Friday, January 28, 2011

jiran atau sorang ?


assalamualaikum semua . maaflah x update blog . hari ini baru nak update . cerita pasal jiran .

fad kalau sebelum ni , dari kecik sampai besar rumah fad kat tanah lot , kira rumah sebuah2 , jarak umah pon xdekat mana , tapi kome jangan ingatla beso bebeno umah fad ni , halus je . orang susah , nama tempat fad pon kampung bukan taman , kome leh nampak dah fad orang susah di situ kan , jadi nanti bila fad wat tabung kilat nuffnang tolong banyak2kan klik ya untuk derma kat fad. dah berhenti merapu . jiran fad bagus2 je , kanan melayu kiri melayu depan cina . semua ok . ngan mak abah semua dengan jiran ok . hidup pon harmoni *ayat xleh blah skali .

adanya surau kat kawasan mengeratkan hubungan dengan gotong royong bersih surau , gotong royong anak jiran kawen , nanti fad nak kawen lak senangla kan *stopla kau berangan fad . setiap khamis malam jumaat ada makan pas baca yaasin menarik minat orang ke surau . fad suka surau kat umah fad , walau kadang mengelat x pergi mulalah bising orang tua fad tu , tapi fad suka . yela , diorang bising pon ada sebab , dan fad dah nampak dah skang . bila kecik dilatih ke surau tiap ari , bila dah besa , mungkin keluar tanduk , tapi mungkin kejap keluar , kejap masuk balik tanduk tu , semua sebab didikan mak abah . thanks mak , thanks abah . apa ni , fad lari tajuk lak .

tapi skang fad jauh dari umah , bermukim dengan kawasan umah berteres , jauh gilak semangat berjirannya .

penah nak bagi buah rambutan satu plastik , baru fad panggil , nak bagi , dia boleh cakap x nak ! xnak ! pastu trus lari masuk , dia ingat fad ni penjual karpet pakistan ke ? muka fad bukan mamak cam dia pon . haih . jiran selang satu umah pon x kenal . itu jiran ke apa ?
sedangkan dalam Islam , jiran dikategorikan jarak 40 umah baik dari kiri ke , kanan ke , depan ke , belakang ke , atas ke bawah ke . tu baru selang serumah , dah ingat aku anak raja nak anta rombongan meminang .
at least tolak cara baik kalau x suka rambutan . ni x ada datang dekat fad langsung , niat yang baik bagi rasa rambutan , bertuka fad teringin nak kumpul biji rmbutan yang makan baru bagi dia telan .

ni yang terbaru , umah sewa fad ada 2 keta , satu fad bawak 1 kete , lagi satu kawan fad . dah xmuat letak dalam mesti letak luar betui x ? pastu dah kete fad besa SEKET , termasukla kawasan dia . alahai , sket sangat masuknya . dia satu keta je kot . bukan kacau pagar dia sampai xleh kuar kete . boleh dia letak kerusi halang plak aku nak gerak .
pastu elok kuar , balik2 tengok halang betul2 sempadan umah dia , sempadan umah dia . wat the faa alif ain . sampai camtu lu berkira dengan gua ! sampai susah nak parking kete skang .

hello , jalan kat lua , bukan jalan bapak lu pon . jalan semua orang . xpenah pon beli rumah kira jalan depan umah jadi hak milik . come on la , considerla sikit . kau satu kete , aku dua kete . lainla , mak kau ke nenek kau ke bawak limosin datang , bolehla nak halau gua , gua pon paham . ini sikit dah bikin berkira nak mampus . x apalah , kot kalo nak mati nanti tanah depan nak wat tempat pengebumian kau .

moral : hidupla berjiran dengan saling menghormati jiran . bantu membantu semua . ini sampai jiran sendiri x kenal apa kes . kenal2la , mana tau kalo anak dara cun , leh gak kenal2kan kat fad . itu lagi baik . stop la untuk hidup sorang , semua kau punya , orang lain kau x amik tau . fikirla , nanti mati , orang sekeliling kau gak yang akan tolong urus mayat kau , bukan ko sendiri mandikan , kafankan , tanam sendiri . so fikir2 kanlah .

akhir kata ,
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah memuliakan jiran " (Muttafaq ’alaih)


3 comments:

Tulus Sweet said...

jiran tu tak sanggup tipu diri sendiri.hahahaha!

~naddy~ said...

dok kampung best, knduri kendara meriah giler, ada yg tolong sampai ke malam. nk jupa suasana tu kat pekan, susah skit.

PeNgEmiS dUniA said...

tulus : tulus ! u kalo x kenekan i mang xsah ! hahaha . mungkinla kot , ada lgik gak , mungki pakistan kacukan muka putih cam malay kan2 . haha

naddy : aah ! i dok kampung ! hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...