah terang2 boleh , nape x cakap xnak , tolonglah yang mengaku Islam . tolong tuka pada x nak iklan arak .

p/s : fad kata nak stop wat entry , tapi fad x behenti . ni sebab tanggungjawab seorang muslim . fad x bagitahu fad berdosa ,jadi fad dah bagitau , terpulang pada semua .yang baik dari Allah

Pengemis Dunia

Saturday, January 22, 2011

weh ! fad dah ada FAN PAGE FACEBOOK ! WAH !

Assalamualaikum
kalian2 rakan2 sahabat2 kawan2 peminat2 eh silap peminat xde , ni nak bagi tahu , fad dah ada fan page facebook wei ! haha . excited sebab baru nak buat . x up to date langsung en fad ni .
ah , apa fad kisah . janji fad dah ada gak ! pada yang teringin nak like , like la ye . ada kat tepi tu , lepas ni korang leh tengok fad menggila kat fb , kot rajin letak pic ke . pada x teringin tu , bagi gak teringin ye . eh , x adala . main2 jer . x ada paksaan . saja wat entry bengong2 je skang ni .
Mood untuk update entry2 menarik atau ada sebab belum muncul lagi .
harap maaf .

p/s : kalo nak fad update yang entry berisi yang macam x berisi , boleh isi petisyen bantahan ke sini . kalo x , xde la kot untuk jangka masa lama paling kurang 3 minggu , atau lebih 4 5 bulan kemudian


ok , tata titi tutu tete toto sport toto

Friday, January 21, 2011

Pose Slumber Laptop Contest




sori , follower still x dapat tengok muka fad yang penuh lagi , nanti bila2 fad tunjuk dari depan ok !



mula-mula fad ingat nak amik cuti tanpa gaji x nak update blog buat masa lama , tapi untuk tidak mengecewakan cik tulus , fad pon buat entry ni untuk join contest yang ditag tulus .
maafla ye , fad x rajin bergamba depan laptop . ni pon kira depan la gak kan2 ? hahaha . dia xcakap kena guna webcam nyer camera , so bantai jela . kalah menang , berserah pada Allah :)

jadi fad nak tag

p/s : ni xde kaitan dengan contest tau , pada follower yang rajin majin , jawab soalan fad ye , patut ke x fad behenti dari blog untuk jangka masa lama ? sapa sokong angkat antara kaki , kening , mulut , dahi , siku , lutut , bontot . lebih dari 10 jawab x sokong baru fad x behenti

Friday, January 14, 2011

kesilapan dalam memilih suami dan natijahnya



haaa , tajuk nak gempak je . cerita macam hampeh . maaflah ye . ari ini fad nak bagitau kesilapan yang banyak kaum hawa buat untuk memilih teman hidupnya . ikutilah kisah yang begitu menyayat hati ini . jangan nangis plak bila baca ok , teroyak dah la k .

kesilapan dan natijahnya adalah seperti berikut :

1. sebelum kawen ,
pompuan : wei ! hang tengok tengok safee sali tu main bola , hebat gila ! memang sesuai sangatla jadi suami aku . xkisah la rupe ade ke idak , aku x kire , aku nak pemain bola gak jadi suami aku x kisah kunnalan ke skali pon !

selepas mendapat suami pemain bola , 2 tahun kemudian ,
suami : nah amik kau sepakan padu kat ko ! sape suh masak air rasa air masin ! *kedegang kena penerajang hasil praktikal bermain bola

2. sebelum kawen ,
minah jongang bermegah kat minah rompang , " hang tau x , marka cek kaya , ada fellari daddy dia bagi , slalu belanja cek shopping , p beli beg gucci , kasut suma , semua branded hang tau . marka hang apa ada , hahaha " . minah rompang , " untung hang na , dia xkeja pon duit banyak "

selepas kawen ,
minah jongang : honey , dulu before kawen u slalu bawak i shopping , skarang ni , nak klua satu sen pon susah , i punya seluaq dalam pon dah berlubang2 leh buat jala ikan
suami : dulu parents i yang kaya , bukan i , skang i dah kawen , mana dapat duit dari parents i dah . skang i keja despatch je u tau x !!!

3. sebelum kawen ,
minah teleng : bf i rambut dia warne karat , ala-ala orang putih gitu . kalo kulit dia gelap , i tergode sangat dengan rambut dia . ada ekor pusing2 , comel , i suke gentel2 ekor dia .

selepas kawen ,
minah teleng : abang , jom solat berjemaah , pastu karang abang tolong ajar anak kita mengaji , sian budak tu , dah darjah 4 , alif ba ta pon x tau .
suami : hang loqlaq sungguh la ! abang last mandi wajib time abang tingkatan 4 . pastu abang warna rambut , mana sah nak semayang ! sampai laa abang x penah semayang akan hang x prasan kot .

4. sebelum kawen ,
minah tempang : u nak tau , bf i kan rempit pergi sampai 200 km sejam . xpenah kalah lagi u tau x . slalu menang race , dia belanja i shopping , pergi holiday same2 . dia janji dia akan teruskan prestasi dia sampai kawen t , so i x risaula nanti kawen sebab skali menang race 5 6 riban dapat

selepas kawen ,
doktor : maafkan saya puan , suami puan xdapat kami selamat kan , pendarahan yang banyak akibat berlanggar ketika berlumba .
minah tempang : yaa tuhannnn , janda la aku ! sapa nak bayaq makan minum anak bini aku !!!

5. sebelum kawen ,
minah senget : untungnyala i dapat bf i , handsome . bf u sume muka hodoh2 . tula xpandai pilih

selepas kawen 20 tahun kemudian ,
minah senget berjumpa dengan member lama sambil merungut , " laki aku tua x sedar diri , poket kosong , semua nak harap duit aku ja . muka berkedut ! "
member lama , " tula , dulu kutuk aku . skang hang jugak rugi . kecantikan bukan selamanya joyah oiiii "

6. sebelum kawen ,
minah kudung : bf aku , jenis kuat belajar , belajar skang dah sampai phd dah . pendiam je orangnya . nak wat benda lain x reti , blaja je kejenye . nanti kawen masyukla aku , gaji tinggi

selepas kawen ,
minah kudung : abang , tolong betulkan lampu tu , dah terbakar la
suami : abang x retila .
minah kudung : abang , tolong kemas rumah sikit , jap gi mak nak datang . rumah dah macam kandang babi dah ni bang . tolongla bang . .
suami : x retila , dah la abang nak masuk bilik . awak buat la sendiri semua .
minah kudung : abang ni ! saya udah la kudung sebelah ! satu benda pon x reti ! ada laki cam x de laki !
7. sebelum kawen,
minah hot : bf i penyanyi u tau x , sedap gila suara dia . dia ada band hardcore metal . slalu bila malam before i tido , mesti dia nyanyi lagu the cradle . walau kasar , tapi i like !

selepas kawen ,
minah hot bersalin , kemudian bagitau suaminya , " abang , azankan anak kita bang , abang kan ayah dia "
suami pon amik anak baru lahir bawak kelua , " allahuakbar allahuakbar allaahuakbar , laaailaaahaillallahuwallahuakbar*nada takbir raya"
dalam hati si suami , "ada ke suruh aku azan , kalo suh nyanyi lagu hardcore aku retila .

8. sebelum kawen ,
minah kecoh : u tau , bf i kan bapak dia dulu perogol , kena penjara 20 tahun . tapi selamat bf i just meraba i sket2 je kadang2 , xdela sampai nak rogol i .

selepas kawen 20 tahun kemudian ,
guru hep : puan anak puan didapati pecah masuk asrama perempuan , dia telah meraba seorang perempuan ketika tidur . dia dikenakan tindakan disiplin dibuang sekolah
minah kecoh : ya Allah , apa nak jadila ngan anak aku . malu nyer teramat ! prangai elok xnak ikut , prangai bruk gak yang ikut !
moral of the story : pilihlah calon suami dengan ciri
-boleh membimbing ke jalan Allah . biar x ada rupa , tapi ada agama . biar boleh solat berjemaah bersama , mengaji bersama , mengajar anak menurut kehendak Islam
-mempunyai kerjaya tapi ada agama yang nak boleh jadi imam semua . boleh bimbing pergi ke majlis ilmu bersama . jangan cari yang tidak ada agama , even berkerjaya nanti akan susah di hari kelak . bia xkaya janji bahagia
- boleh buat kerja , jangan sampaikan semua himpit bahu diri sendiri
- jangan kerana rupa , rupa bukan selamanya .
kesimpulan , carilah yang terbaik , yang penting berpegang pada agama , boleh jadi imam baca quran semua , xkisah kaya ke xkaya ke , kalo dapat rupa yang kacak lagi pakej , pentingkan keturunan kerana nanti diwarisi anak perangainya .
nabi dah pesan kan , pilihla kerana agamanya . sebab agama yang boleh membawa kebahagiaan dunia akhirat


semua pic diambil dari google , maaf kalo ada pic sape2 punye .

sekian
Pengemis Dunia

Thursday, January 13, 2011

Why I LOVE PAK GUARD my UNIVERSITY


antara peristiwa yang fad mencintai pak guard universiti ,
1. mula2 masuk dulu , lepas orientasi , fad gatal ikut member pergi sambutan new year di mana itu xpenting . fad denga kata boleh keluar sebelum 11 pm balik pas subuh . so kitorang pon pergi ,dan balik dalam kul 7 . tengok2 kena tahan .

siap kena masuk court . tapi ayah fad lak berbaik hati , dia tolong buat surat cakap fad balik umah kat ipoh . pening dibuat orang tu camner sampai 7 pagi . fad cakap tumpang pakcik , pakcik nak keja . tapi nampak sangat penipu , mana ada orang kerja time new year . sengal kan . tapi terlepas dari kena saman , kawan fad kena saman . kesimpulan : hidup kena akal panjang

2. time balik kelas , tetiba ada roadblock kat depan pagar hostel . yang fad xbawak kat matriks . pergi mintak kad , fad kata x bawak . dia mintak ic , fad kelentong kata , " alamak x bawak la cik , jap cek dalam beg ada bawak wallet x " . bengap pon dia tu , padahal terang2 terbonjol wallet fad dalam seluar jean . habis fad kelentong , letak nama kat kertas saman , dari elok nama zulfadhli jadi zulhilmi padahal nama adik fad , no kad matriks sape fad bantai . no ic pon bantai . nasib kaula pak guard kena kelentong ngan fad

3. time dok hostel dulu , adala skali nak makan luar tepi uni , pas2 makan ada kawan pesan suruh beli korok . fad letak la kat pinggang korok tu . skali masuk dengan kawan , tetiba pak guard usha len macam , fad pon pecutla apa lagi , pejalan kaki paling pantas dalam dunia la dengan kad matriks x bawak . kawan fad pegi ke pak guard , yang fad jalan buat telinga macam x korek sepuluh bulan sambil men2 message . siap pak guard tiup wisel lagi , fad buat bodoh je .

tengok2 tetibe moto hon , rupanya dia kerah pak guard len kejar fad . adoi x sempat lepas parking moto . fad pon mulala berakal panjang nak cari jalan nak buang korok . cakapla ayah tepon la pela . xmakan saman pak guard tu , xbagi can lansung kat fad . fad wat kepala batu fad buat2 tepon gak , siap marah pak guard , den buat2 cakap tepon kat tepi divider jalan , buang korok kat tepi tu . pas dah buang baru bangun . tengok2 pak guard lagi sorang datang nek moto , kira 2 moto .

memang cam james bond aku dibuatnya , most wanted gila sampai dua moto , kira cam dalam need for speed most wanted fad dah heat plg tinggi la ni . *bangga gak aku . nah , amik kau kena saman . yeay !

4. kete fad xde sticker , skali parking time kelas . balik2 tengok ada kertas melekat kat viper , surat jemputan pak guard untuk baya saman . fad ppon sekali lagi berakal panjang cam menara warisan 100 tingkat najib , fad pergi buat sticker kete atas kete ayah fad . padan muka pak guard x boleh detect tu saman sape , sape suruh x tunggu aku mintak kad matriks . yes ! lu kena beb !

5. time fad exam math sem 3 , fad ape ngingo ntah pergi bawak 2 culculator , satu yang special edition satu yang lama sket . yang satu culculator lama tu ade la fad penah conteng mass of electron ,mass of proton , tapi no jela . tu sebab fad nak senang buat assignment fizik , so lupa la nak padam lagipon fikir no je kot bukan ada kaitan dengan math pon . skali baru nak start exam , pak guard ke staf haram jad mane ntah , usha culculator fad dulu . tengok ada tulisan sket , trus dia rampas , selamat ada 2 culculator . bengong , no dengan formula pon x kenal , fad nak explain dia buat bodoh je sebab mungkin dia memang bodoh , x de tolerance langsung ,fad main mencarut je kuat2 dalam hall sampai pengawas dengan apa gua kesah . dia pon satu , tula suruh ngaji tinggi2 xnak , bezekan hak dan batil pon xkenal , tau nak nama nek cepat la tu , cam bini pm mane ntah xyah bertanding tau2 jadi pemangku pm dah skang , eh terlari tajuk jap .

jadi kenala naik court , orang atas tengok pon tau dah itu bukan formula . fad ngaku je bersalah sebab memang xleh ada tulisan terbawak . memang gabra abis , takut mathematic sem 3 fail , mati gua xpenah2 fail math fail math . tapi alhamdulillah Allah selamatkan fad lepas dengar hujah2 fad , *cewah , lepas tu rasa cam nak tuka kos law plak pon ada . itu pon ada sorang mamat tu nak failkan fad gak time tu fad denga dari luar waktu dia bincang nak buat apa ngan fad . suara majoriti , fad menang kes . just kena saman minimum 30 akibat kecuaian . xpela , janji xfail , xkena mahal cam dak len siap fail siap kena saman sampai 150 .

6. time fad nak anta kawan dia dapat hostel , fad lupe bawak kad matriks . skali xpasal2 kena maki cam keymark je . ada suruh balik amik . fad cakapla tadi kawan mintak tolong time fad kat luar , lagi skali pakguard dikelentong . suruh keluar balik , fad cakap nak gak masuk , last2 dia bagi kene letak ic . apa nak ditakut ntah .

hey pak guard ! kalo xbagi masuk keta student parking dalam walau ada sticker , baik xyah wat parking banyak2 dalam uitm tu KURANG PANDAI ! AKAI LETAK KAT PUNGKOQ !

pastu saman dah naik sampai skali saman 100 minimum 500 maksimum walau salah bodoh2 tu pak guard giat menyaman tu , jadi kesimpulannnya nanti rasa2 rasuah boleh diterapkan pada pak guard macam polis raja di malaysia

MORAL OF THE STORY : I LOVE SO MUCH PAK GUARD ! ! FAA ALIF AIN ! !

Wednesday, January 12, 2011

Tahi lalat kita nampak , tapi tahi badak kita xnampak

bila Islam diketepikan dalam sistem pendidikan
kebanyakan universiti dan sekolah lakukan :
di universiti , kalo lelaki pakai selipar pergi kelas ,
pak guard , " hang sini ! awat pakai slipar jamban ? mai sini no matriks "
amik kau kena saman . sandal pon sama .
di sekolah , kalo laki pergi prep pakai selipar ,
cikgu , " bak mai sini selipar hang ! "
amik kau selipar kena kutip letak dalam plastik akhir sem , buat lelong .
alasan bodoh : xkemas pakai selipar

tapi kalo pompuan pakai selipar , xpakai stokin ,
pak guard , " wah2 ! lawanya kaki adik sorang ni , putihnya ! ! "
cikgu , " xapalah , aku gak untung seronok tengok "
sedangkan aurat xtutup xpe . lawa kan kaki perempuan , menggoda gitu !

kalau lelaki berambut panjang di universiti ,
pakguard , " awat rambut macam sarang tebuan ? mai sni kad matriks "
amik kau kena saman lagi , saman xnak murah plak sampai 100 skali saman . fa alif ain !
kalo lelaki berambut panjang di sekolah ,
cikgu , " ok ! beratur ! cikgu nak ukur rambut , sape lebih dari kening cikgu potong ! "
potong lak nak buruk je , sebelah sideben(aku xreti eja) potong , sebelah xpotong . solero shot !

tapi kalo perempuan berambut terendam air karat rasanya ,
pak guard , " lawanya awak ni , nak ngorat leh ? nak no tepon , baru macam rosmah mansur la , i like "
di sekolah mungkin xboleh berwarna , tapi ada je . tapi dibenarkan plak ye dalam Islam rambut wane kan , xpayah pakai tudung pon kan . baguslah , i like it . taikkerbau kau !

kalo lelaki seluar lusuh , pakai short seluar bawah lutut skali pon ,
pak guard , " sapa bagi hang pakai seluar2 lusuh2 ni ? nak pak cik saman kah ? "

tapi kalo perempuan seluar cam nak balut nangka , baju pon pinjam baju adik kecik umur 4 tahun ,
pak guard cakap kat pak guard lagi sorang, " wei , tengok tu ! bontot dia ! pergh ! mantap wei "
yang ini halal , xpa , nabi penah cakap wanita berpakaian seolah telanjang tidak akan bau syurga . yang pemimpin benarkan . Alhamdulillah . slalu orang pahala berjalan time dah maa robbuka , dia plak dosa jalan time jawab exam mungkar nangkir .

renung-renungkanla ye .

Thursday, January 6, 2011

Respon Pengemis Dunia untuk lensarosak dan fatin liyana

aku terdetik nak menaip bila baca entry si mamat sorang ni . dan inilah sebab aku menulis .

mungkin ada kebenaran apa yang dikatakan dan ada kesalahan cara tegurannya . aku ada sokong gak apa kau cakap , tapi banyak gak salahnya .

yelah , satu bila kau mengaibkan si fatin liyana tu ,

yelah , macam Nabi dah cakap ,

Siapa yg melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yg sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan dari satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yg memudahkan orang yg sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkan di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yg menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aib di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.”

kau x perlu nak buka aib dia , belambak lambak lagi gadis aku tengok buat benda yang sama , dan xperlulah kau nak mention sampai macam itu sekali , siap ada picture lagi . contohla *so jangan marah , kalau ada orang tangkap picture mak kau waktu muda xbertudung dan berkemban kot orang tu gi paparazi tangkap dari rumah sebelah , kemudian letak dekat internet , so orang guna lepas tu kutuk-kutuk mak kau direct sedangkan muka mak kau jelas2 memang dia , apa perasaan anda ?

sedangkan aku tengok fatin liyana tu selama ni , x adalah melampau sangat , picture dia pon biasa-biasa jer , mungkin ada seluar yang ketat itulah silapnya . tapi picture dia lebih ke arah fesyen sekarang , x ada melampau ketat , x ada melampau longgar . aku tengok banyak longgar dari ketat . yelah , dah negara kita nama jer Islam tapi yang dijual semua ikut barat .

lainlah minah ni pakai legging ke dengan tudung , memang aku pon menyampah tengok , tapi aku tengok skinny jeans dia x melampau lagi . aku xnampak lagi ada bonggol kepala unta dekat fatin tu . setakat ni , aku tengok pic2 dari blog fatin ke nadia marcelo ke , belum lagi tambah keghairahan nafsu syahwat aku , x ada lagi rasa nak rogol ke , nak lancap ke dan sewaktu dengannya . cuma just boleh nasihat fatin dan agar fatin boleh berubah dengan hidayah Allah , stop pakai skinny jeans , tu je .

yela,macam dalam hadis di bawah

dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

tapi aku nak tanya , apahal ada pulak boleh pakai skinny , boleh pakai legging , tapi jangan kengkang . hello manusia yang mengaku Islam , yang haram tetap haram . bila nabi cakap berpakaian seperti telanjang tidak akan bau syurga , jangan sesekali nak halalkan benda tu . akidah anda boleh lari , kalau boleh sila tarik kata tu .
yang ni fesyen plg buruk dan jelek bagi aku , tolong hentikan gadis2


aku rasa soal warna tu , leh sakitkan mata ke apa tu mungkin pandangan kau . tapi yelah belambak2 artis yang buruk plak tu , pastu pakai warna macam hindu kasta paling bawah , nape x ada lak kau persoal . kalau kau x suka blog macam tu , kau x payahla pergi tengok , ternampak kau tutup jelah , susah sangat ke nak click close , kata dunia tanpa sempadan , belambak lagi kau boleh bukak .



kalo cmni memang sengal

tulah akhir zaman , yang artis dipuja , yang baik dipandang buruk , yang buruk dipuja-puja . anna rafali xbertudung bro , xpenah lagi aku dengar nabi cakap asal pakai baju kurung jer sopan dah tu , xpayah pakai tudung pon x apa . jangan terlalu sanjung artis sehingga diorang xboleh dikritik sebab menyanyi ..

yela , betullah pe Nabi cakap

Sabda Rasulullah s.a.w, "Apabila umatku telah membuat 13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka itu:
1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami yang taat pada isteri.
5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
9) Ramai lelaki memakai sutera.
10) Artis-artis disanjung tinggi.
11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
12) Banyak jenis muzik dimainkan.
13) Dan generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu" - riwayat At-Tirdmizi.


akan nak fatin pakai cam ni yang namanya islamic festival baru kau nak sokong dia

ada positifnya kau tegur , mungkin lepas ni perempuan akan fikir 2 kali bila nak letak pic pakai skinny jeans , nak beli pon takut mungkin , mungkin akan elak diorang beli baju melampau kecil yang sendat-sendat . yang ni aku sokong kau .

tapi ada positifnya kalau orang macam fatin ni , yelah bila ramai tengok pakai tudung pon boleh lawa, boleh comel semua , baru orang akan ikut . orang tengok pon sejuk jer hati .

xadala bila kau nak ajak orang pakai tudung , nanti orang cakap , " pakai tudung ni kolotlah ! ketinggalan zaman ! burukla !"
atau macam ni baru x ada orang kutuk sebab ada bonggol unta atas kepala

boleh jugak kau jawab ada jer lawa macam fatin ,macam nadia . diorang pon berpelajaran , boleh berjaya apa bila bertudung . then orang yang free hair akan terdetik pakai tudung . biarlah mungkin mula2 mereka bertudung atas sebab fesyen , dan lama-lama bila suka mereka akan buat kerana Allah , kerana takutkan Allah . itulah hikmah dakwah . dari yang xbertudung tu yang konfirm2 Allah akan bakar rambut dia walau sehelai sekali pon . at least diorang start berubah dengan bertudung . dan aku percaya orang macam fatin , macam nadia , diorang bukan pakai kerana fesyen semata-mata tapi kerana Allah . one day , they will be a real true muslimah , insyaallah tanpa ketat-ketat semua .

biar orang nampak Islam ni bagus , Islam pon mementingkan kecantikan semua .
bukan salah dia nak letak ribbon ke , nak letak tali kasut ke apa sebab xada lagi benda tu jadi kesalahan , but apa yang aku nak highlight letak ribbon ke , pakai warna cam pariya ke apa , dan mereka masih lagi bertudung lebih baik dari yang free hair .

kalau diorang2 ni buat macam ni dengan bukan muhrim mmemang patut ko maki , tapi aku xnampak lagi gadis2 famous blog wat cmtu , kalo terlepas pandang mungkin

mungkin sebenarnya ada betul mencapap ke apa , tapi perempuan suka kecantikan tambah lagi bila single , bila belum nak kawen lagi . kita hanya boleh doakan mereka berubah . memang ada betulnya , perempuan x boleh buat macam tu , tapi kau bukan saje patut condemn diorang sahaja , tapi condemn minah2 xbertudung dan sexy melampau macam kau tayang kat blog kau tu . nape kau xnak plak condemn yuna hanya sebab dia penyanyi ? aku x nampak sebab di situ , malah lagi berdosa sebenarnya sebab mendedahkan suara dia yang konfirm aurat bagi wanita .

yela , bak kata Nabi dalam neraka ada perempuan yang makan badannya sendiri kerana berhias untuk bukan muhrimnya .

cuma aku boleh kata , ada betulnya , ada salahnya . bacalah kisah di bawah ini , moga menjadi pengajaran kita bersama .

Buat kaum adam,pasti kamu juga tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan dibawah ini.Harap artikel ini dapat disampaikan kepada org lain.INSYAALLAH.. khususnya untuk para wanita dan diri sendiri...

Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab "Pada malam aku di-isra'-kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis.Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? -

Rasulullah menjawab: "Wahai putriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. - Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. - Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. - Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. - Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. - Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana tidak sembahyang tapi mengamalkannya dan tidak mandi junub. - Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta..Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.."

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.Sampaikanlah kepada kawan2 kita yg lain. - Suriyanto Sujipto

Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala. - Amri el Wahab



akhir kata ,

Orang muslim adalah orang yang tidak mengganggu orang muslim lain baik dengan lidah maupun tangannya, dan orang yang hijrah itu adalah orang yang hijrah meninggalkan hal-hal yang dilarang oleh Allah”. ( Shahih Al Bukhari)

Hadis riwayat Hudzaifah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Tidak akan masuk surga orang yang suka menghasut. (Shahih Muslim No.151)


jadi aku harap korang semua boleh terima dengan hati terbuka , salinglah bermaafan sesama Islam dan buanglah ego .

lastly , aku nak mintak maaf kalo terkasar bahasa atau terasa ke apa , aku buat hanya dengan ikhlas dari aku . bukan nak jadi hero , bukan nak budget baik , bukan ada niat lain , xdapat apa pon kalau aku nak back up or wat so ever , yang betul tetap betul , yang salah tetap salah .
segala yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dari Allah, tetapi disandarkan pada diri kita
-Pengemis Dunia-

Wednesday, January 5, 2011

Pak Lebai Janit dan Keretanya Bent10



Pada tahun 2012 sempena cerita 2012 , pak lebai janit teringin bebeno nak beli kereta bent10 yang boleh start cume cakap je , terus start . dia memang bercita nak beli dan dah kumpul sampai 12 juta hasil jual minyak saja almaklumlah 2.40 inggit semalam baru naik , kira 2012 agak2 minyak dah 10 inggit dah seliter dah sebab sebulan naik sket2 las2 naik byk2 . dia pon pergi ke kedai bent10 nak beli kereta .

pastu salesman pon kabola kat dia , " kereta ni lagi canggih dari 2012 nyer movie tu , tapi siap boleh rakam suara kita semua perkataan apa yang kita nak , kalo nak tambah bagi laju lagi , cakap perkataan yang kita nak . sebab kami sekarang x cipta dah pedal minyak ni , semua pakai suara je . kire kAlo nak laju cakap banyak kali perkataan kita nak tu "

pak lebai janit , " wah hebat beno kete ni , keme nak blila kete ni yop ! "

akhirnya selesai la pembelian kete sume dengan pak lebai janit beli cash je kete tu .

dia pon excited rakamla suara dia , bila nak start dia buatlah suara "engine , start " sebijikla macam 2012 nyer movie .

untuk jalan plak dia pikir bia ingat pada Allah sket sebab bersyukur dapat kete , dia pon buat perkataan Laailaahaillallah . kalo untuk berhenti plak Ameeen , kalo nak slow Allahuakbar , kalo nak turbo innalillah .

pastu dia pon testla bawak , seronok bebeno dapat ketenye , bak kate orang perak , PEGHAKKK BEBENO .

dia pon kata , " engine , start " hidupla kete tu .

nak gerak dia pon cakap "Laailaahaillallah "

bergerak kete tu , dia pon cakap " laailaahaillallah , Laailaahaillallah , Laailaahaillallah " maka laju dan lajulah kereta tu .

dia pon test drivela bawak kat jalan ke cameron highland yang cam ular tu dan berbukit .

ada skali tu , tetibe ada biawak melintas dia pon , kelamkabut xingat apa nak cakap sebab banyak sangat . mula2 dia cakap , "behenti yob behenti "

pastu xmau berhenti , dalam keadaan panic dia pon teringat cakap amin , terus dia cakap , " ameeennn !!! "

akhirnya stop jugakla kete dia ,tapi lagi 2 meter je lagi macam nak jatuh gaung
dia pon bercakap seorang diri , " laailaahaillallah , kalo x ingat la tadi dah innalillah dah aku ! "

tiba-tiba,
VROOOOOMMM ! turbo start , VROOOMMMMMMMM !


KEDEGAAANNNNGGGG BOOOOMMMM KEBABOOOOOOOMMMM ! ! ! BUNYI KERETA MASUK GAUNG .

meninggal dunialah dalam iman Pak Lebai sebab sempat mengucap laailaahaillah .

TAMAT
KUANG KUANG KUANG

Monday, January 3, 2011

Bloglis Istimewa untuk Blogger Baru



ok , atas tag oleh cik timah lenggang yang suka jalan melenggang , jadi muncullah entry ni .

ok , saya kurang dari 300 follower sebab yela sape la nak bebeno follow fad ni kan . just dengan rela je follow dengan afford sendiri . so really thanks ok :)


anyway im not new in blogging , but skang jer baru nak aktif , dulu nasibla sape perasan wujudnya fad , dialah akan sedar apa fad tulis :)


cik timah kata kena mesra alam , fad mesra alam kot sebab impikan kereta hybrid . impian semata-mata jelah .

ok , tag sape ye ? ok kimy sila buat , eyda sila tengok dan buat kalo ko bace , nad yang rajin blogging tapi aku yakin x wat tapi wat jelah ye permintaan terakhir aku . haha

ok , the end sebab saya mengalami sakit dada yang melampau . doakan saya sehat .

lengkali fad wat entry elok-elok ok kawan kawan :')
assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...